𝑫𝑨𝒀 7
𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜
9:10 a.m.
𝗞𝗲𝗹𝗮𝘀 5 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗹𝗲𝗸 pada masa kini tiada guru kerana guru yang mengajar mereka subjek Sejarah tidak hadir . Oleh itu kelas mereka agak bising sehingga menganggu kelas lain .
Seperti biasa , antara kesemua pelajar di dalam kelas itu , terdapat tiga orang sahaja yang paling bising. Sudah semestinya Hani , Fiqah dan Alya . Mereka bertiga antara yang paling bermasalah di kelas itu .
Tiba-tiba mereka mendengar satu pengumuman dari cikgu Saleha.
“ Assalamualaikum dan selamat sejahtera , saya ada sedikit pengumuman untuk kelas tingkatan 5 Intelek ”
Dengan pantas ketua kelas dan juga penolong menjalankan tugas mereka . Semua pelajar dalam kelas itu terus diam untuk mendengar apa yang akan di katakan oleh cikgu Saleha sebentar lagi .
“ Nurul Hanisah Binti Ahmad Syarif , Afiqah Binti Zainal dan Noor Diana Alya Binti Muhammad Daud . Saya ulang sekali lagi , 𝗡𝗨𝗥𝗨𝗟 𝗛𝗔𝗡𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗜𝗙 , 𝗔𝗙𝗜𝗤𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗭𝗔𝗜𝗡𝗔𝗟 dan 𝗡𝗢𝗢𝗥 𝗗𝗜𝗔𝗡𝗔 𝗔𝗟𝗬𝗔 𝗕𝗜𝗡𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗛𝗔𝗠𝗠𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗨𝗗 . Nama-nama yang saya sebutkan ini , sila datang berjumpa dengan saya dan cikgu Farhan di bilik guru selepas waktu rehat . Terima kasih ”
Terbuntang luas mata mereka bertiga apabila nama mereka di seru . Kes apa pula ni ? . Semua mata-mata di kelas itu memandang tepat ke arah mereka bertiga. Sudah pasti ada kesalahan yang mereka bertiga lakukan sehingga nama di panggil .
Tak senang duduk mereka bertiga . Degup jantung sudah berubah rentak. Memikirkan apa yang akan terjadi membuat mereka bertambah serabut .
“ Weh kenapa nama kita kena panggil ? ” soal Fiqah cemas .
Alya mengangkat bahu tanda tidak tahu . Dia juga pening memikirkan kesalahan mereka . Mana tahu mereka ada buat salah yang mereka sendiri tidak sedar .
“ Kau tanya aku memang aku tahu pun ” balas Hani spontan.
“ Aku rasakan , ini mesti fasal kes yang Rykal dengan Bella hilang dekat Gunung Tahan tu ” sampuk Fiqah membuatkan Hani dan Alya semakin takut .
“ Jangan sebut fasal kes tu la bodoh ! nanti diorang tanya betul-betul macam mana ? siapa nak jawab? ” marah Hani memukul lengan Fiqah .
“ Kita tunggu je la nak buat macam mana dah nama kita saja cikgu panggil. Terpaksa la ” Alya sudah pasrah . Masuk kali ini sudah 2 kali mereka di panggil . Pertama sewaktu cikgu Farhan memanggil kesemua ahli yang mengikuti kem perkhemahan itu tapi kali ini hanya mereka bertiga sahaja . Rasa ingin tahu semakin membuak-buak dan dalam masa sama perasaan gentar juga ada terselit.
•
•
•
•
𝗖𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 menerangi langit biru pada siang hari manakala cahaya bulan menerangi langit pada waktu malam . Sungguh cantik dan sempurna ciptaan Tuhan .
Walaupun mereka berdua tersesat di dalam gunung , tapi tidak di nafikan yang keindahan alam semula jadi membuatkan diri mereka sangat selesa dan nyaman . Selain itu , di tambah juga dengan nyamanya udara di sini sangat menenagkan fikiran .
“ Leganya udara waktu pagi ” kata Bella sambil menghirup udara segar . Tidak lupa juga Rykal yang sentiasa berada di sebelah Bella. Mengawasi dan sentiasa menjaga gadis itu .
“ Kan . Rasa tenang sampai tak nak balik rumah ”
Bella menjeling Rykal. Hek eleh sembang , semalam bukan main lagi cakap rindu dekat ummi dia . Last-last dia yang cakap tak nak balik . Dasar ini anak ! .
Rykal perasan yang Bella sedang mengutuk dirinya . Ah ! lantaklah kisah pula aku .
Tiba-tiba Bella terasa seperti mahu menanyakan sesuatu kepada Rykal. Tubuh di pusingkan menghadap Rykal.
“ Err Kal , aku nak tanya . Kau rasa dapat tak kita keluar dari sini ? ” soalan Bella menyentakkan hati Rykal.
“ Kenapa tanya macam tu ? ”
“ Iyelah manalah tahu esok kau tiba-tiba hilang ka atau esok aku yang hilang ka . Lepas itu , polis hanya jumpa kau sahaja tapi aku ? tak jumpa . Ataupun polis akan jumpa mayat aku ke kan . Haaa mana lah tahu ” kata-kata Bella membuatkan hati Rykal tercarik-carik . Kenapa rasa sakit bila Bella berkata begitu seolah-olah seperti sebentar lagi Bella akan tinggalkan dia .
Rykal pengang kedua bahu Bella dengan kemas . memandang Bella tepat ke dalam anak mata . Mulut Bella seakan terkunci tatkala Rykal berbuat begitu.
“ Apa kau cakap ni ? hey aku tak akan tinggalkan kau . Walau apa pun jadi aku tak akan tinggalkan kau . Aku akan jaga kau dekat sini . Kenapa cara kau cakap macam kau nak tinggalkan aku ? jangan pergi . Kalau kau nak mati sekali pun ajak aku . Kita mati Sama-sama. Baru sweet ” dalam sedih terselit juga jenaka di dalam . Kalau nangis nanti habislah pecah rekod dia .
Kelopak mata sudah panas. Pandangan terasa kabur dek kerana cecair panas mula bertakung . Bila-bila sahaja akan mengalir turun . Agak terkesan dengan kata-kata Rykal. Bukan menyakitkan malah rasa terharu terpahat di dada . Kenapa mesti Rykal selalu membuatnya rasa berbunga ?
Cecair panas mula mengalir seperti air hujan . Turun ke pipi membasahi wajah putihnya . Tidak dapat dia tahan lagi .
Rykal menyeka mutiara jernih itu menggunakan belakang tapak tanganya . Tisu tak ada , jadi guna saja apa ada . Gituwww .
“ Dah-dah apa nangis ni , tak cantik dah ” pujuk Rykal lembut . Rambut Bella di usapnya seperti anak kecil.
“ Mana ada aku nangis , habuk masuk mata ” Bella berdalih. Eleh malu tak nak mengaku . Siapa lagi kalau bukan dirinya sendiri.
Rykal tergelak kecil dengan perilaku Bella. Comel. Kepala Bella dia usap . Bella sekadar biar sahaja . Alangkah seronok kalau suaminya nanti manis seperti Rykal. Ehhh apa ni ! tak-tak ! .
Bella angkat wajah menatap Rykal di depan mata . Lama dia merenung ke dalam iris mata lelaki itu , begitu juga dengan Rykal .
“ Janji dengan aku yang kau tak akan tinggalkan aku ? ”
Rykal ukir senyum manis buat Bella. Jari kelingking di angkat dan di tunjukkan kepada Bella.
“ Aku Janji 𝗜𝘀𝗮𝗯𝗲𝗹𝗹𝗮 ” tutur Rykal
“ Aku pun janji 𝗥𝘆𝗸𝗮𝗹 ” balas Bella
Bella turut mengangkat jari kelingking sama seperti Rykal lalu jari mereka bersatu tanda yang mereka sudah berjanji antara satu sama lain . Senyum manis tidak lekang dari bibir mereka berdua.
* Apo khabor ...beginilah hasilnya
* Otak jem so idea pun kelaut sikit but it's okay 😌🤏
* Ada typo maafkan saya ya 🙏🏻
* Hambar la tapi 🥲
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Acak𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...