𝓑𝓪𝓫 17♥︎

23 6 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 11

𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜

           𝗞𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 pelajar tingkatan 4 dan 5 sedang beransur keluar untuk rehat . Sara selaku rakan baik Bella kini sedang berehat bersama-sama dengan pelajar kelas 5 Sarjana .

Mereka memilih tempat di bahagian hadapan kerana bahagia belakang sudah penuh . Sara melabuhkan punggung di kerusi. Dia menongkah dagu . Rindu mahu rehat bersama dengan Bella .

𝙋𝘼𝙆 !

Lamunan Sara terhenti tatkala seseorang menampar meja . Dia memandang siapa gerangannya , oh ! rakanya dari kelas Sarjana .

“ Kenapa ni Sara ? monyok je ? kau tak sihat ke ? ” soal salah seorang rakanya . Sara menggeleng. Keluhan berat di lepaskan.

“ Aku rindu Bella la Lisya . Selalu aku rehat dengan dia , tapi kali ni aku rehat dengan korang pula ”

Lisya memandang lagi dua rakanya Basyirah dan Kamalia . Mereka berdua mengangkat bahu .

“ Haihh nak buat macam mana , polis tak jumpa lagi diorang . Kita doa banyak-banyak supaya polis cepat jumpa diorang . Lagipun tahun ni kan kita SPM , insyaAllah mereka dapat balik dengan selamat ”

Sara angguk sekali . Ada benar juga kata-kata Lisya . Harap-harap mereka selamat . Dia risaukan sangat tentang Bella , jika Rykal tidak usah kata lah lagi lah dia risau . Crush kot !  .

“ Dah la jangan nak termenung , pergi beli makanan. Makan sikit nanti kau sakit pula ” arah Kamalia . Sarah angguk faham .

Baru sahaja dia ingin melangkah pergi , masa itulah ada penguguman . Macam tak ada hari lain ka ?!

“ Perhatian kepada nama-nama pengawas yang saya sebutkan ini . 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝙎𝙔𝘼𝙁𝙄𝙌 𝙃𝘼𝙕𝙍𝙄 𝘽𝙄𝙉 𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝙁𝙐𝘿𝙄𝙉 , 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝘼𝙉𝘼𝙎 𝘽𝙄𝙉 𝘼𝙈𝙄𝙉 , 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝙁𝘼𝙍𝙄𝙎 𝙃𝘼𝙕𝙄𝙌 𝘽𝙄𝙉 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝙁𝘼𝙄𝙍𝙐𝙕 , 𝙇𝙄𝙎𝙔𝘼 𝘼𝙉𝙄𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙇𝙐𝙕𝙈𝘼𝙉 , 𝙎𝙄𝙏𝙄 𝙉𝙐𝙍 𝘽𝘼𝙎𝙔𝙄𝙍𝘼𝙃 𝘼𝙕𝘼𝙇𝙔𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙈𝙐𝙃𝘼𝙈𝙈𝘼𝘿 𝘽𝘼𝙎𝙄𝙍 dan 𝙎𝙔𝘼𝙍𝙄𝙁𝘼𝙃 𝙆𝘼𝙈𝘼𝙇𝙄𝘼 𝘼𝙕𝙄𝙀𝙍𝘼 𝘽𝙄𝙉𝙏𝙄 𝙎𝙔𝙀𝘿 𝙆𝘼𝙈𝘼𝙍𝙐𝙇 𝘼𝙕𝙃𝘼𝙍 . Nama-nama ini sila hadir ke dewan sekarang ya , terima kasih ”

Basyirah menepuk dahi . Aduh nak makan pun tak senang lah ! . Ada ja nak panggil .

Sara mencebik. Nak rehat dengan siapa sekarang ni ? semua rakannya pengawas. Dah la berjawatan . Dia ? sekadar murid biasa .

Lisya memandang Sara. Dia tersenyum kekok . Haih kesian Sara.

“ Sorry Sara ...we need to go . Sorry sangat tak dapat teman kau rehat ” ucap Kamalia sayu . Sara faham jadi dia tidak akan marahkan mereka .

“ Tak apa , pergilah nanti lambat pula . Tak pa aku boleh rehat sorang ”

“ Betul ni ? ” tanya Basyirah. Sara angguk kapala sekali . Terus mereka bertiga senyum dan berlalu pergi menuju ke dewan .

Dari riak muka memang dia baik-baik sahaja , tapi di dalam hati ? dia sedih . Haih kalaulah ada Bella dapatlah Bella temankan dia .

Sara pergi untuk beratur membeli makanan. Nampaknya dia perlu juga rehat sorang . Selesai membeli dia kembali semula ke meja tadi . Terasa aneh kerana dia sorang-sorang. Tengah dia selesa menjamu selera , entah dari mana munculnya cikgu Farhan .

“ Sara ? ”

Hampir tersedak Sara dibuatnya . Lantas cikgu Farhan menyua air sirap kepada Sara. Tercekik anak orang mampus !

Sara minum air sirap tadi dengan rakus . Tak kisahlah nampak hodoh ke apa asalkan tekaknya okay . Selepas itu , dia kembali menatap cikgu Farhan di sebelah.

“ Ya cikgu ? kenapa ? ” soal Sara pelik.

“ Nama kamu 𝙈𝙖𝙞𝙨𝙖𝙧𝙖 𝘼𝙯𝙧𝙮𝙣 kan ? ”

Sara semakin pelik. Huh dah kenapa cikgu Farhan ni tiba-tiba sahaja . Nak melamar ke ? . Huishhh minta di jauhkan ! .

“ Iya..nama saya Maisara Azryn . Kenapa cikgu ? ”

Seraya dengan itu cikgu Farhan melabuhkan punggung di hadapan Sara . Sara sudah pelik. Takut pun ada . Banyak mata-mata sedang melihatnya bersama cikgu Farhan buatkan dirinya sedikit tidak selesa .

“ Cikgu nak tanya kamu sesuatu . Tapi sebelum itu kamu balik sekolah naik apa ? ” tanya cikgu Farhan.

“ Saya datang naik moto balik pun naik moto ” spontan jawapan dari Sara buatkan cikgu Farhan menahan tawa. Polos juga eh ?

“ Kalau macam itu , boleh kamu balik lewat sedikit ? cikgu dengan cikgu Saleha nak jumpa kamu sebentar . Kami nak tanya fasal Bunga Isabella ”

Jeda . Terkaku sebentar dia selepas nama Bella di tutur oleh cikgu Farhan.Apa yang mereka mahu tahu tentang Bella? .

“ Errr boleh . Saya habis kelas pukul 2:00 . Selepas itu , saya pergi dekat bilik guru macam mana ? ”

Cikgu Farhan mengangguk sambil tersenyum lega . Lalu dia bangun dari duduk . Memandangkan waktu rehat tinggal lagi 5 minit , dia harus kembali ke bilik guru kerana sebentar lagi dia perlu ke kelas tingkatan 3 .

“ Cikgu okay saja. Dah la cikgu minta diri dulu , cikgu nak kena pergi kelas tingkatan 3 pula sekejap lagi ”

“ Oh ! baik cikgu ” kelibat cikgu Farhan di hantar dengan lirikan dari Sara . Makanan yang masih tersisa dia makan sehingga habis .

Semasa Sara berjalan hendak pergi ke kelasnya , banyak betul soalan berlegar-legar di kotak fikiran. Runsing kepalanya sekarang.

“ Haihh apalah yang cikgu Farhan dengan cikgu Saleha nak tanya aku nanti ”



* Yoww ! saja tak nak buat scene Bella dengan Rykal ..saya buat kawan dia hahahaha
* Kalau ada typo maafkan saya 🙏🏻
* Sedikit kelaut jalan cerita tapi tak apa lah

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now