BAB 26

377 70 19
                                    

SATU TIN KOPI sejuk diserahkan pada Absyar yang duduk bersandar di kerusi menunggu dengan mata yang tertutup demi melepaskan lelah.

Terus terbuka matanya yang hampir merah itu apabila terasa ada benda sejuk di pipi. Mata Absyar. menjadi sepet kerana silau.

"Mengantuk betul kau ni," tegur Mustaqim lalu mengambil duduk di sebelah Absyar.

"Thank you," ucap Absyar sambil menunjukkan kopi itu pada Mustaqim. Penutup tin dibuka dan dengan lafaz basmallah, Absyar tegur air kopi iti dengan harapan dia akan kembali segar selepas ini. Masih ada beberapa jam waktu berbaki sebelum shiftnya habis.

Absyar kelihatan sungguh longlai ketika itu.

Sejak dari jam 11 malam sehingga sekarang; 4.30 pagi, Absyar perlu mengawal situasi yang agak kelam kabut pada jabatan kecemasan apabila berlakunya kemalangan yang membabitkan dua buah keluarga. Hampir separuh daripada mangsa kemalangan itu dimasukkan ke dalam zon merah disebabkan kecederaan yang teruk.

Absyar yang sememangnya memilih untuk bertugas di jabatan itu sejak setahun yang lalu sudah kentalkan hatinya dengan kejadian seperti ini.

Mangsa-mangsa itu dibawa ke jabatan itu dengan harapan untuk terus hidup dengan bantuan medik di situ dan juga kuasa daripada Allah SWT.

"Aku dengar baru masuk kes baru. Accident kereta, dua keluarga cedera parah. Betul ke?" soal Mustaqim sebelum sambung meneguk kopinya.

Berbeza dengan Absyar, Mustaqim memilih Jabatan Paediatrik sebagai pilihan pertamanya seusai housemanship setahun lalu.

Absyar angguk.

"Teruk. Ada seorang mangsa kanak-kanak tu peparu dia tercucuk besi sehingga menyebabkan komplikasi teruk. Tekanan darah semakin menurun tapi besi tu susah nak keluarkan. It's kind of nerve-wracking moment sebab heartbeat dia drop mendadak. Tapi alhamdulillah, everything went well. Semuanya selamat because she's a fighter after all," kata Absyar sebelum tersenyum kecil.

Kanak-kanak itu sudah dimasukkan ke dalam ICU untuk pantauan lanjut kerana dia masih belum melepasi tahap kritikal.

"Alhamdulillah, tak silaplah aku belanja kau kopi as a reward," gurau Mustaqim sambil tersengih.

"Yalah, kopi RM2.50 pun saya terima dengan hati terbuka ya Dr. Mustaqim," balas Absyar lalu meneguk sehingga habis kopi itu.

Badan diregangkan sedikit sebelum dia kembali bersandar di kerusi hospital.

"Kau nak tahu satu good news tak?" tanya Mustaqim sambil menjungkitkan keningnya berkali-kali.

"Apa?"

"Ji..." Mustaqim menghentikan ayatnya demi mahu melihat reaksi sahabatnya itu.

Dan seperti yang dia jangka, Absyar terus menoleh ke arahnya secara mendadak apabila nama gadis itu meluncur laju dari bibir Mustaqim.

"Kenapa dengan dia?" soal Absyar apabila Mustaqim hanya menggantungkan percakapannya.

Mustaqim hanya mengulum senyum melihat respons lelaki itu.

Amboi, risau beno.

"Muka kau tu tak payahlah nak cuak sangat. Cover sikit muka tu," tegur Mustaqim sambil menahan tawa.

Absyar terus berdehem lalu mengambil tin kopi yang sudah kosong itu sebelum dilekapkan di kedua-dua belas pipinya.

"Ji bagitahu aku, dia akan konvo dua bulan dari sekarang. So, dah nak kena start prepare apa yang patut. Nak ambil jubahlah, bayar yuran itu ini. Tapi aku rasa untuk ambil jubah tu, aku nak mintak Atiya yang temankan Ji, okey kan?" Mustaqim bercerita panjang.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now