BAB 9

682 83 8
                                    

"KAU PERGI MANA?"

Teguran daripada Mustaqim sebaik saja dia membuka pintu bilik membuatkan jantung berdegup kencang buat seketika.

"Assalamualaikum akhi," perli Absyar sebelum menutup pintu bilik perlahan-lahan. Kopiah dicabut dari kepala dan diletakkan ke dalam almari pakaiannya.

Mustaqim terus tersengih dengan sindiran itu.

"Waalaikumsalam sorry ya akhi," Mustaqim turut mengikut rentak Absyar.

Absyar hanya tersenyum geli hati sebelum menyalin pakaian kepada baju yang lebih selesa. Takkanlah dia mahu tidur dengan baju melayu ini.

"Kau pergi mana, Cad?" soal Mustaqim sekali lagi.

"Masjid."

"Masjid mana?"

"Masjid kampus kita lah. Kau tahu tak kampus kita ada masjid?" Kening Absyar terus terjungkit sebelah seiring dengan soalannya pada Mustaqim.

"Tahulah... Kau ni buat macam aku tak pernah pergi solat jumaat pula..." Decit Mustaqim perlahan..

Tahulah dia hanya pergi masjid setiap hari jumaat aje tapi janganlah perli macam ni. Hati kita lembut tau!

Absyar terus tertawa halus melihat wajah cemberut Mustaqim.

"Gurau je Mus tapi sila ambil hati ya." Absyar terus mengekek ketawa sebelum dia mengibas tempat tidurnya sebanyak tiga kali menggunakan selimut.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

 “Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.”  (HR Muslim)

"Kau pergi masjid buat apa Cad?" soal Mustaqim lagi kerana dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan sahabat karibnya itu.

"So–"

"Selain solat. Aku tahulah kau pergi masjid untuk solat. Jangan bagi jawapan klise Absyar Abid." Mustaqim terus menjeling Absyar yang baru saja membuka mulut di atas tilamnya sendiri.

"Aku baru nak jawab solat." Sekali lagi terlepas tawa kecil Absyar.

"Aku ada kelas tadi antara maghrib dan isyak."

"Kelas? Kelas apa? Anatomy?"

Kali ini, tawa Absyar terus meledak kuat dengan tekaan Mustaqim. Kejadahnya belajar anatomi waktu maghrib begitu. Mustaqim ini memang suka bercakap sebelum berfikir ya.

"Kau mengilai apahal?" tegur Mustaqim sambil membaling bantalnya pada Absyar yang masih tiada tanda untuk berhenti tertawa.

"Lawaklah Mus, kau ni tak beragak langsung nak join kelas anatomi waktu maghrib," balas Absyar sambil mengelap air mata yang jatuh di hujung mata dek banyak tertawa.

Aduhai, dekah betullah Mustaqim!

"Bagitahu aje lah kelas apa tadi... Aku tumbuk juga kau ni kang."

"Garangnya abang Zinnirah ni!" usik Absyar.

"Absyar!" Mustaqim sudah panas hati dengan kelakuan Absyar yang lain macam pada malam itu.

Geramnya...

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now