𝗗𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 untuk sampai di tempat mereka berkhemah memang mengambil masa yang agak lama , tambahan pula ketika waktu yang agak sedikit panas .“ Huh ..letihnya Ya Allah ! ” keluh Bella dengan menggalas beg di belakang beserta memegang satu batang kayu yang di ambilnya semasa mereka mendaki tadi. Tujuanya untuk menahan dirinya dari jatuh tergolek .
“ Hak alah baru 1 jam dah mengeluh . Lembik ” kata Rykal dengan menjeling ke arah Bella. Dia juga turut menggalas beg serta memegang sebotol air mineral di tangan. Takut-takut haus .
Bella mengerling di sebelahnya. Rykal sedang elok berjalan bersamanya . Dari tadi lagi .
“ Eh kau ..huhh ....aku penat ni tau huhh ...kau jangan sampai ..huhh aku huhh ...aku–”
“ Tunggu kau cakap macan tunggu bulan jatuh ” cantas Rykal .
“ Deyyy ! sabar bodoh bagi aku sedut nyawa dulu ...huhhh nak mampus dah ni ” jerkah Bella kuat sehingga cikgu Saleha berpaling ke arah mereka berdua yang berada di belakang . Pelajar lain turut memandang mereka pelik .
“ TU DAH KENAPA !? NAK GADUH JAP LAGI SEKARANG NI JALAN DULU KANG ADA YANG SESAT HAA ” jerit cikgu Saleha nyaring memandang Rykal dan Bella dia belakang jadi seharusnya menguatkan sedikit suara , nanti tak dengar .
Rykal dan Bella berpandangan sebelum Sama-sama menjeling tajam . Tidak lupa juga reaksi muka memainkan peranan .
Lalu kesemua mereka bergerak sekali . Rykal di belakang Bella manakala Bella berada di depan Rykal tidak jauh sangat .
•
•
•
•
𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗯𝗮 , kesemua para pelajar di minta untuk memasangkan khemah masing-masing bagi memudahkan mereka untuk meletakkan barang-barang mereka di dalam .
Di sudut lain , Bella sedang memasang khemah tanpa bantuan sesiapa . Rykal menjeling melihat Bella yang sudah kematian akal lalu dia melangkah menuju ke arah gadis itu .
“ Nak aku tolong ? ” soal Rykal sopan . Malas cari gaduh ceyhhhh.
“ Kau ada nampak macam aku perlukan pertolongan kau ? tak ada kan so kau boleh shuhh shuhh ” halau Bella seakan Rykal itu adalah kucing . Rykal menahan rasa . Aku tanya elok-elok dia balas macam si...ahh sabar ja .
“ Aku tanya sebab dari tadi kau tak siap-siap lagi pasang . Form lain semua dah habis pasang tinggal kau je ” balas Rykal sambil menunjukkan ke arah semua pelajar dari setiap tingkatan .
Bella telan liur . Alamak ! aku sorang ja yang tak siap lagi . Malunya . Bella menoleh ke arah Rykal di sebelah. Dia tersengih sehingga menampakkan barisan gigi putihnya.
“ Heheheh err nak tolong kan hah tolong-tolong jangan segan-segan ” pelawa Bella sopan santun . Ceyh tadi berlagak . Rykal menjuling mata ke atas .
Khemah yang di buat oleh Bella tadi di buatnya semula . Di betulkan dari A–Z .
•
•
•
•
𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗺𝗮 . Kini semua murid akan bersolat jemaah sekali . Cikgu Farhan selaku imam untuk solat mereka . Mereka menunaikan solat maghrib berjemaah dan sebentar lagi solat isyak .
Habis menunaikan ibadah solat , semua pelajar diminta untuk ke khemah masing-masing kerana aktiviti pada malam itu ialah bebas .
Bella duduk satu khemah dengan pelajar dari 5 Intelek . Alia , Hani dan Fiqah . Mereka bertiga antara pelajar yang paling bermasalah kerana tingkah laku mereka yang kerap ponteng kelas , melawan cakap guru dan kerap tidak datang ke sekolah tanpa surat yang kukuh .
Bella sedang baring-baring santai di dalam khemah sambil mendengar lagu . Matanya turut terpejam , menghayati melodi lagu . Dengan tenang dia mendengar tiba-tiba earphone yang di pakainya di cabut kasar oleh seseorang . Terbuka terus matanya . Bella bangun dari pembaringan . Matanya tajam memandang ‘ mereka’
“ Kau kenapa ? dah tak ada kerja kacau aku ? ”
Mereka bertiga senyum sinis . Sudah boleh agak kan siapa mereka .
“ Ini tempat kami . Pergi ! ”
“ Oh hello excuse me ...aku yang buat khemah ni and now suka-suka ja korang datang cop kata ni khemah korang wahh lebih dah ni ”
Walaupun hakikatnya Rykal yang buat bukan dirinya .
Mereka bertiga tidak berkata apa hanya melihat Bella atas bawah . Bella naik baran .
“ Kalau korang rasa nak khemah boleh , pergi buat sendiri lepastu sila blah dari khemah aku ”
Mendengar itu tangan Hani ingin naik menampar pipi Bella tetapi di tahan oleh Alia dan Fiqah .
“ Huh dah la .. keluar la weh semak je korang ..DAH BERAMBUS DARI KHEMAH AKU ! ”
jerkah Bella dan kemudianya kembali baring dengan earphone di sumbatkan kembali ke telinga untuk mendengar muzik .Tanpa berlengah mereka beredar dari situ dengan perasaan marah .
“ Eii geramnya aku ! ” omel Hani
“ Huh dia fikir dia siapa nak halau kita? ” balas seorang lagi kawan mereka iaitu Alya.
Fiqah berfikir sejenak dengan jari telunjuk di ketuk-ketukkan di dagunya . Mencari idea yang bernas .
𝙏𝙄𝙉𝙂 !
“ Ahahhh !! I have a good idea ” jerit Fiqah tiba-tiba. Terperanjat dua makhluk tadi .
“ Apa idea kau ? ” soal Hani ingin tahu .
Fiqah menoleh ke arahnya dengan kening di angkat berkali-kali . Senyuman jahat terhias di wajah itu . Ideanya sudah sampai .
Hani dan Alya tidak faham malah berpura-pura faham .
‘ Just wait and see 𝗕𝗲𝗹𝗹𝗮 ’ bisik hati Fiqah .
* Maaf pendek sikit sebab saya tulis dalam keadaan mengantuk so saya cut sikit .
* otak jem sekejap but it's okay
* kalau ada typo maafkan saya 🙏🏻
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Acak𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...