BAB 32

564 81 55
                                    

PERASAAN TERUJA BERGANTI dengan perasaan gemuruh yang menggila dalam jiwa. Samar-samar, telinganya menangkap suara manusia yang mula melangkah masuk ke ruang tengah masjid. Sesekali, Absyar membetulkan songkok yang terletak elok di atas kepalanya. 

Kaki mula melangkah keluar ke arah beranda masjid lalu anak matanya mula merenung langit yang cerah dengan awan yang menggebu. Namun, gusar dalam hati tetap tidak dapat ditutup. Tangan kanan dibawa ke dada kiri dan ditepuk perlahan.

"Relaks Acad..." tuturnya perlahan. Cukup untuk pendengarannya saja.

Mustaqim yang tersengih melihat kelakuan Absyar terus mendekat. Bahu Absyar yang tegap elok memakai baju melayu putih itu dia tepuk sehingga mengejutkan sahabatnya.

Absyar terus menoleh ke kanan dengan wajah yang terkejut. Mustaqim yang tidak mengawal rasa terus menghamburkan tawanya yang agak terkawal.

"Muka macam tengah tahan berak! Buat muka elok-elok sikit tak boleh ke?" tegur Mustaqim dengan perut yang sudah mengeras menahan tawa kuat yang ingin dia lepaskan. Mujur saja mereka berada di kawasan masjid, kalau tidak memang dah pecah cermin dia ketawa melihat wajah pucat Absyar itu.

"Aku takutlah... Kau ni tak payahlah gelak-gelak!" decit Absyar lalu menyiku Mustaqim yang menyakitkan hatinya. Bukannya nak membantu...

"Sorrylah, muka kau lawak kot..." kata Mustaqim lagi.

Absyar hanya buat tak tahu dan kembali melihat pepohon hijau di masjid itu untuk menenangkan diri. Malas layan Mustaqim yang kuat membuli itu. Ergh!

"Nasiblah aku ni teman kau bersiap kat rumah tadi. Elok jugak aku touch up bedak dengan lipbalm yang aku curi dari bilik Ji, kalau tak memang dah macam zombie muka kau sekarang ni. Tah-tah pakai samping pun terbalik," usik Mustaqim lagi sambil tersengih.

Dia turut bergerak ke sebelah Absyar dan memandang ke arah yang sama sementara menunggu rombongan adiknya tiba di masjid itu.

Ya dia sudah bersama dengan Absyar sejak beberapa hari sebelum dan melepaskan semua hal Zinnirah kepada keluarganya yang lain. Absyar ini betul-betul tidak punya sesiapa, takkan dia mahu biarkan sahabatnya ini terkontang-kanting di hari bahagianya sendiri?

Mata mereka berdua terhenti pada dua buah kereta yang sudah membelok masuk ke dalam perkarangan masjid. Dan-dan air liur yang Absyar telan berasa sangat kelat. Terasa tangannya semakin menggeletar apabila melihat satu persatu gerangan di sana mula keluar dari perut kereta.

Oh, damn... Acad takut!

"Bro relaks! Kau punya menggigil ni nampak sangat," tegur Mustaqim sambil memusingkan badan Absyar supaya berhadapan dengannya. Tanpa menunggu lama, Mustaqim memerhatikan pakaian Absyar dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.

Samping lelaki itu dibetulkan lalu songkok yang sudah senget turut dibuka oleh Mustaqim. Rambut yang entah jadi apa, Mustaqim sikat menggunakan sikat kecil yang dia bawa di dalam poket baju.

"Kau lah Acad... Apa yang caca merba sangat ni?" bebel Mustaqim dengan tangan yang laju memakaikan songkok dengan cermat di kepala Absyar yang hanya berdiri tegak seperti patung cendana.

Kedua-dua bahu Absyar dia tepuk untuk memberi semangat.

"You got this bro! Kau selawat banyak-banyak kalau menggigil lagi, okey? Aku dah tak sabar nak dapat adik ipar ni," usik Mustaqim dengan senyuman yang semakin lebar. Absyar hanya mampu menggigit dalam pipi sebelum mengepal kedua-dua belah tangannya. Berpeluh oi...

"Doakan aku..." kata Absyar perlahan.

"Of course lah, jom masuk," ajak Mustaqim dan terus berpaling ke belakang tanpa menunggu Absyar. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Zinnirah yang cantik berpakaian serba putih sedang memanjat anak tangga masjid.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now