PART 12

978 45 0
                                    



"Terima kasih Tuan. Saya harap kerjasama kita kali ni berjalan lancar" Ucap Ree sambil menunduk sedikit kepalanya.

"Sama-sama Ree. Saya memang teringin nak bekerjasama dengan pekerja kesayangan Aqasha. Hahaha." Balas Tuan Bahari selaku client mereka untuk projek akan datang.

"Kalau macam tu, kami minta diri dulu. Bye Ree, Aufat." Tegur Khai selaku PA kepada Tuan Bahari menambah.

Sesudah itu, Aufat pun bersalaman dengan Tuan Bahari dan  Khai. Aufat juga menghantar mereka ke pintu lif. Tidak lama menunggu lif pun tiba di tingkat mereka.

"Oh sebelum tu Aufat. Saya nak minta tolong something kat awak!" Bisik Khai perlahan di telinga Aufat.

Aufat mengangkat kening. Bertanya apa pertolongan yang diminta oleh Khai. Pelik juga kenapa sampai berbisik.

"Nanti saya chat awak!"

Tuan Bahari dan Khai sudah pun berlalu pergi. Seperti biasa kaki panjangnya terus melangkah ke bilik pejabat Ree. Dari jauh dia sudah melihat wajah serabut si buah hati.

"Penat baby?" Aufat melabuhkan punggungnya di hadapan Ree. Lihat sahaja meja kerja buah hatinya sekarang. Tidak kemas tapi tidak juga bersepah. Cuma penuh dengan kertas-kertas kerja sahaja.

Ree hanya mampu mengangguk tanpa bersuara. Terasa penat berkejar-kejar. Tapi rasa syukur terbit di hatinya kerana ada Aufat yang sentiasa membantu dirinya. Tidak dilupakan Kak Dee dan pekerja-pekerja dibawah jagaannya. Tanpa mereka tiadalah Ree disini.

"Don't push yourself too much tau. Awak tu dahlah ada history masuk hospital!" Aufat menegur Ree. Bukannya dia tidak tahu Ree tu workaholics!

Ree memberikan senyuman manis untuk Aufat. Tahulah dia Aufat risau akan dirinya. Cuma kadang-kadang dia sendiri yang overwork. Benda takde apa pun. Tapi Ree being Ree lah katakan.

"Anyway, Mama dengan Papa ajak awak dinner hujung minggu ni. Awak okay tak?" Aufat menyampaikan hasrat Mama untuk mengajak Ree untuk makan malam bersama mereka. Mama kata dia rindu dengan Ree. Aufat sendiri tidak faham kenapa Mama rindu kepada Ree, sedang Luthfiya ada sahaja di rumah mereka.

Ree memusingkan pen di jarinya. Selalunya dia memang akan berehat masa hujung minggu. Keluar pun kadang-kadang untuk membeli barang basah. Ataupun balik rumah Daddy.

"Okay je. Saya pun takde plan pergi mana-mana."

Semakin lebar senyuman Luth Aufat. Ini kali kedua dia mengajak Ree ke rumah orang tuanya. Bolehlah dia memperkenalkan Ree kepada keluarga dengan lebih dekat. Tengok gaya Mama macam sudah berkenan dengan Ree. So no problem!

Tapi tiba-tiba senyumannya mati. Kalau berjumpa di rumah Mama dengan Papa, maksudnya ada Luth Althaf juga ada sama di rumah itu!

Bodohlah kau ni Aufat!

"Ha dah kenapa senyap ni awak?" Ree menegur. Kalau tidak ada sahaja mulut Aufat mahu berceloteh. Aufat ni kalau tiba-tiba diam, mesti otaknya merewang.

Aufat menatap wajah manis Ree. Ree menelengkan kepala. Alah macam trend "biasa maksudnya?" tu.

Aufat menelan liurnya kesat. "Awak okay ke jumpa Althaf?" Aufat membalas dengan pertanyaan. Iya, dia sangat-sangatlah risau kalau ada babak berebut kekasih hati dengan Althaf.

Selepas malam kejadian Althaf meluahkan rasanya terhadap Ree, jujur Aufat merasa janggal dengan Althaf. Padahal Along dia sendiri sudah berpesan, jangan risaukan dirinya. Malah Althaf juga mendoakan hubungan Aufat dengan Ree sampai ke jinjang pelamin!

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now