BAB 40

287 61 17
                                    

ABSYAR MENGHELA NAFAS lega sebaik saja kesemua pesakit yang berada di zon merah itu berjaya dirawat oleh mereka. Scrub biru tuanya yang sudah terhias dengan percikan darah dia cuci sekali lalu di tandas.

Leher yang terasa lenguh dia picit perlahan dengan mata yang tertutup. Sesekali bahunya juga turut dia urut dan tumbuk perlahan untuk menghilangkan rasa nyeri.

Kaki mula melangkah ke arah bilik yang dikongsi bersama rakan sekerja yang lain. Mejanya ditujui lalu senyuman lebar mula tergaris pada bibirnya.

Bekal yang diberi oleh Zinnirah pagi tadi sebelum dia bergerak ke hospital masih elok tidak bersentuh. Hari ini genap lima bulan perkahwinan mereka namun masih tiada apa-apa perubahan dalam rumah tangga Absyar dan Zinnirah.

Tetapi Absyar berasa sangat dihargai apabila setiap hari isterinya tidak pernah lupa untuk memberikannya bekal makanan. Dia tidak pernah memaksa bahkan Absyar sudah melarang Zinnirah untuk berhenti membuatkannya bekal jika hanya memenatkan wanita itu. Namun, wanita itu hanya mengabaikannya.

Bekas itu dibuka dengan harapan makanan yang dimasak oleh isterinya itu masih elok kerana jam sudah menunjukkan pukul lima petang. Dan kini, Absyar baru mahu menjamah makanan tengah harinya.

Nasi putih, paru berlado dan sayur sawi.

Alhamdulillah, bekalnya masih elok.

Tanpa menunggu lama, Absyar bergerak ke arah peti sejuk dan mengambil sebotol air mineral lalu mencuci tangannya di singki. Dengan langkah laju, dia kembali ke mejanya.

Doa dibaca dan dia makan hasil masakan isterinya itu dengan penuh santun. Sesekali matanya tertutup menikmati makanan yang sudah sejuk itu.

Sedapnya!

Untungnya badan dapat Zinnirah!

Wanita itu sentiasa tahu tentang apa yang dia gemar, paru berlado. Dan jujur dia cakap, paru berlado Zinnirah ialah masakan yang paling sedap yang dia pernah rasa.

Tak tipu!

Mesej yang tiba-tiba masuk mengganggu fokus Absyar. Dia terus mengambil telefonnya di dalam poket scrub dengan mulut yang masuh mengunyah makanan.

Nama yang terpampang membuatkan dia tersengih seorang diri.

Sayangku Zinnirah
Awak...
Saya ada meeting adhoc petang ni
Saya minta izin balik lambat sikit ya
Mungkin saya balik malam

Absyar Abid
Saya izinkan.
Agak-agak meeting tu habis
pukul berapa, yang?


Absyar masih menunggu balasan isterinya itu dengan perasaan yang tidak menyabar. Iyalah, mana mungkin dia akan membiarkan isterinya pulang sendirian di malam hari menggunakan pengangkutan awam.

Sayangku Zinnirah
Saya tak pastilah awak
Rasanya meeting akan habis
sebelum maghrib
Saya mungkin akan solat dulu
sebelum balik
Takut tak sempat

Absyar Abid
Kalau macam tu saya
jemput awak ya.
Lepastu kita dinner kat
luar malam ni.

Sayangku Zinnirah
Takpe ke?
Awak tak letih ke?
Jauh tau hospital dengan
firm saya.

Absyar Abid
Sudah semestinya tak apa, sayang.
Nanti saya jemput awak.
Awak tunggu dalam ofis tau.
Jangan pergi mana-mana
selagi saya tak sampai.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now