𝓑𝓪𝓫 24♥︎

11 3 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 18

𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜

            “ Sara kau okey ke ? ” soal rakannya di sebelah. Memandangkan Bella masih tidak di temui , tempat yang dahulunya milik Bella kini menjadi milik orang lain .

“ Aku okey ja Hana jangan risaulah ” jawabnya . Sebenarnya sejak Bella hilang dia langsung tidak okey . Dia dan Bella sudah berkawan sejak mereka berusia 5 tahun lagi . Amat mustahil untuk dia tidak risau .

Hana di sebelah hanya mempamerkan wajah risau . Walaupun dia pelajar yang baharu saja masuk ke sekolah ini , namun dia amat faham dengan apa yang sedang Sara rasa .

Hana pandang Sara dari tepi . Walaupun Sara berkata dia baik-baik sahaja namun riaksi mukanya memperlihatkan segalanya .

“ Aku yakin Bella baik-baik sahaja . Kita doakan semoga Bella dapat di jumpai ” kata Hana sambil menepuk bahu Sara .

Sara pandang Hana di sebelah. Ukir senyuman buat gadis itu. Dia sentiasa doakan kawan baiknya supaya selamat . Sara alih pandangan ke hadapan semula . Fikiranya bercelaru .

Dalam masa itulah , cikgu Bahasa Melayu masuk ke kelas . Mereka di sini sedang belajar , tinggal lagi 3 bulan sahaja untuk trial SPM tapi bagaimana dengan Rykal dan Bella ? mereka terlepas terlalu banyak ilmu .

“ BANGUN !! ASSALAMUALAIKUM CIKGU ”

Dan sesi pembelajaran bergerak seperti biasa .










       

          𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘇𝗶𝗮 dan 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗸𝘁𝗮𝗿 sedang berbual rancak di ruang tamu . Memandangkan Tuan Moktar tidak masuk ke pejabat jadi hari ini dia mahu luangkan masanya bersama isteri .

“ Abang ...Zia rindu anak kitalah bang ” kata Puan Razia sebak .

Tuan Moktar mengeluh berat. Ya dia juga rindu akan anaknya tapi mahu buat apa ? hanya berserah sahaja .

“ Abang pun rindu ”

“ Abang tak cuba cari ke ? ” soal Puan Razia.

Toleh memandang si isteri. Terbeliak matanya . Apa gila nak suruh dia yang cari .

“ Zia tak sayang abang ka ? kalau abang yang hilang pula sapa nak jaga Zia dekat sini dah la Zia tu ada abang sahaja ”

Seloroh Tuan Moktar. Isterinya hanya ketawa sahaja . Pelik Tuan Moktar. Orang cakap betul-betul dia ketawa . Nasib sayang.

“ Apa sayang ni abang cakap benda betul tau . Tak sayang abanglah tu ” merajuk Tuan Moktar.

Dengan pantas lengan kiri Tuan Moktar di tampar kuat . Menjerit dia sedikit .

“ Apa abang ni kalau Zia tak sayang abang , Zia dah cari laki lain tau . Siapa cakap Zia ada abang sahaja...Zia kan ada anak Zia ” Puan Razia usap perutnya lembut .

“ Masalahnya Razia sayang ...anak kita sekarang hilang . Polis tak jumpa lagi . Kalau abang hilang siapa nak jaga Zia ni ”

Puan Razia menarik muka . Merajuk kan . Tangan di silangkan ke dada . Tertawa kecil Tuan Moktar melihat . Bahu si isteri di sentuh lembut . Mata tepat memandang isterinya.

“ Haihh sayang kenapa ni ? ”

“ Abanglah tak tahu langsung pasal Zia . Asyik busy dengan kerja ”

Tuan Moktar garu kepala . Aik selama ni okey je tak ada pula isterinya ungkit .

“ Kan abang ada sekarang ni . Selama ni sayang tak kata apa pun ? . Dah macam Zia ni mengandung pula ..emosi ja ”

Mencerlung tajam mata Puan Razia memandang si suami . Lengan kanannya pula di tampar .

“ Kenapa kalau Zia ngandung abang tak suka? ka sebab Zia dah tua ! ” meninggi suaranya tanpa sedar . Terkejut tuan Moktar.

Kedua belah pipi isterinya di pegang lembut . Jelas terlihat pipinya yang sedang merah menahan marah .

“ Sayang kenapa ni ....sayang marahkan abang ka ? abang ada buat salah apa ? ” lembut sahaja soalan di lontar .

Puan Razia kalih muka ke tepi . Menahan emosi . Tuan Moktar menarik semula wajah isterinya supaya menghadapnya .

“ Tell me please ” Puan razia medengus .

“ Abanglah ! selalu busy sangat . Sampai isteri sendiri mengandung pun abang tak peduli ! ”

Terkejut dengan kata-kata isterinya . Bukan kerana si isteri meninggi suara tapi kenyataan bahawa dia bakal mendapat seorang lagi cahaya mata .

“ Biar betul Zia !! ”

“ Ish Betul lahh !! tak akan anak jiran pula!! ”

“ Be...berapa lama dah usia kandungan ? ”

Puan Razia menunduk. Hujung bajunya di main .

“ Errrr...dah masuk 2 minggu ”

Lantas Tuan Moktar memeluk si isteri . Kepala isterinya di kucup bertalu-talu kemudian pipi isterinya pula di kucup . Tersenyum gembira dia .
Tak sangka isterinya mengandung.

“ Alhamdulillah rezeki kita ” ucapnya dengan senyuman. Puan Razia juga tersenyum gembira.

“ Lepas ini abang akan sentiasa ada dengan sayang ”





* uwowww amat penat ya
* jika ada typo maafkan saya 🙏🏻

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now