𝑫𝑨𝒀 20
𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗮𝗻𝗶 sedang sibuk mengemas bilik tidur , memandangkan hari ini suaminya ada mesyuarat , jadi mungkin agak lewat dia pulang .
Sedang Puan Ilani mengemas di bahagian laci meja yang berada bersebelahan dengan katil , tiba-tiba dia ternampak satu buku yang berkulit coklat gelap . Buku tersebut di ambil .
Puan Ilani beranikan diri untuk membukanya . Di muka hadapan sudah tertulis 𝐌𝐘 𝐃𝐈𝐀𝐑𝐘 .
Puan Ilani sedar itu adalah milik arwah Dalina . Ya kerana segala luahan perasaan tidak kira sedih atau gembira semuanya sudah tertulis di dalam diary itu .
Tiba-tiba sepucuk surat terkeluar dari dalam buku diary tersebut. Lantas Puan Ilani mengutipnya di atas lantai .
Perasaannya tidak enak tatkala melihat surat itu . Tapi perasaan ingin membaca sudah membuak-buak.
Dia abaikan perasaan tadi seraya surat yang terlipat itu di buka . Dengan tekunnya dia membaca .
Setelah itu tubir matanya mula berair . Berjurai air mata membasahi pipi . Tanganya naik menutup mulut tidak percaya .
“ Allahuakbar ....” lirih suaranya menyebut kalimat suci itu .
Pilu rasanya apabila baca isi surat yang ditulis arwah Dalina.
“ Macam tak percaya ”
Surat itu di pandang sekali lagi . Setiap kata-kata yang tertulis di dalam surat itu sangat menyentuh perasaannya. Puan Ilani di hurung rasa bersalah .
𝑨𝒔𝒔𝒂𝒍𝒂𝒎𝒖𝒂𝒍𝒂𝒊𝒌𝒖𝒎 ...𝑰𝒍𝒂𝒏𝒊
𝐴𝑘𝑢 𝑛𝑎𝑘 𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑎𝑎𝑓 . 𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑎𝑘𝑢 𝑝𝑎𝑡𝑢𝑡 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑘𝑎𝑢 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑎𝑤𝑎𝑙 𝑝𝑎𝑠𝑎𝑙 𝑛𝑖 . 𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑎𝑘 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑡𝑎ℎ𝑎𝑛 𝑙𝑎𝑚𝑎 𝐼𝑙𝑎𝑛𝑖 , 𝑠𝑒𝑏𝑎𝑏 𝑎𝑘𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑡𝑢𝑛𝑔 . 𝐴𝑘𝑢 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑠𝑒𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑢 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔. 𝐴𝑘𝑢 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑖𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑠𝑖𝑘𝑜 𝑏𝑖𝑙𝑎 𝑎𝑘𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛𝑑𝑢𝑛𝑔 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑚𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑤𝑎𝑟𝑎𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑢𝑔𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖 . 𝑆𝑢𝑎𝑚𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑡𝑎𝑘 𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑎𝑘𝑢 . 𝐷𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝 𝑗𝑖𝑘𝑎 𝑠𝑢𝑎𝑡𝑢 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑑𝑎ℎ 𝑡𝑖𝑎𝑑𝑎 , 𝑎𝑘𝑢 𝑚𝑎ℎ𝑢 𝑘𝑎𝑢 𝑔𝑎𝑛𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑎𝑘𝑢 . 𝐽𝑎𝑔𝑎 𝑎𝑛𝑎𝑘-𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑢 . 𝑆𝑎𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑠𝑒𝑝𝑒𝑟𝑡𝑖 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑠𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔 𝑗𝑎𝑛𝑗𝑖 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 , 𝑗𝑎𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑡𝑎ℎ𝑢 𝑠𝑢𝑎𝑚𝑖 𝑎𝑘𝑢 𝑡𝑒𝑛𝑡𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑛𝑦𝑎𝑘𝑖𝑡 𝑎𝑘𝑢 . 𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑠𝑒𝑙𝑎𝑙𝑢 𝑎𝑑𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑘𝑢 𝐿𝑎𝑛𝑖 . 𝑆𝑒𝑘𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑘𝑢 𝑠𝑒𝑟𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑘𝑎𝑢 .
YOU ARE READING
30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]
Aléatoire𝑹𝒚𝒌𝒂𝒍 𝑨𝒅𝒚𝒂𝒏 > 𝑩𝒖𝒏𝒈𝒂 𝑰𝒔𝒂𝒃𝒆𝒍𝒍𝒂🦋 --------------------------------------------------------------- Apabila nasib kedua mereka tidak baik , mereka tersesat di sebuah gunung sewaktu mereka mahu berangkat pulang dari perkhema...