𝓑𝓪𝓫 12♥︎

25 8 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 6

          𝗖𝗶𝗸𝗴𝘂 𝗙𝗮𝗿𝗵𝗮𝗻 baru sahaja pulang dari balai polis berdekatan 𝙎𝙈𝙆 𝘿𝙚𝙡𝙞𝙢𝙖 𝙋𝙪𝙩𝙧𝙞 . Oleh kerana rumahnya sangat dekat dengan area sekolah dan juga balau polis tersebut.

Tombol pintu di pulasnya perlahan , salam diberi sebelum melangkah masuk . Memandangkan cikgu Farhan masih belum berkahwin ,oleh itu dia tinggal sendirian .

Punggung di labuhkan di sebuah sofa kecil . Berdenyut-denyut kepalanya sekarang kerana memikirkan tentang kehilangan dua orang pelajarnya .

Semasa di balai tadi , polis telah menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat kes ini . Kesemua ahli yang mengikuti kem perkhemahan di gunung tersebut telah pun di soal siasat , namun tiada sebarang maklumat yang penting dapat mereka ambil .

Pening kepalanya. Bagaimana lagi dia mahu mencari mereka . Mahu harapkan saja polis bekerja ? nampak sangat seperti dia tiada usaha untuk selamatkan anak murid sendiri sedangkan dia dan juga cikgu Saleha bertanggungjawab dalam kes ini .

“ Haihh tak mungkin mereka berdua hilang saja-saja , mesti ada yang tak kena ”

Tiba-tiba ingatannya kembali berputar semasa dia memanggil kesemua ahli yang mengikuti kem perkhemahan tersebut. Tingkatan demi tingkatan di soal adakah mereka berada bersama dengan Rykal dan juga Bella sewaktu kejadian mereka hilang . Tapi hampa tiada satu pun jawapan yang mahu didengarinya .

Akan tetapi , dia baru teringat tentang tiga orang pelajar tingkatan 5 Intelek iaitu Hani , Fiqah dan Alya . Mereka pernah cuba melarikan diri dari perjumpaan tapi cikgu Saleha sempat menahan mereka . Bukan dia tidak nampak , tapi sibuk menguruskan tingkatan lain pada masa itu .

Apabila dia sendiri menyoal mereka , banyak alasan di beri . Salah satunya , mereka tidak rapat dengan Rykal mahupun Bella serta mahu bersembang pun tidak pernah . Selain itu , ada juga jawapan yang menyatakan bahawa mereka bertiga adalah orang terawal yang turun dahulu dari gunung tersebut dan telah menunggu di bas .

Agak sedikit musykil , kerana jawapan mereka bertiga seperti mahu mengelak . Tapi dia tidak mahu menuduh kerana takut jatuh fitnah .

“ Haihhh lahhh serabut ! ” pekik cikgu Farhan kuat .















              𝗕𝗲𝗹𝗹𝗮 membuka zip begnya untuk mencari makanan . Sudah masuk hari ke-6 mereka berada di gunung ini . Masih tiada tanda seperti mereka akan keluar , lebih mengejutkan tiada seorang pun yang mahu datang selamatkan mereka .

Tangannya di seluk ke dalam perut beg lalu dia mencari-cari sesuatu untuk di makan . Biskut Oreo di ambil lalu terus dia membuka untuk di makan .

Sudah 15 minit dia menunggu Rykal mencari makanan . Entah ada atau tidak . Sudahnya kalau tidak ada juga , berlaparlah mereka .

Rykal sedang berjalan ke arah Bella sambil membawa setandan pisang . Datang dari mana pisang pun tidak tahu . Ada pula pokok pisang dalam gunung ni .

“ Nah pisang ” Rykal meletakkan setandan pisang di hadapan Bella. Terkejut beruk mukanya melihat pisang itu . Wow amazing ! .

“ Ada pula pisang dekat tempat macam ni . Mana kau jumpa ? ” soal Bella yang masih keliru. Dia menilik pisang-pisang tadi . Mana tahu ada racun .

Rykal mengipas-ngipas mukaya dengan tangan sambil itu mata ralit melihat Bella yang sedang memerhati pisang-pisang tadi .

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now