BAB 46

469 82 11
                                    

PINTU WAD ZINNIRAH dia tutup perlahan sambil menggalas beg di bahu kirinya. Jam yang sudah menunjukkan pukul 9 pagi itu dia kerling sekali lalu. Absyar masih lengkap berpakaian scrub kerana dia baru saja selesai shift sejam yang lalu. Tanpa pulang ke rumah, dia terus ke wad isterinya.

Matanya terus disajikan dengan gerangan Zinnirah yang sudah khusyuk melakar di atas kertas yang dia bawa semalam. Rambut wanita itu juga disanggul dengan sedikit serabai membuat Absyar menahan senyumnya sendiri. Dia sungguh fokus dengan kerjanya sehingga sedikit pun tidak sedar akan kewujudan suaminya di situ.

"Assalamualaikum sayang," tegur Absyar lalu terus menarik kerusi di sebelah katil wanita itu. Zinnirah terus menoleh ke arahnya dengan wajah yang terkejut. Mungkin baru sedar kewujudan makhluk kacak di situ.

"Waalaikumussalam abiy," jawab Zinnirah lalu melepaskan penselnya. Tangannya dihulurkan untuk mencium kekura tangan Absyar. Pada masa yang sama, ubun-ubunnya terasa diusap penuh lembut.

"Baru habis shift ke?" soal Zinnirah lembut apabila dia kembali memerhatikan wajah Absyar yang tergaris raut letih. Baju pun suaminya itu tidak sempat tukar.

"Tak adalah baru sangat... About one hour ago?" jawab Absyar sambil tersenyum kecil memandang wajah isterinya yang sentiasa cantik dan comel.

"Barulah jugak tu... Abiy dah breakfast?" Ramah pula Zinnirah pada pagi itu menanyakan soalan bertubi-tubi pada suaminya. Absyar hanya menggeleng sebagai jawapan kepada soalan itu. Bahkan, makanan terakhir yang dia jamah adalah pada tengah hari semalam iaitu ketika makan bersama Zinnirah.

"Kenapa tak makan lagi? Nanti perut tu dah masuk angin," bebel Zinnirah.

"Kejap lagi abiy makan. Sayang dah makan?" Kali ini giliran Absyar pula untuk beramah mesra. Baju hospital yang lengannya hanya tiga suku sahaja membuatkan Absyar dapat melihat kulit lengan Zinnirah buat pertama kali dalam usia perkahwinan mereka.

Scars. Too many scars.

"Ji dah makan lepas doktor masukkan ubat cecair apa entah dalam badan Ji tadi. Dan untuk Ji consume ubat-ubat Ji jugak," balas Zinnirah lalu menarik beg dari belakangnya untuk menghalang lengan sendiri yang sudah menjadi pusat perhatian Absyar.

"Tapi kan abiy, kali ni tak perlu IV drip pulak eh? Kalau macam tu, selamatlah tangan Ji." Zinnirah terus tersengih dengan persoalannya.

Absyar terus tersenyum kecil dengan soalan comel isterinya. "You don't need that sodium chloride, sebab tu tangan awak tak dicucuk. So apa perasaan lepas dapat ubat tu, ada apa-apa perubahan?" soal Absyar lalu bersandar pada kerusi itu. Pinggangnya terasa lenguh apabila berjam-jam dia hanya berdiri dan dapat duduk sesekali sahaja.

"Rasa biasa macam sebelum masuk wad. Masih sihat dan bila kencing masih sakit," tutur Zinnirah lalu menaikkan kedua-dua belah bahunya dengan bibir yang dijuihkan. Absyar terus tersenyum kecil dengan jawapan isterinya itu.

"Insya-Allah, abiy doakan semoga setiap ubat yang masuk ke dalam awak akan menjadi salah satu asbab untuk awak kembali sihat. Bila awak sihat, dapatlah saya makan masakan sayang yang sentiasa sedap tu," seloroh Absyar membuatkan Zinnirah langsung berdecit perlahan. Tawa perlahan terus terhambur daripada bibirnya.

Zinnirah kembali memegang penselnya dan mula fokus pada lakaran yang masih belum siap itu apabila Absyar hanya diam tanpa bicara selepas dia berseloroh. Sesekali ikatan rambutnya dia perketatkan.

"Zinnirah," panggil Absyar lalu berdiri di samping katil.

"Ya?" jawab Zinnirah dan terus menoleh untuk melihat wajah Absyar.

"Abiy nak tumpang mandi dan solat kat sini tau," maklum jejaka itu sambil membuka zip beg yang dia bawa sedari tadi. Zinnirah hanya terkebil-kebil mendengar pernyataan itu. Solat? Sekarang dah pukul 9 pagi? Takkan dia subuh gajah kot? Tak mungkin, suaminya bukan seperti itu.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now