𝑫𝑨𝒀 19
𝗦𝘂𝗱𝗮𝗵 terasa seperti dia seorang sahaja yang berada di pergunungan ini . Mana Rykal ? . Hmm masih tidak bercakap denganya . Salahnya jiga kerana memberitahu isi hatinya kepada Rykal.
Sudahnya dia seorang sahaja . Ya memang semua orang akan tinggalkan dia termasuk Rykal. Dia ini hanya rumah singgah sahaja . Datang bila perlu pergi bila tidak diperlukan .
Termenung dia sendiri . Rasa seperti orang gila kadang bercakap sorang-sorang. Mahu berbual dengan Rykal ? lambat lagiii .
Jari-jemari menguis tanah , kosong fikiranya tatkala ini . Bosan tidak tahu mahu buat apa .
Rykal ? seperti biasa, tidur sahaja tidak mahu bercakap denganya . Entah kenapa dia rasa seperti di mainkan oleh lelaki itu .
Rykal cakap sukakan dia tapi kenapa caranya sekarang seolah-olah membenci dirinya ? .
" Haihh tak faham aku lelaki ni ! "
" siapa suruh kau faham ? "
Bella pusing belakang dan ternyata Rykal sedang elok berdiri sambil tangan di dalam kocek seluar.
Dengan pantas Bella bangun berdiri menghadap Rykal. Dia tersengih sambil garu kepala .
" Errr mana ada aku cakap kau . Kau ni suka perasan lah " kata Bella sambil senyum kekok .
" Aku tak cakap pun ' aku ' " dingin .
Bella telan liur . Kenapa Rykal lain sekarang. Selama ini dia bercakap lembut sahaja tapi kenapa sekarang lain . Seperti pertama kali mereka bertemu .
" Errr tak sebenarnya aku saja fikir kenapa laki suka banyak tidur " tipu Bella . Tak akan nak cakap benda betul nak mampuss !
Rykal silang tangan ke dada. Tajam tatapannya memandang Bella . Riak wajahnya kosong , membuatkan hati Bella sedikit terasa .
" Nak tahu kenapa ? " Bella sekadar angguk kepala .
" Sebab nak rehatkan kepala otak dari fikir macam mana nak kena bela ' beban ' dan nak kena hadap masalah pula "
𝙕𝙖𝙥𝙥 !! menusuk kalbu . Sakit yang rasa hanya Tuhan sahaja yang tahu . 'Beban' Rykal nak kata yang dia sekarang adalah beban dan punca masalah? .
" K...kau nak kata ..ak...aku beban ka ? " gugup Bella menyoal .
" Ada aku cakap kau ? " datar sahaja caranya bercakap . Tidak seperti biasa .
Bella tersentak dengan jawapan dari Rykal . Jujur dia kata dia semakin terluka dengan cara dan layanan sebegini dari Rykal .
Rykal pandang muka Bella yang jelas menahan nangis . Ukir senyuman sinis lalu dia melangkah setapak demi setapak ke arah Bella.
Bella sudah cuak . Dia mula mengundur ke belakang , tapi Rykal semakin dekat . Bella ingin lari tapi di tahan oleh lengan sasa Rykal yang telah mengunci dirinya kiri dan kanan . Tubuhnya sekarang betul-betul bersandar pada dahan pokok .
Rykal dekatkan mukanya dengan Bella. Dapat Bella dengar hembusan nafas Rykal . Dengan suasana yang hening di tambah pula hanya mereka sahaja di tempat begini , macam-macam perkara boleh berlaku .
Rykal dekatkan sikit mukanya pada telinga kiri Bella lalu membisikkan sesuatu.
" Aku tak nak kau serabut fikir pasal aku . Sebab aku akan cuba berhenti fikirkan pasal kau ...faham " Rykal cipta jarak . suara serak basah Rykal menggugat hati Bella . Tapi agak menyakitkan dengan ayat Rykal tadi .
Kolam matanya sudah berair . Bila-bila sahaja mutiara jernih akan menitis turun . Dia tahan agar dirinya tidak nampak lemah , tapi dia tidak boleh . Nampaknya dia harus berhenti meletakkan harapan terhadap Rykal .
Selepas dari itu , Rykal kembali ke arah tempat dia tidur tadi lalu di rebahkan bada semula dan matanya tertumpu rapat , membiarkan Bella yang sudah nangis .
Basah pipinya dek kerana air mata . Entah kenapa cara layanan Rykal yang ini lagi sakit dari cara layanan papanya ? . adakah ini kerana dia mencintai Rykal lalu perasaan ini terasa amat pedih dan sakit .
Rykal dengar sahaja Bella menangis. Tapi kerana ego dia abaikan sahaja . Di dalam hati dia sudah memaki hamun dirinya sendiri.
' 𝘉𝘰𝘥𝘰𝘩 !! 𝘬𝘢𝘶 𝘵𝘢𝘬 𝘱𝘢𝘵𝘶𝘵 𝘣𝘶𝘢𝘵 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘵𝘶 '
* Entah lah weh nak cita cena . Gituuu lah cita dia
* Ada typo maafkan saya 🙏🏻
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
De Todo𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...