BAB 35

407 73 34
                                    

"AWAK ADA APA-APA rancangan tak lepas ni?" soal Absyar setelah meneguk air sejuk. Matanya tetap menatap wajah Zinnirah yang masih menyuap makanan ke dalam mulut. Apabila mendengar pertanyaan itu, Zinnirah menggeleng kepalanya sebagai jawapan.

"Kenapa awak tanya?" soal Zinnirah semula.

"Saja. Cuti awak tinggal berapa hari lagi?" Badan disandarkan pada kerusi dengan mata yang langsung tidak teralih daripada terus memandang wajah cinta hatinya itu.

"Empat hari lagi." Zinnirah menjeling sedikit suaminya sebelum kembali menunduk memandang lebihan bihun goreng dalam pinggannya.

"Saya nak ajak awak pergi bercuti lepas berminggu-minggu letih selesaikan urusan majlis kita. Awak ada appointment tak minggu ni?" tanya Absyar lalu terus meneguk air kosong yang masih berbaki di gelasnya.

"Betul ke?" Kali ini mata Zinnirah kelihatan bersinar-sinar apabila mendengar perkataan bercuti itu. Dah lama rasanya dia tidak merehatkan badan selepas baru masuk kerja dan selesaikan majlis kahwin mereka.

Absyar angguk dengan senyuman yang tergaris di bibir.

"Ada appointment tak minggu ni?" Absyar tanya lagi apabila soalannya tidak dijawab.

"Tak ada, saya jumpa doktor minggu lepas. Kita nak bercuti kat mana awak?" Mata bening itu menatap dalam mata Absyar sehingga menyebab lelaki itu berpusing sebentar ke sebelah kiri dan berpura-pura batuk.

Aduh, jangan tatap macam tu Zinnirah! Absyar kuat salting!

"Kita bertolak lepas zuhur kejap lagi dan terus ke Pulau Pangkor. Okey ke?" Pinggan Zinnirah yang sudah kosong dia ambil dan ditindan ke atas pinggannya.

"Okey aje tapi saya kena pack baju dulu," jawab Zinnirah sambil tersengih kecil. Hati sudah mula berbunga apabila terbayangkan bunyi desiran ombak yang bakal menemani tidur malamnya.

Wah, seronok!

Lama dia tak jejak pantai!

"Kalau macam tu, awak pergi kemas baju awak dulu, okey sayang. Pinggan dengan gelas ni biar saya basuh," arah Absyar langsung bangun dari duduknya.

"Eh-" Zinnirah hanya terdiam memang belakang Absyar yang luah. Dia terus bangun untuk menuju ke bilik mereka seperti apa yang diarahkan oleh sang suami tadi.

"Awak..." panggil Zinnirah.

"Ya?" Absyar berpaling untuk melihat wajah Zinnirah.

"Terima kasih, Absyar," kata Zinnirah dengan ikhlas lalu bergerak ke arah bilik tidur dengan perasaan teruja.

Absyar terpaku tiga saat ke lantai sebelum kembali melihat singki dengan bibir yang sudah menahan senyum. Sesekali, singki dia tampar perlahan dek berasa anak rama-rama mula berterbangan dalam perut.

"Aish! Comelnya ciptaan Tuhan buat Acad!" kata Absyar dengan ceria lalu mula mengikat plastik sampai untuk dibuang. Kaki melangkah penuh ceria ke pintu depan dengan senyuman yang tidak luntur.

Rasa bahagia tidak usah ditanya, terpampang luas di wajahnya seperti baru saja mendapat duit berjuta-juta.






"ZINNIRAH, bangun. Kita dah sampai jeti ni," kejut Absyar lembut sambil menyahpasang tali pinggang keledarnya. Wajah isteri yang sedang tidur pulas di bahagian penumpang bahagian hadapan dia lihat lama sebelum tersenyum kecil.

"Awak, bangun. Dah sampai ni." Kali ini bahu Zinnirah disentuh dah digoyang perlahan sehingga mata wanita itu sedikit terbuka.

Bunyi rengekan kecil yang terbit melebarkan lagi senyuman Absyar. Aduh, comel betul!

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now