𝑫𝑨𝒀 24
𝗦𝗲𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 kejadian semalam , Bella membuat keputusan untuk tidak mahu lagi menganggu Rykal . Dia mula sedar yang Rykal tidak akan berbaik semula dengan dirinya sedangkan dia sendiri tidak tahu apa punca yang menyebabkan Rykal benci dengan dia .
Bella hanya duduk termenung sambil memikirkan tentang perasaannya. Dia akui dia sangat sayangkan Rykal kerana Rykal lelaki pertama yang buatkan dirinya rasa seolah-olah seperti seorang ratu .
Sewaktu dia menjadi kawan Rykal , lelaki itu sangat baik . Melayan karenah dirinya yang sangat kebudak-budakkan ini .
Tapi sekarang , tiada lagi semua itu . Rykal yang sekarang adalah Rykal yang lain . Dingin . Tatapan dia sahaja mampu membunuh perasaan Bella .
“ Kau nak makan tak ? ” soal Rykal dari belakang Bella.
Bella tidak menjawab hanya sekadar geleng kepala . Dia tidak mahu bersua muka dengan Rykal . Dia mula rasa kosong selepas kejadian semalam .
Rykal tidak berkata apa , hanya meletakkan seekor ikan yang telah di panggang tadi di sebelah Bella .
Bella masih termenung memandang ke arah sungai yang sangat jernih airnya . Tidak sedikit pun dia menoleh ke arah ikan yang di panggang Rykal . Dia tiada selera .
•
•
•
•
𝗠𝗮𝗹𝗮𝗺 menjelma , Bella masih sama seperti siang hari . Selepas solat sahaja dia terus duduk termenung menghadap ke arah sungai .
Rykal semakin hairan . Kenapa dengan Bella ? ada sesuatu terjadi pada gadis itu ?
Dia mulai bangun lalu berjalan ke arah Bella kemudian duduk bersila di sebelah Bella .
Rykal menoleh ke sisi , memandang wajah Bella yang bersih. Lama dia berkelakuan seperti itu .
“ Kau nak cakap apa cakap aku sedia dengar ”
Tiba-tiba suara Bella memecahkan kesunyian di antara mereka . Rykal menoleh ke hadapan semula .
“ Kau kenapa ? diam je , ada masalah ke ? ”
‘ Ya ada sangat . Masalah tu datang dari kau Rykal ’ luah Bella dalam hati .
Rykal mengeluh . Sudah di tanya malah diam pula . Rykal cuba untuk kekal tenang .
“ Kau kalau ada masalah cakap . Jangan pendam . Nanti sakit ” kata Rykal .
Bella pandang ke sisi . Menilik wajah kacak Rykal. Tapi sayang dia sudah tidak punya perasaan pada lelaki itu . Perasaannya sudah di hancurkan oleh kata-kata Rykal itu . Sungguh pedih .
“ Jangan risau . Aku boleh jaga diri aku sendiri . Kau tak perlu risaukan aku . Aku tahu macam mana cara nak jaga diri aku tanpa bantuan kau lagi ” seusai itu , Bella bangun dan berjalan ke arah begnya untuk tidur . Dia sudah penat. Penat dengan Rykal . Penat dengan kehidupan dia .
Rykal terkarisma . Mulutnya terkunci rapat . Tangan naik memegang dada . Kenapa dia rasa lain apabila Bella berkata begitu .
“ Kenapa aku rasa sakit dengan kata-kata dia ? Adakah sebab salah aku ? Salah aku ka dia jadi begitu ? Kenapa kata-kata dia lebih sakit dari sebilah pisau ? ”
Bella mahu tidur tapi matanya mulai berair . Dia masih tidak boleh lupa apa yang Rykal kata . Baginya kata-kata itu sangat menusuk. Ibarat sebilah pisau menusuk jantung . Pedih . Lebih dari itu perasaan sakit kerana lelaki yang dia percayai .
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Aléatoire𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...