𝓑𝓪𝓫 9♥︎

20 8 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 3

𝗦𝗠𝗞 𝗗𝗘𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗣𝗨𝗧𝗥𝗜 ,

          𝗞𝗲𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗦𝗺𝗸 𝗗𝗲𝗹𝗶𝗺𝗮 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗶 sedang berkumpul di tapak perhimpunan . Seperti biasa hari Ahad mesti ada sahaja guru-guru yang akan memberi taklimat panjang lebar .

" Penat la weh berdiri lama-lama "

" kau fikir kau sorang je , aku pun sama "

Merungut murid-murid kerana tidak diberikan duduk . Dengan cahaya matahari yang kian memancar , cuaca pagi yang terasa sedikit panas di tambah pula dengan keadaan semua pelajar sedang berdiri dalam barisan memang agak sukar untuk bernafas kerana agak sempit .

8:15 a.m.

𝙆𝙍𝙄𝙉𝙂 !!!!

" Mantap !! "

" Huhh lega siot "

bersorak mereka apabila sudah selesai majlis perhimpunan rasmi . Para guru juga sudah mulai bangun dari duduk dan ingin mengorak langkah pergi . Cikgu Farhan dengan cepatnya mengambil mikrofon .

" Okayh pelajar yang ikut pergi kem hari tu sila tunggu sebentar , Cikgu Saleha nak jumpa "

Mati terus langkah mereka bertiga tatkala mendengar arahan dari Cikgu Farhan.

Alya , Hani dan Fiqah serta merta menoleh ke belakang melihat kesemua pelajar yang mengikuti kem tersebut sedang berbaris mengikut tingkatan.

" Nak buat apa ni Fiqah ? " soal Alya dengan gemetar .

" Err kita blah lah apa lagi " balas Hani .

Baru sahaja mereka ingin pergi, cikgu Saleha sempat menahan mereka .

" Hah kamu bertiga bukan pergi sekali ke ? "

" Ha...haah cikgu " lantas Alya menjawab sedangkan Fiqah dan Hani sudah menepuk dahi .

" Kalau macam tu tunggu apa lagi pergi beratur !”

Cepat-cepat mereka bertiga berlari ke arah barisan tingkatan lima lalu duduk bersama mereka .

" Kau bodoh ke Lya ? yang kau pergi cakap tu asal ?! "

" Sorry aku gelabah siot , terlepas cakap "

Alya menyusun jari tanda meminta maaf . Hani dan Fiqah sudah pasrah . Kelibat cikgu Farhan dan cikgu Saleha sudah kelihatan . Liur di telan pahit. Perasaan mereka kini sudah bercampur baur .

" Habis lah kita lepas ni " ujar Hani sambil menutup muka dengan kedua belah tapak tangan .

" Diam bodoh ! jangan bagi aku gelabah " kata Fiqah dengan jari jemari sedang meramas hujung bajunya.



















          𝗥𝘆𝗸𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗹𝗮 berjalan beriringan sambil menggalas beg mereka . Mereka berdua sudah nekad untuk mencari jalan keluar walaupun harapan untuk menjumpai jalan keluar itu agak tipis tapi jika tidak usaha mana mungkin berhasil kan ?

" Rykal aku penat lah ..rehat jap boleh ? " lirih Bella yang sedang tercungap-cunggap mengambil nafas . Sudah 20 minit mereka berjalan tapi masih tak jumpa tanda-tanda boleh keluar dari pergunungan ini . Hampir tercabut urat saraf kaki dia sekarang.

" Bella , sikit lagi mana tahu depan tu ada jalan keluar ke ..jalan sikit lagi eh ? " pinta Rykal sambil memegang lengan Bella yang berlapik baju .

Bella geleng kepala tanda tidak mahu . Macam nak mampus dah dia dengan makanan hampir habis , air mineral juga hampir habis . Kalau di teruskan juga alamaknya jadi jenazahlah dia di sini .

Rykal faham dengan Bella yang kakinya baru sembuh , jadi Rykal membernarkan Bella untuk berehat sebentar . Dirinya juga sudah berpeluh .
Rykal mengambil tempat di sebelah Bella. Mereka duduk di atas sebuah kayu yang agak besar . Boleh la jadikan kerusi sementara.

Tanpa di suruh , Bella melentokkan kepalanya di bahu kiri Rykal dengan spontan . Rykal yang masih mengipas mukanya menggunakan tangan terkejut dengan tindakan Bella. Bukan tidak benarkan Bella berbuat sedemikian , tapi oleh kerana sekarang dia sedang berpeluh takut-takut Bella tidak selesa .

" Bella aku berpeluh ni ...busuk tau tak " tutur Rykal dengan menolak pergi kepala Bella dari bahunya , tapi Bella masih sama .

" 𝗜𝘀𝗮𝗯𝗲𝗹𝗹𝗮 ! " ternaik sedikit intonasinya . Bella masih masa .

" Kau boleh diam tak 𝗥𝘆𝗸𝗮𝗹 𝗔𝗱𝘆𝗮𝗻 ? aku penat ni tau . Aku sumbat kasut dalam mulut kau baru tahu " jawab Bella sambil menutup mata .

" Tak aku tak nak kau sandar dekat aku sebab aku berpeluh sekarang ni ..nanti kau tak selesa faham "

Bella angkat kepala , memandang Rykal tajam ke dalam anak mata . Rykal telan liur . Ehek lain macam .

" Kau cakap apa ? berpeluh ? takut aku tak selesa ? habis aku ? tak peluh ? tak busuk ? ....aku okay je Rykal. Aku tak merungut apa-apa pun . Dah tutup mulut kau sebelum aku tutupkan . DIAM ! "

Terhinjut bahu Rykal dengar Bella menekankan perkataan DIAM . Bella kembali melentokkan kepalanya di bahu Rykal.

Malas kata apa , Rykal biarkan sahaja Bella seperti itu . Dia mengerling sedikit wajah Bella. Jelas terlihat Bella sedang tidur .Rykal tertawa kecil. Comel. Hidung mancung Bella di cuit sedikit. Sengaja dia mengusik .

Kepala di angkat ke atas memandang langit yang cerah dan biru . Rykal merenung awan-awan yang bergerak membuat pemikiranya sedikit tenang .

1 jam

" Bella ... bangun-bangun dah nak dekat senja dah ni nanti malam lagi tak nampak jalan "

Pipi Bella di tepuk-tepuk menyedarkan gadis itu . Hampir terlelap juga dia tadi tapi cuba di tahan .

Bella membuka mata perlahan-lahan. Cahaya terang menusuk tajam ke dalam anak mata . Gambaran pertama selepas penglihatanya kian normal ialah wajah Rykal. Bella ukir senyum.

" Berapa lama aku tidur ? " soal Bella denga
n mamai .

" 1 jam " jawab rykal sepatah sambil membetulkan tudung sarung Bella yang senget akibat tidur. Bella angguk kepala .

" Dah jom kita jalan sikit lagi mana tau jumpa sungai lagi boleh kita rehat dekat situ "

Tangan di hulurkan kepada Bella. Bella memandang tangan Rykal lama sebelum tangan itu di capainya . Rykal menarik tangan Bella untuk bangun berdiri lalu mereka meneruskan perjalanan mereka mendaki gunung tersebut.

Sepanjang perjalanan Rykal tidak melepaskan tangan Bella , kerana dia takut Bella akan hilang dari pandangan.

" Okay ke Bella ? " Bella memandang Rykal di sebelah lalu mengangguk. Rykal tersenyum lalu menggosok kepala Bella dengan lembut.

" Good girl "








* Halu apa khabar ...ya begitulah kira ii jalan cita .
* Tak faham ? jangan risau saya yang menulis pun saya tak faham 🥲
* Kalau ada typo maafkan saya ya . Almaklumlah saya pun manusia 😌🙏🏻
* Hambar ..sentiasa hambar but it's okay ...boleh la noh hehe 😔💔

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now