BAB 27

491 76 36
                                    

Bagi yang pernah membaca EPILOG SEMI;KOLON, bab ini ialah epilog yang telah diperbaiki, lebih logik dan rasional.

Selamat membaca!



ABSYAR MEMBUKA KOT putihnya lalu disangkut pada belakang kerusi. Bibir mula tersenyum gembira apabila shiftnya sudah habis. Baju yang sudah dia seterika beberapa hari sebelum dia ambil lalu bergerak ke tandas hospital itu.

Dia mahu mandi. Dia mahu kelihatan kemas dan kacak pada pandangan Zinnirah nanti! Bibirnya itu tidak henti-henti tersenyum gembira apabila terbayang aksi yang akan dia lakukan seusai saja selesai sidang gadis itu.

Zinnirah... Semoga awak nampak saya...



JAMBANGAN bunga di dalam genggaman dia perhati lama sebelum hujung bibir mengukir senyuman indah. Tangan kirinya membawa satu beg kertas kecil yang berisi coklat kegemaran gadis itu. Kaki melangkah dengan penuh gagah ke arah kelompok orang ramai yang sudah mula berselerak di luar dewan.

Leher dipanjangkan untuk mencari seseorang. Di mana dia?

Mata tertancap pada gerangan yang keseorangan di hujung tangga dengan wajah serius tanpa sebarang senyuman. Absyar mula melangkah ke arah itu dengan debaran kuat di dada, jambangan bunga disembunyikan di belakang badannya.

"Assalamualaikum, Zinnirah."

Serentak, gadis itu terus berpaling dengan pantas sebelum matanya tertancap pada gerangan yang sungguh kacak pada hari ini. Dia memakai seluar slack hitam dengan baju kemeja maroon yang menyerlahkan lagi kulitnya yang cerah. Rambut yang disisir rapi dengan wajahnya yang bersih dari sebarang jambang membuatkan Zinnirah terkedu buat seketika.

Kacak.

Jarang-jarang dia dapat melihat Absyar seperti ini. Bukan kerana Absyar selekeh tapi kerana dia selalu mengelak daripada bertembung dengan lelaki itu walaupun mereka hidup berjiran.

"Waalaikumsalam... Absyar."

Senyuman kecil mula terukir pada bibir gadis itu, membalas senyuman lebar Absyar yang tidak pernah berhenti ditayangkan kepadanya.

"Tahniah dan happy graduation to our future Ar. Zinnirah Alwie." Jambangan bunga ros tadi dihulurkan ke hadapan wajah Zinnirah. "Nah, untuk awak."

"Terima kasih Absyar, walaupun saya graduan tua. Dah 27 tahun baru nak graduate from degree." Zinnirah menelan fakta yang agak perit bagi dirinya. Kerana apa? Kerana garis masa kehidupannya sudah berubah 180°.

"Umur bukan penghalang untuk belajar, Zinnirah. Not only you, saya pun graduan tua sebab lambat mula belajar. So, don't be insecure with your age. You've done your best and you're the best among the best. Kalau tak, takkan awak dapat anugerah pelajar terbaik tadi, Zinnirah." 

Ah, lelaki ini sungguh bijak berkata-kata. Hati Zinnirah mula berasa lega dengan bait bicara lelaki itu.

"Mana awak tahu saya dapat anugerah tadi?"

"Saya tengok live kat YouTube," jujur Absyar lalu tersengih. Alamak, terkantoilah pulak!

Zinnirah hanya tertawa melihat respons lelaki itu.

"Thank you for your words but awak tak perlu pun bagi saya bunga ni. I don't mind if you come with empty-handed." Tetapi, bunga itu tetap dibawa ke hidung dan dihidu aromanya dengan penuh perasaan.

Wangi dan menenangkan.

"Takkan saya nak datang bawa diri je kan? So, a bouquet of roses can make you happy?" Soalan itu menyebabkan wajah Zinnirah berubah merah, sama seperti ros yang di dalam pegangannya. Absyar tergelak kecil melihat reaksi itu, comel.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now