BAB 23

382 68 17
                                    

"AKAK MASAK APA tu? Banyaknya lauk... Ada orang nak datang ke?" tanya Zinnirah sebelum mengacau kuah di dalam periuk itu. Matanya tertutup seketika apabila menghirup aroma yang lazat. Terus berkeriuk perutnya berbunyi.

Zulaikha terus tertawa apabila telinganya dapat menangkap bunyi perut Zinnirah.

"Lapar sangat ke Ji? Kuat betul bunyi perut tu," tegur Zulaikha sambil tertawa penuh ayu.

"Kuat sangat ke akak?" tanya Zinnirah lalu memegang perutnya.

"Kuatlah jugak," jawab isteri Zhafran itu sambil mengulum senyum.

"Laparlah... Dari semalam Ji tak makan. Ji just makan coklat je..." adu Zinnirah sambil menjuihkan bibir untuk menagih perhatian kakak iparnya itu. Coklat yang dia makan itu pun pemberian daripada Absyar.

Banyak pahala lelaki itu memberi makan pada gadis sepertinya. Terima kasih Absyar!

"Kenapa tak makan?" soal Zulaikha sambil menjegilkan matanya. Budak ni memang nak kena dengannya. Kalau Zinnirah tak menjamah makanan berat semalam, ini bermaksud gadis itu tidak makan ubatnya.

Haihlah Zinnirah...

"Sebab nak makan masakan akak," ujarnya lalu tersengih lebar.

"Ubat makan tak?" tanya Zulaikha. Zinnirah terus memuncungkan bibirnya apabila soalan itu menjengah telinga.

Alah, bosanlah...

"Ji," panggil Zulaikha sekali lagi.

"Ji tak makan ubat semalam. Alah, bukan selalu Ji skip. See, I'm still alive," Zinnirah menunjukkan dirinya dengan muka reda.

"Jangan selalu macam ni, Zinnirah. Bahayalah..."

"Yalah yalah..." jawab Zinnirah malas. Dia sudah malas mahu mendengar nasihat yang sama. Mustaqim, Dr. Liza, abang dan kini Kak Zulaikha.

Huh, boleh berdarah telinganya!

"Siapa yang nak datang ni?" soal Zinnirah untuk mengelak soalan-soalan yang berkaitan dengan dirinya.

"Adalah... Surprise?" ujar Zulaikha sambil membuat gaya kejutan itu pada Zinnirah.

"I don't like surprise," jujur Zinnirah sambil menggulingkan matanya ke atas. Dia mula memeluk tubuh sebelum bergerak ke meja dapur.

"Ji nak tolong apa ni kak? Bosanlah, tak buat apa-apa," tanya Zinnirah dengan mata yang meliar ke tengah meja melihat bahan masakan.

Secara tiba-tiba, di hadapannya kini dihulurkan satu plastik yang berisi pelbagai jenis buah. Wajah Zulaikha dipandang dari bawah.

"Kupas buah ni pastu potong dadu. Kita nak buat mocktail kejap lagi," arah Zulaikha.

"Mocktail? Sedapnya!" kata ZInnirah penuh semangat. Dia terus bangun dari duduknya dan mula mencari besen dan pisau. Kemudian, buah-buahan itu dikeluarkan satu persatu dari plastik dan dimasukkan ke dalam bekas itu.

Dia berlalu ke singki untuk mencucinya satu demi satu. Bibir mula bernyanyi kecil. Zulaikha yang mendengar hanya tersenyum kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

Suka hatimu lah Zinnirah... Asalkan adik yang seorang ini bahagia.

"Kak..." panggil ZInnirah.

"Hm..."

"Mus mana?" soalnya apabila tidak nampak kelibat lelaki itu langsung.

"Keluar jumpa kawan katanya," jawab Zulaikha sambil khusyuk memotong daun sup di tepi ZInnirah.

"Untunglah banyak kawan..." kata Zinnirah perlahan namun dapat didengari oleh Zulaikha.

"Ji tak ada kawan ke?"

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now