PART 1

2.6K 67 3
                                    



Kertas kerja dihadapannya disusun rapi. Ha! Pagi-pagi dah sibuk! Takpe rezeki ada kerja. Kalau tak kerja mengeluh lain pula. Jam di tangan kanan dilirik seketika.

8.30 pagi. Baru setengah jam berlalu rupanya. Dia duduk dikerusi empuk di belakangnya. Badan disandarkan perlahan. Palet kaca di atas meja dipandang. Dan saat itu, senyuman di bibir terukir.

Finally! She made it!

Tuk! Tuk!

Pintu bilik diketuk perlahan tetapi dapat didengari tuan empunya bilik. Kepala didongak dan senyuman dipaparkan kepada lelaki dihadapannya ketika ini.

"Morning Ree!" Tegur lelaki yang dihadapannya. Lelaki ini lah yang banyak membantu hidupnya selama dia bekerja di syarikat ini.

Tuan Aqasha merupakan tuan empunya syarikat ditempat Ree bekerja. Di usia mudanya, beliau berjaya membangunkan satu syarikat yang gah di dunia perniagaan. Beliau mempunyai seorang isteri yang turut bekerja dengan iaitu Puan Qaseh yang merangkup Personal Assistant beliau.

"Morning Tuan!" Tegur Ree kepada Tuan Aqasha yang merupakan tuan empunya syarikat, ataupun erti kata lain, majikan kepada Ree. Cepat-cepat Ree berdiri dan menguak langkah ke arah Tuan Aqasha.

Ree menjemput Tuan Aqasha untuk duduk di ruangan duduk yang berada di dalam bilik pejabatnya. Ree perasan ada seorang lelaki turut bersama Tuan Aqasha. Tapi tidak diendahkan sahaja lelaki itu. Ree turut mempelawa lelaki itu untuk duduk bersama mereka.

"Kenalkan ini Luth Aufat. He's gonna be your Personal Assistant after this. Lepas ni, apa-apa jadual kamu, dia yang akan tolong handle. Faham?" Kata Tuan Aqasha yang berbaur arahan.

Ree hanya mendiamkan diri. Selama ini dia mampu mengurus jadual kerja sendiri. Well, jawatan baru yang digalasnya sekarang baru berusia sebulan. Why bother Tuan Aqasha nak bagi dia PA?

"Tapi Tuan, selama ni saya okay je. I mean I can handle it by myself?"

Tuan Aqasha tersenyum kecil.

"Kamu tahu lepas ni akan ada upcoming project?"

Ree mengangguk tanda setuju. Betul lah, selepas ini syarikat Tuan Aqasha akan mendapat tender besar dan ada beberapa projek akan berlangsung dibawah pengurusan Ree sendiri.

"Kamu yakin kamu dapat handle jadual kerja kamu tu? Bulan lepas yes, you can handle everything since our projects still dalam perbincangan. Bulan ni? Dan bulan akan datang? Projek kita bukan satu kan?" Tanya Tuan Aqasha dengan lembut.

Ree mengangguk perlahan. Sedikit sebanyak dia sedar betapa besar tanggungjawabnya sekarang. Mana mungkin dia dapat mengurus jadualnya sendiri selepas ini. Membayangkannya sahaja sudah cukup membebankan kepala Ree sendiri.

Tuan Aqasha melepaskan keluhan. Dia perlu membantu Ree sekarang. Gadis didepannya ini dipandang sayu. Timbul rasa kasihan. Bukan niatnya untuk memarahi Ree, tapi dia perlu bertegas. Kerana selepas ini jadual Ree akan menjadi terlalu padat. Silap haribulan Sabtu dan Ahad Ree akan terganggu kerana jadual kerjanya.

"Ree, saya tak marahkan awak tau. Saya nak awak sedar tanggungjawab awak sekarang lebih besar dan skop kerja awak dah tak sama dengan dulu. Sebab tu saya minta Aufat jadi PA awak. Awak jangan risau, he's a great guy. Dia akan bantu awak. Saya tak nak awak terkontang-kanting seorang diri kelak." Sekali lagi Tuan Aqasha bersuara.

Aufat yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Tidak mengangguk atau menggeleng. Dia tekun mendengar akan intipati perbualaan mereka. Kehadirannya hari ini bukan bersahaja. Dia datang untuk berkhidmat kepada Tuan Aqasha untuk membantu Ree dalam pengurusan kerja Ree.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now