BAB 51

168 51 12
                                    

ABSYAR BERTELEKU DI ATAS sejadah dan memandang keindahan kawasan Kaabah itu dari dalam bilik mereka. Bibirnya tidak pernah berhenti daripada mengucapkan 'subhanallah' dek rasa kagum dengan kecantikan dan keindahannya pada waktu malam begini. Dia bersyukur kerana memilih pakej umrah ini kerana hotel ini sangat dekat dengan Clock Tower Makkah membuatkan jemaah umrah mudah untuk bergerak ke Masjidil Haram untuk beribadah.

Dalam kekaguman dan kesyukuran yang sedang dia rasakan tika itu, tiba-tiba sebelahnya terasa diduduki seseorang dengan sangat rapat sehingga membuatkan Absyar terus menoleh ke arah kiri. Juring bibirnya terus terukir sebuah senyuman kecil apabila matanya dihiasi dengan kepala Zinnirah yang berbalut dengan telekung itu.

Mereka baru saja selesai menunaikan solat sunat secara berjemaah pada jam 2.30 pagi ini. Absyar terus mengangkat tangannya sebelum mengusap lembut kepala sang isteri yang turut sama tidak berkutik daripada terus memandang Kaabah.

"Abiy..." panggil Zinnirah, perlahan.

"Ya sayang."

"Terima kasih sebab bawak Ji ke sini, Ji suka sangat-sangat..." kata Zinnirah sebelum mendongak ke kanan untuk melihat wajah bersih suaminya yang tidak pernah lokek dengan senyuman itu. Matanya terkebil-kebil memerhatikan raut muka Absyar yang sentiasa tenang bagai tidak pernah terkesan dek emosi.

"Sayang happy?" soal Absyar lalu bergerak ke hadapan Zinnirah sebelum bersandar pada cermin jernih bilik mereka. Dia mahu melihat wajah cantik itu sepenuhnya.

"Happy sangat-sangat. Ji pernah berfikir Ji tak akan dapat jejakkan kaki di sini dengan keadaan Ji yang macam-macam komplikasinya. Tapi takdir berkata sebaliknya, Allah izinkan Ji datang sini buat pertama kalinya untuk beribadat bersama suami Ji. Terima kasih sebab menjadi seorang suami yang sangat baik buat Ji, abiy..." Zinnirah terus memegang tangan Absyar dengan matanya bersabung lembut dengan iris lelaki itu. Dia mengusap perlahan jemari suaminya seakan mahu memaklumkan bahawa dia sangat bersyukur dengan kehadiran Absyar dalam hidupnya.

"Dalam hidup ini tak ada yang mustahil dengan izin Allah, sayang. Bila kita rasa kita dah tak mampu tapi Allah kata kita boleh. Jadi, kita boleh menjalani segala ujian dengan baik dan kuat kerana Dia tahu tahap kemampuan seorang hamba-Nya. Kita kena sentiasa bersangka baik dan yakin 100% dengan takdir Allah supaya hati kita ini akan sentiasa menjadi tenang. Abiy bersyukur sebab sayang happy dengan hadiah tak seberapa daripada abiy. Abiy doakan supaya kita dapat umrah yang mabrur, insya-Allah." Absyar turut sama menggenggam tangan hangat isterinya.

"Amin!" balas Zinnirah dengan penuh semangat sehingga menjentik hati Absyar untuk tertawa perlahan.

"Comel sangat awak ni," puji Absyar lalu mencubit pipi gebu isterinya itu.

"Comel hanya untuk seorang Absyar." Zinnirah tersengih dengan ayatnya yang sudah membuatkan Absyar mengemam bibir sendiri menahan rasa salting yang mula menjalar dalam jiwa.

"Good to hear that, for Absyar Abid only." Absyar mendepakan tangannya, meminta pelukan daripada Zinnirah.

Wanita itu terus meluncur laju ke dalam pelukan hangat dan selesa sang suami dengan senyuman yang semakin melebar. "Yes, for Absyar Abid only."

Semakin lebar sengihan Absyar apabila mendengar ayat itu terbit daripada bibir mungil itu. Pelukan mereka, Absyar eratkan sebelum dia menyangkutkan dagunya pada ubun Zinnirah.

"You know how to make me melt, sayang."

"I love seeing your 'salting' reaction, abiy. Your face and ears would be red dan abiy akan jadi tak senang duduk. I love teasing you," usik Zinnirah dengan tawa kecil yang mula terhambur. Pelukan di pinggang lelaki itu dia perketatkan sebelum wajahnya menempel pada dada Absyar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 16 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Badai Bahagia (OG)Where stories live. Discover now