𝓑𝓪𝓫 23♥︎

8 3 0
                                    

𝑫𝑨𝒀 17

            𝗦𝗶𝗻𝗮𝗿 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗵𝗮𝗿𝗶 memancar di langit . Bunyi kicauan burung-burung mengejutkan Bella dari tidur . Mata di celik sedikit kerana cahaya matahari yang amat terang . Dia mulai bangun lalu melangkah perlahan ke arah sungai untuk membersihkan muka .

Dalam dia ralit membasuh muka , tiba-tiba ingatan semalam berputar kembali.

“ 𝙈𝙖𝙖𝙛𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪  ”

Sebaris ayat yang masih segar dalam kotak fikiran. Tidak tahu sama ada mahu rasa seronok atau sedih . Siapa sahaja tidak berasa kecewa kerana cinta di tolak tapi , itu adalah hak Rykal dia tiada hak untuk memaksa . Biarlah lelaki itu membuat keputusan sendiri.

“ Kau nak makan ? ”

Terhinjut bahu Bella dek kerana sergahan dari Rykal . Bella usap dada . Nasib tak mampus .

Angkat kepala pandang Rykal . Nampak seperti wajah itu baru sahaja menangis semalaman . Hidung dan matanya amat jelas merah .

Bella tidak mahu tanya. Biarkan sahaja soalan itu terkubur sendiri .

“ Aku tak lapar ” bohong Bella . Sebenarnya dari semalam lagi dia lapar . Mahu makan , makanan sudah habis . Tak akan mahu makan rumput ? .

Rykal masih tercegat di hadapan Bella. Sejak isu semalam , dia rasa begitu jengkel untuk menegur gadis itu padahal mereka berdua kawan .

“ Tak apalah kalau macam tu . Aku nak jalan-jalan kejap . Nanti aku balik sini semula ”

Bella malas kata apa , anggukan sahaja tanda jawapan . Dia rasa sangat jengkel sekarang untuk berborak seperti biasa dengan Rykal .

Pusing tubuh , kaki mengantur langkah pergi. Meninggalkan Bella keseorangan. Tujuan sebenarnya ialah dia mahu mengosongkan fikirannya tentang perkara yang lalu . Perkara yang selalu menghantui dirinya sampai sekarang.

Bella memerhati Rykal yang sudah pergi . Mungkin diam lebih baik dari berbual .

Bella menatap wajahnya di pantulan air sungai . Mencari setiap kesalahan dalam diri sendiri.

“ Mesti di sebabkan aku dia jadi macam itu kan ?. Haih kenapalah aku cuai sangat ”












         

         𝗥𝘆𝗸𝗮𝗹 berjalan-berjalan sambil memegang ranting kayu . Tidak tahu mahu berbuat apa . Selalunya sekarang dia sedang berbual rancak bersama Bella . Tapi sekarang mahu membuka mulut pun sudah berat .

Sambil dia berjalan sambil itu dia menggaru kepala yang tidak gatal . Memikirkan perihal semalam .

“ Aduhh sakit otak fikir ! ” lantang suaranya.

Serabut kepala memikirkan. Dia buntu . Dia suka akan Bella. Dia mengaku yang dia sangat sayangkan gadis itu tapi dia trauma . Trauma dengan apa yang sudah terjadi .






* Hok ii apa benda ni ?
* Kalau ada typo maafkan saya 🙏🏻
* Hambar kan ? perkara biasa 😌

30 𝖣𝖺𝗒𝗌 𝖶𝗂𝗍𝗁 𝖫𝗈𝗏𝖾𝗋 [ 𝐎𝐆 ]Where stories live. Discover now