BAB 18

430 74 24
                                    

"KAU TERTINGGAL KAT mana?" soal Absyar dengan telefon yang melekat di telinga. Kepala yang gatal digaru perlahan.

"Aku tertinggal kat meja batu belakang fakulti kita. Kau tolong ambilkan boleh? Kalau hilang mampus aku, segala nota semuanya dalam tu," kata Mustaqim dengan penuh harapan.

Itulah dia, terlampau cuai sehingga tertinggal iPadnya di kawasan Fakulti Perubatan. Dia berharap iPad itu menjadi halimun bagi orang yang berniat jahat.

Absyar hanya menggelengkan kepalanya mendengar ayat yang terbit daripada bibir sahabatnya itu.

Sentiasa cuai!

Entah apa yang dia fikirkan sampai tertinggal gajet mahal ini di kawasan terbuka seperti ini. Mujur saja hidungnya jenis melekat pada muka, kalau tak mesti akan tertinggal juga.

Absyar bernafas lega apabila dia sudah nampak gajet itu sebaik saja dia mendekati meja batu yang disebut oleh Mustaqim tadi.

"Okey dah jumpa, balik nanti aku bagi kau."

"Thank you, Acad! Kaulah sahabat aku dunia akhirat sehingga ke syurga!" puji Mustaqim dengan dada yang terasa ringan daripada perasaan risau.

"Ha ya lah, aku gerak lu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam ya akhi!"

Absyar hanya menggelangkan kepalanya sebelum memasukkan iPad mini Mustaqim itu ke dalam poket scrubnya. Ingatkan selepas balik dari hospital, bolehlah dia terus berehat sekejap kerana hari ini tiada kerja part time. Rupanya, Mustaqim penghalang kepada waktu rehatnya.

Sabar aje lah!

Jejaka itu mula melangkah perlahan sambil melihat pokok-pokok di kawasan sekeliling yang berwarna hijau untuk menyegarkan otaknya kembali.

Sesekali nafas disedut lama dan dihembus perlahan. Perbuatan itu dia lakukan berkali-kali sehingga dia puas.

"Tak nak... Lepaskanlah aku... Tak nak!" jeritan yang sayup-sayup menyebabkan Absyar berhenti berjalan dan cuba untuk fokus pada bunyi itu.

Dahinya mula berkerut apabila terdengar seperti bunyi orang bergelut yang berdekatan dengannya.

Tanpa membuang masa, Absyar terus bergegas mencari punca suara itu.

"TAK NAK! LEPASKAN AKU!" jeritan kali kedua yang sangat kuat itu menyebabkan Absyar terus menoleh ke kanan sebelum matanya membuntang melihat aksi itu.

"Woi!" jerit Absyar sebelum dengan laju dia berlari ke arah dua orang manusia itu. Lengan lelaki itu ditarik kuat sehingga terlepas genggamannya pada lengan sang gadis. Wajah itu diberikan sebuah penumbuk sulungnya sehingga dia jatuh terlentang dan mengaduh kesakitan.

"Tak gentle bro nak berkasar dengan perempuan!" kata Absyar yang sedang mencekak leher baju Khairil.

"So-sorry bang... Saya t-tak sengaja..." jawab Khairil walaupun mulutnya terasa sangat sakit akibat ditumbuk oleh gerangan yang dia sangat kenal. Lelaki di depannya ini ialah Absyar, kawan kepada Mustaqim.

"Kalau aku nampak kau kacau dia lagi lepas ni, memang lunyai aku kerjakan kau! Dah, blah!" ugut Absyar sebelum melepaskannya dengan kasar.

Bunyi derapan kasut yang lari menjauh dia abaikan.

Absyar terus bergerak ke arah gadis yang sudah terbaring di atas lantai koridor. Matanya kembali terbeliak apabila melihat wajah itu.

"Zinnirah! Buka mata awak, Zinnirah!" Absyar berasa cemas apabila melihat dada itu berombak laju.

Dia terus melutut di tepi gadis itu sebelum menarik beg yang masih digalas oleh Zinnirah.

"Zinnirah!" panggil Absyar sekali lagi. Kelopak mata Zinnirah kelihatan berkelip-kelip antara mahu buka ataupun tidak.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now