BAB 16

403 74 8
                                    

"KAU NAK PERGI mana, Mus?" soal Absyar setelah melangkah masuk ke dalam bilik mereka.

"Nak pergi jumpa adik aku kejap," balas Mustaqim lalu membetulkan rambutnya.

"Kau tak bagitahu aku pun yang Zinnirah study sini." Mustaqim terus menoleh memandang Absyar dengan dahi berkerut.

"Aku tak bagitahu kau ke? Bukan aku ada bagitahu ke?" soal Mustaqim kembali.

"Mana ada. Kau tak bagitahu aku." Absyar terus duduk di kerusi sebelum mengeliat kecil. Ah, lelah.

Kerja gila.

Zaman clinical year bersama kerja part time yang kejap dia pergi dan kejap tak mengganggu mentalnya sendiri.

Mungkin ini bulan terakhir dia bekerja. Dia sudah tidak sanggup. Dia mahu fokus pada zaman klinikal dan juga akademiknya untuk dia graduate on time.

"Sorry do Acad, aku lupa nak bagitahu kau. Ji start study kat sini dua bulan lebih dah."

"It's okay bro. Aku terjumpa dengan dia beberapa minggu lepas dekat depan fakulti. Ada juga aku tegur dia kejap, mujur tak tersalah orang." Jujur Absyar berkata. Dengan lafaz basmallah, dia terus meneguk air di dalam botolnya.

"Kau sembang apa dengan Ji time tu?" soal Mustaqim.

"Aku tanya bila dia masuk study, itu aje. Jangan risau, aku tahu batas antara aku dan Zinnirah. Chill my bro." Absyar terus tersenyum kecil dengan riak wajah Mustaqim.

"Aku tahu dan aku percayakan kau," jelas Mustaqim berkata lalu dia menyemburkan minyak wangi ke seluruh badan.

Harum semerbak memenuhi bilik mereka.

"Nak pergi jumpa Zinnirah ke pergi jumpa awek ni?"

"2 in 1." Mustaqim tersengih lebar.

Absyar terus berdecit sambil membuat muka.

Tak adanya mamat tu nak ada awek. Habis kuat dia melepak dengan Umar and the gang.

Laci meja ditarik sebelum satu beg kertas kecil diambil dan diserahkan pada Mustaqim. Terus lelaki itu menjungkitkan keningnya secara tiba-tiba.

"Untuk aku?"

Absyar geleng laju.

"Dahtu?"

"Untuk Zinnirah." Terus berkerut dahi Mustaqim mendengar jawapan Absyar.

"Tapi jangan bagitahu ini daripada aku. Kau bagi je pada dia."

Mustaqim tetap mengambil huluran tu walaupun dia berasa sangat pelik.

"Kenapa kau bagi hadiah pada Ji?" Mustaqim sudah masuk mood polis pencennya.

"Bukan hadiah pun, Mus. Itu coklat je."

"It's still a gift, right?"

"Ya and it's just a bunch of chocolates, Mus." Absyar cuba membela diri apabila Mustaqim mula memincingkan matanya.

"Kau ada apa-apa ke dengan adik aku?" Mustaqim menyerkap jarang.

"Oi! Mana ada. Jangan fitnah aku eh," laju Absyar menafikan tuduhan Absyar itu.

"Boleh percaya ke ni?" Senyuman senget mula tertarik di hujung bibir Mustaqim.

"Astaghfirullah, betul Mus. Takkan Zinnirah nak lelaki macam aku ni?" Dia mula merendah diri.

"Mana kau tahu Ji tak nak? Aku kalau jadi perempuan pun aku nak ada suami soleh macam kau tahu? Dahlah rajin kerja, ada ghupe herlok pulak tu. Uish, sejuk hati isteri." Mustaqim mula tergelak mengekek apabila melihat wajah Absyar yang sudah berubah.

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now