𝓑𝓪𝓫 21♥︎

16 3 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 15

            𝗗𝗮𝘂𝗻 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 ditolak kasar , kaki mengorak langkah laju ke arah sang anak . Fail-fail kerja yang berada di tangan di hempaskan di atas meja . Tajam pandangannya menikam anak mata milik anak lelakinya.

“ Apa benda ni Iefan ? staff semua complain yang Iefan tak masuk office , kadang tu masuk tak buat kerja . Apa benda ni ? apa masalah Iefan ? ” soal Tuan Bahrun dingin .

Iefan masih menatap wajah papanya yang bengis itu . Jika dahulu dia sangat menghormati papanya tapi tidak kali ini .

“ Iefan ada masalah ? papa tu yang bermasalah ”

Kerut dahi . Tidak faham dengan ayat anaknya . Kenapa dirinya pula yang bermasalah ? apa yang dia lakukan ? .

“ Iefan cakap apa ni ? apa yang papa buat ? ”

Iefan bangun dari kerusi , lalu berjalan ke arah papanya dan bersemuka dengan lelaki itu . Tangannya di seluk ke dalam kocek seluar . Memandang sinis wajah papanya.

“ Papa tak nak tahu Bella macam mana sekarang ? ka papa dah lupa yang 𝘽𝙪𝙣𝙜𝙖 𝙄𝙨𝙖𝙗𝙚𝙡𝙡𝙖 tu anak papa ? iyelah betulkan , papa mana pernah anggap Bella tu anak papa , sebab itu lah dari dulu lagi papa suka asingkan Iefan dengan kak Iris dari Bella . Tak nak dia rapat dengan kami ” terang Ieafan panjang lebar.

Hilang perkataan Tuan Bahrun. Setiap butir bicara sang anak tidak dapat dia tangkis . Kenapa rasa sakit tatkala anaknya berkata begitu . Seolah-olah seperti ada pisau belati yang sedang menghiris hatinya sekarang.

Iefan mengukir senyuman sinis. Sudah terang lagi bersuluh kenyataan yang selama ini papanya simpan akhirnya akan terbongkar .

Bukan dia tidak sedar tentang hal ini . Sejak dahulu lagi , apabila dia ingin bermain bersama adiknya , ada sahaja alasan yang papanya beri . Kononnya Bella ada penyakit lah , sedangkan Bella sihat sahaja .

“ Apa Iefan cakap ni ...papa tak faham ? ”

“ Memanglah papa tak faham sebab papa pentingkan diri sendiri ! papa Iefan tak minta tau papa layan Iefan dengan kak Iris macam anak raja . Di mata kami berdua papa adalah seorang ayah yang sangat baik , sangat bertimbang rasa . Tapi di mata Bella lain papa . Pernah tak papa soal dekat diri papa , apa yang Iefan dengan kak Iris nampak pada papa sama tak dengan apa yang Bella nampak pada diri papa . Very different papa ”

𝘡𝘢𝘱𝘱 ! untuk kali kedua dia terasa dengan ucapan anaknya . Bukan dia tidak mahu menyayangi Bella tapi setiap kali dia melihat Bella dia akan teringat akan arwah isterinya Dalina . Oleh kerana Bella mempunyai wajah yang isterinya.

Tuan Bahrun menatap sayu anaknya sekarang. Tidak tahu bagaimana cara untuk memberitahu isi hatinya sekarang.

“ Iefan , papa ada sebab papa sendiri kenapa papa buat macam ini dekat Bella . Please faham papa ”

Iefan seperti mahu menumbuk wajah papanya sekarang tapi di tahan sahaja tanganya . Memikirkan itu adalah papanya dia masih waras untuk menaikkan tangan terhadap lelaki itu.

“ Fine Iefan akan faham papa , Iefan akan hormat hal peribadi papa . But there is only one thing I want to tell you . Jangan di sebakan alasan papa tu , orang lain yang kena tanggung derita ”

Habis sahaja ucapannya , Iefan terus menapak keluar meninggalkan papanya seorang di dalam pejabatnya .

Tuan Bahrun kekal membatu di tempatnya berdiri . Masih memutarkan balik apa yang di katakan oleh anaknya sebentar tadi .











30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now