𝐷𝐴𝑌 21
Hari yang begitu cerah ditambah pula dengan bunyi kicauan burung-burung. Sunyi rasanya bila perlu sorang-sorang. Sorang ? Kenapa sorang ?
Bella menyandarkan tubuh pada satu batang pokok , perutnya sudah bermain irama. Mahu makan , makanan sudah habis . Kadang terpaksa menelan air sungai sahaja untuk mengalas perut . Bernasib baik kerana air sungai itu bersih dan jernih .
Kenapa dia berkata dia hanya seorang? Ya Rykal awal-awal sudah pergi . Pergi ke mana ? . Jalan-jalan.
Bella berfikir, kenapa sampai tahap begini Rykal mengabaikan dia ? . Ya dia tahu salah dia kerana memberitahu lelaki itu tentang perasaannya tapi perlukah dia di layan sebegini ? Seperti orang tidak wudud? .
Banyak persoalan berlegar-legar di kotak fikiran.Dia buntu bagaimana lagi hendak bercakap dengan Rykal . Dia dekat sedikit , Rykal mulalah bangun pergi ke arah lain . Pura-pura sibuk .
" Haihhh kenapa hidup aku macam ni ? " Bella mengeluh sendiri.
Sejak dari haritu lagi Rykal tidak mahu bercakap denganya. Kadang kala dia rasa seperti Rykal menyembunyikan sesuatu dari dirinya . Jika benar apakah dia ?
Tiba-tiba Bella petik jari .
" Ahahhh !!! Aku tahu . Mesti dia ada awek dah kan , sebab itu dia cuba elak dari aku . Takut awek dia tahu ehh " Bella membuat andaian sendiri.
Selepas itu dia menampar dahinya kuat .
" Ehh bodohlah ! Memang awek dia ada pun dekat sini " marahnya sendiri.
" Haih kalau ada Rykal sekarang mesti aku dengan dia tengah sembang kopitiam "
Bella tongkat dagu . Sedang membuang pandangan ke arah sungai di depan mata .
Tiba-tiba telinganya mendengar sesuatu yang aneh . Matanya meliar melihat sekeliling.
" Rykal ?! " Bella kuatkan sedikit suara namun hampa tiada sebarang respon .
Bunyi yang sama lagi tapi kalini dia dalan semak-semak berhampiran denganya .
Tunak matanya memandang semak-semak itu. Air liur di telan pahit. Berpeluh dia walaupun sekarang baru pukul 9:00 pagi .
Bella cuba untuk hampiri , namun tanganya di sambar deras oleh Rykal .
Berpusing tubuh dia menghadap belakang dan pandangan mata tercacap pada susuk tubuh Rykal yang kekal berdiri di hadapanya.
" Kau nak pergi mana ? " soalnya dingin . Bella tunduk memandang bawah . Serammmm .
Melihat Bella yang diam sahaja dia dekatkan dirinya sedikit dengan gadis itu . Lengan Bella masih dia genggam tapi agak kuat .
" Ry..Rykal sa...sakitlah " Bella cuba menarik tanganya tapi lagi dia tarik lagi kuat Rykal mengenggam .
" I'm asking you again . Where do you want to go darling ? "
Meremang habis bulu romanya sekarang tatkala mendengar suara serak basah dari Rykal . Di tambah pula dengan pandangan setajam burung helang pula .
Bella perlahan-lahan angkat kepala beranikan diri bertentang mata dengan lelaki di hadapannya sekarang.
Jika dahulu dia memandang Rykal jantungnya akan berdegup kencang oleh sebab dia sukakan Rykal , tapi kali ni jantungnya berdegup juga tapi lebih laju oleh kerana pandangan tajam bak pisau menusuk ke dalam iris matanya , sehingga tiada langsung suara yang mampu keluar .
" Ta.....tak ..per..pergi mana-mana " gugup Bella. Bergetar habis kedua lututnya .
Rykal baru sahaja mahu membuka mulut tiba-tiba bunyi di semak tadi kembali bunyi . Kalini kedua mereka seraya memandang ke arah semak tersebut .
" Ahh ular ! " jerit Bella kerana terkejut.
Tidak mereka sangka rupanya seekor ular yang bersaiz kecil sudah menyusul keluar dari semak lalu pergi ke arah lain .
Terlompong mulut Bella . Ular rupanya . Mereka bernasib baik kerana ular itu saiznya agak kecil .
Bella hembus nafas lega . Dengan pantas dia menoleh ke belakang menghadap Rykal.Rykal masih sama . Menayangkan raut wajah dinginya . Bella menunduk , kakinya menguis tanah di bawah . Tidak pandang langsung Rykal .
Rykal tunduk sedikit kerana ketinggian Bella agak rendah , lalu dia berbisik sesuatu yang mampu membuatkan seorang Bella terkaku .
"Don't bother me, okay ? Please take care of yourself . Okay darling ? " Rykal ukir senyuman sinis. .
Bella terkaku.Setitis air mata mengalir keluar . Tidak tahu mengapa kata-kata Rykal begitu sinis terhadapnya.Terangguk-angguk dia mengiyakan apa yang di katakan Rykal .
Tubuh di pusingkan lalu mengantur langkah pergi meninggalkan Bella yang masih membatu di tempatnya.
* Kalau ada typo maafkan saya 🙏🏻
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Ngẫu nhiên𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...