𝑫𝑨𝒀 9
𝗣𝗶𝗻𝘁𝘂 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗺𝗽𝗮𝘀 𝗸𝘂𝗮𝘁 , kaki mengorak langkah ke arah ruang tamu rumah . Di tanganya terdapat senaskah surah khabar dan surat khabar itu di hempaskan ke atas meja di ruang tamu .
“ Apa benda ni papa ?! ” soal Iefan . Tidak hiraukan mamanya yang baru turun dari tingkat atas .
Tuan Bahrun yang sedang membuat kerja itu terkejut dengan anaknya . Dia melihat akbar itu lalu memandang anak lelakinya 𝙄𝙚𝙛𝙖𝙣 𝘽𝙧𝙞𝙖𝙣 .
“ Kenapa ? ”
Iefan menghampiri si ayah dengan dada berombak kencang.
“ I'm asking you papa , what is this ?! . Iefan baru balik dari kerja tiba-tiba nampak muka adik terpampar dekat surat khabar . Adik hilang pa ? kenapa tak cakap dengan Iefan ?! WHY ??!! ” bentaknya kuat . Hilang sabar dia bercakap dengan papanya .
Tuan Bahrun dengan malasnya dia bangun dari duduk lalu bersemuka dengan anaknya Iefan. Tatapan kosongnya membuat hati Brian sakit .
“ Papa tak nak ganggu kamu buat kerja . Nanti terganggu habis semua kerja dekat office tu tak di buat. Biarkan saja . Biar polis uruskan , kamu buat kerja kamu ” jawapan dari mulut Tuan Bahrun sangat pedih sehingga menghiris hatinya .
Terkaku Iefan Tatkala papanya berkata begitu seolah-olah Bella bukan anaknya .
Tuan Bahrun ingin melangkah pergi untuk naik ke bilik . Banyak kerja perlu di selesaikan . Tapi langkahnya terhenti seketika.
“ Sampai hati papa cakap macam tu dekat adik . Cara papa cakap macam adik tu bukan anak papa . She's your daughter papa ! . Berani papa cakap ‘ biar polis uruskan ’
sedangkan dia anak papa ! darah daging papa ! . At least papa kita cari cara nak selamatkan dia . Tak akan nak tunggu sampai dia sendiri di selamatkan baru kita nak terhegeh-hegeh pergi dekat dia ?! ”Tuan Bahrun pandang isterinya Puan Ilani. Puan Ilani sudah lelah dengan perangai suaminya yang lebihkan masa dengan bekerja berbanding keluarga. Tidak lupa juga anak perempuannya 𝘽𝙖𝙩𝙧𝙞𝙨𝙮𝙖 𝙄𝙧𝙞𝙨 di sebelah.
“ Papa banyak kerja Iefan please faham papa sama . Kerja dekat office tu bertimbun-timbun tak settle lagi . Jangan tambah masalah dekat papa ” dingin . Tidak pernah sekali Tuan Bahrun berbicara baik atau lembut dekat anak-anaknya , mahupun dengan si isteri.
Iefan ketap gigi . Kemarahan sudah kemuncak tapi di tahan sehabis mungkin kerana memikirkan bahawa orang di hadapanya sekarang adalah ayahnya .
“ Kalau papa boleh anggap yang Bella tu tak penting pun untuk papa , Iefan pun boleh anggap yang company papa tu tak penting pun untuk Iefan . Sebab itu company papa bukan Iefan . Iefan cuma nak adik Iefan balik ! ”
Iefan angkat kaki pergi meninggalkan mereka . Malas hendak bahas panjang lebar dengan papanya itu . Buat sakit hati sahaja .
Tuan Bahrun mengepal penumbuk . Dada berombak kencang selepas mendengar kata-kata dari anaknya tadi . Di sebabkan satu masalah habis dia kena tanggung . Ahhh ! benci !! .
•
•
•
•
𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 berlalu dengan pantas . Dari kejadian semalam lagi Bella masih tidak bercakap dengan Rykal. Rykal faham yang Bella sedih tentang keluarganya. Tapi sekurang-kurangnya bercakaplah dengan dia . Takodd wehh ! dah la bosan siot ! .
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Разное𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...