𝑫𝑨𝒀 23
Sudah beberapa hari Rykal tidak bercakap denganya. Kadang terfikir juga , kenapa sampai macam ni sekali ? Dia ada buat salah besar ka ?
Bella mengetuk-ngetuk jari tulunjuk di dagunya . Rambut yang semakin serabai dibiarkan angin meniup .
Lama dia berfikir tapi tidak jumpa satu pun solusinya .
Bella bangkit dari duduk . Dia berdiri tegak . Kali ni dia tidak boleh berdiam diri lagi .
“ Tak boleh jadi ni , lama-lama macam ni makin dia jauh dari aku . Silap hari bulan , dia tinggalkan aku sorang-sorang pulak ”
Bella nekad . Hari ini juga dia akan bersemuka dengan si Rykal. Dia sendiri akan bertanya dengan Rykal .
Rykal yang baru sahaja pulang dari mengumpul kayu , disergah oleh Bella . Hampir dia ingin menampar wajah Bella dek kerana terlampau terkejut.
Mencerlung tajam anak mata memandang sepasang mata milik Bella .
Gulp !
Tipulah dia kata kalau dia tidak takut akan pandangan bak helang dari Rykal . Tapi demi mahu tahu puncanya dia sanggup melawan mata dengan lelaki itu .
Rykal sedikit pelik dengan tatapan dari Bella . Nampak seperti dia sedang melawan mata dengan gadis itu . Pandangan Bella lain dari sebelumnya .
“ Asal kau ? Nak makan penumbuk ? ”
Bella geleng kepala . Makan hati adalah ! Ish .
“ Aku nak tanya sesuatu ”
Kayu-kayu yang dibawa Rykal serta merta diletakkan di atas tanah . Kini dia berhadapan dengan Bella . Tangan di silangkan ke dada.
Kening diangkat sebelah .“ Aku nak tanya kenapa kau kasar dengan aku lepas kejadian aku bagitau kau yang aku sukakan kau ? ” soal Bella tanpa gantung-gantung .
Rykal sedikit mengeluh. Dia dah agak dah mesti ini soalannya .
“ Aku ada sebab aku sendiri ” jawabnya ringkas .
Bella jongket kening sebelah. Dia pasti ada sebab yang lain .
“ Aku tak percaya ” dengan berani dia berkata , walhal jantungnya sekarang sedang berdetak laju .
Tunak Rykal memandang Bella . Bella tidak menunduk malah membalas pandangan Rykal semula .
“ Kau tak nak percaya ikut suka kau aku malas nak bahas benda tak penting ni dengan kau . Buang masa ”
Dia menunduk mengutip semula kayu-kayu tadi lalu ingin melangkah pergi namun di tahan oleh Bella.
“ Aku tahu kau tipu Rykal . Please kau kata kita kawan , at least kalau kau ada masalah cerita dekat aku . Jangan buat aku tertanya-tanya Rykal . Ini bukan Rykal yang aku kenal ”
Lantas kayu-kayu tadi di lempar dengan kuat sehingga terhinjut bahu Bella. Laju Rykal meluru ke arah Bella lalu menatap gadis itu dengan tajam . Jarak mereka sekarang agak dekat .
“ Kau tak tahu apa-apalah pasal aku ! . Jangan ingat sebab kita KAWAN kau ada HAK untuk tahu segalanya pasal aku . Kau baru saja kenal aku Bella , sepatutnya kau tak boleh jatuh cinta dengan orang macam aku ”
Setelah itu , Rykal berpusing tubuh lalu menapak pergi meninggalkan Bella. Bella kekal membatu di tempatnya . Hampir luruh jantungnya kerana Rykal memarahi dirinya .
Terkunci terus mulutnya tatkala itu .Hatinya berasa seakan di hiris dengan pisau belati yang tajam . Tubir mata sudah mulai panas .
Sekarang baru dia faham apa masalah yang Rykal maksudkan. Mutiara jernih turun membasahi wajahnya .
“ Rupanya , akulah masalah bagi dia ” kata Bella perlahan sambil memandang susuk tubuh Rykal yang kian menjauh .
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
عشوائي𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...