𝓑𝓪𝓫 22♥︎

11 2 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 16

            𝗠𝗮𝘁𝗶 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 Rykal oleh kerana sebaris ayat yang baru sahaja keluar dari mulut Bella. Dia tidak salah dengar bukan . Biar betul .

“ 𝗔𝗸𝘂 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 ....𝗥𝘆𝗸𝗮𝗹 ”

Bella yang masih dalam dukungannya , di pandang tidak percaya . Riak wajah bertukar terkejut. Tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar .

Tubuh Bella di turunkan ke bawah . Miminta gadis itu untuk duduk berlapikkan dahan pokok yang besar lalu Rykal mencangkung di hadapan Bella . Iris mata tepat menikam mata bundar Bella .

“ Apa kau cakap ? ” soal Rykal inginkan kepastian

Bella menunduk malu . Di dalam hati dia sudah menyumpah habis dirinya sendiri.

‘ Bodoh lah macam mana boleh tersasul cakap ni !! aku cakap dalam hati tiba-tiba terkeluar dekat mulut . Aduhhh maluuu ’

Bella memejam mata rapat . Ulas bibir bawah dia gigit kuat . Menahan malu yang kian kemuncak.

Rykal masih statik di hadapan Bella. Menunggu jawapan . Angkat kepala , wajah Rykal betul-betul di hadapannya . Jari-jemari sudah bergetar . Hujung bajunya , dia genggam kemas . Jantung berdegup kencang seolah-olah sedang berlari .

“ Errr aku ..aku ..”

“ Aku apa ? ” cantas Rykal. Aduh sabarlah . Tengah nervous ni . Bella tarik nafas lalu di hembuskan .

“ Ya . Aku suka kau ”

Terduduk Rykal di atas tanah . Macam tak percaya . Ingatkan gadis itu sekadar bergurau .

Dengan melihat riak wajah terkejut Rykal , sah-sah Rykal akan menolaknya . Ya dia sudah agak . Dia bukannya mahu Rykal menyukainya balik . Dia hanya jujur tentang perasaannya sahaja . Tidak salah kan ? .

Bella malas menunggu , hari sudah gelap lebih baik dia berdiri dan jalan sendiri dari tunggu Rykal yang tidak habis terkejut lagi , tahun depan baru boleh keluar dari tempat ini .

Bella bangun dari duduk . Walaupun agak perit kakinya akibat terseliuh , namun dia masih boleh bertahan.

Rykal tersedar dari lamunan . Pipinya di tampar berkali-kali untuk kembali sedar ke dunia realiti .
Pusing tubuh , Bella sudah berjalan melepasi dirinya . Walaupun tidak jauh sangat kerana kaki Bella sakit .

Lekas dia bangun dan berlari ke arah Bella. Tanpa sebarang arahan , tubuh kecil itu dicempungnya dari belakang sehingga Bella terjerit kecil. Nasib sempat memeluk leher Rykal .

“ Apa ni Rykal ! janganlah angkat mengejut . Terkejutlah ” kata Bella geram . Siapa ja tidak geram kalau di angkat mengejut .

Rykal diam membisu . Bella telan liur. Dah kenapa dia ni ? . Period? .

15 minit akhirnya mereka tiba di tempat yang sama semula . Tubuh Bella di turunkan perlahan. Rykal membawa diri ke arah beg galasnya untuk mengambil botol minyak gamat dan plaster .

Dia kembali semula ke arah Bella yang sedang duduk di tepi sungai . Bella sedang membasuh muka serta seluarnya yang sedikit kotor akibat jatuh terseliuh. Nasib sedikit.

Rykal duduk di tepi Bella lalu kaki Bella yang terseliuh di tariknya perlahan dan di letakkan di atas pehanya . Bahang teruk wajah Bella tika ini . Sudahla baru confess , lepas itu di layan sebegini pula . Aduhhhh maluu.

Rykal menyapu sedikit minyak gamat di luka Bella. Bella berdecit sedikit. Selepas itu , Rykal menampalkan plaster .

Bella menarik semula kakinya yang berada di peha Rykal . Dari sudut tepi ,dia lihat Rykal hanya diam sahaja . Sejak dia memberitahu tentang perasaannya, terus lelaki itu menjadi begini .

‘ Salah aku ka ? ’ bisik hati Bella .

Dia ingin menegur tapi , takut Rykal tidak selesa . Jadi dia batalkan sahaja niatnya .

“ Aku minta maaf ”

Setelah sekian lama . Keluar juga suara dari kerongkong. Bella sedikit terkedu. Kenapa minta maaf? . Bella tayang wajah pelik manakala Rykal menunduk memandang ke bawah . Tiada secalit senyuman terhias di wajah .

“ Ke...kenapa ? ” Bella beranikan diri menyoal.

Rykal toleh memandang Bella di sebelah . Pandangan mereka bertaut . Lama mereka bertentang mata .

“ Aku jujur sebenarnya aku pun sukakan kau ”

Ada sedikit sinar harapan telah muncul dalam hati Bella tatkala mendengar ayat dari mulut Rykal. Bella ukir senyum.

“ Tapi .....”

“ Aku rasa aku tak boleh sukakan kau ”

Mati senyuman Bella . Rasa seperti pisau belati sedang menoreh-noreh hatinya sekarang. Sakit .

Rykal kembali tunduk . Matanya sudah berkaca-kaca . Sebenarnya dia sangat sukakan Bella . Ya dia sedar dia mencintai gadis itu tapi ada sebab kenapa hatinya menyuruh untuk tidak menyukai Bella .

“ Maaf Bella , boleh bagi aku masa . Masa untuk aku berfikir ? ”

Bella pandang Rykal lama sebelum mengangguk kepala . Tidak lupa juga senyuman di bibir . Senyuman terpaksa.

“ Aku hanya beritahu perasaan aku sahaja . Aku tak paksa kau untuk sukakan aku . Ambil lah berapa banyak masa sekali pun aku tidak kisah . Ikut kata hati kau Rykal . Kau berhak membuat pilihan sendiri . Itu hak kau ”

Selesai berkata , Bella mulai bangun lalu membawa diri ke arah tempat dia selalu tidur iaitu di sebuah pokok yang rendang . Di situ amat selesa.

Rykal memerhati kelibat Bella dari belakang. Jauh di lubuk hati dia rasa sangat bersalah kerana berbuat begitu .

Bella baringkan badan menghadap dahan pokok lalu menutup mukanya dengan kain biru yang di ambilnya tadi di dalam beg . Mata di pejam rapat . Setitik demi setitik mutiara jernih turun membasahi pipi. Terhinjut-hinjut bahunya dek kerana nangis .

Rykal masih berada di pinggir sungai . Termenung memikirkan kisah lalu . Kisah yang di mahu lupakan tapi kini kembali menghantuinya semula .

Kaki di tarik rapat ke dada . Kepala di benamkan di kepala lutut . Mata terpejam rapat . Membiarkan air mata turun ke pipi . Semakin lama semakin lebat .

‘ 𝙈𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙄𝙨𝙖𝙗𝙚𝙡𝙡𝙖 ’




* Anjayyyyy apa benda niii weh ?! hahahaha
* Kesalahan typo sangat banyak maafkan saya 🙏🏻
* Hambar la tapi 💔

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now