PART 5

952 53 3
                                    



Tuk!

Tuk!

"Miss, ada orang nak jumpa Miss." Liz salah seorang receptionist yang bekerja di kaunter hadapan. Jarang sekali gadis itu naik masuk pejabatnya.

Ree yang tengah khusyuk membaca report mendongak kepala perlahan. Kening dijengkitkan. Bertanya siapa kah yang mencemar duli pejabatnya.

"Siapa tu Liz?" Tanya Ree lembut.

"Err..." Belum sempat Liz menjawab, ada satu suara menegur.

"Its okay girl. Thank you bawa I jumpa Miss Azreeya." Jawab suara garau itu.

Masa seakan-akan berhenti. Badan Ree yang duduk terus berdiri tegak memandang ke arah pintu. Dia kenal lelaki itu. Sangatlah kenal! Kenapa lelaki itu boleh berada disini? Seingat Ree dia tidak mempunyai sebarang temu janji dengan lelaki itu! Adakah syarikat mereka ada melakukan sebarang kerjasama?!

"You may go Liz. Thank you." Arah Ree dengan perlahan.

Liz hanya mampu mengangguk dan menutup pintu pejabat Ree. Ree masih terpaku disitu. Lelaki itu mula mengorak langkah ke arah meja Ree. Senyuman manis diberikan kepada Ree.

"Reeya..."

Ree menelan air liur. Terasa berpasir air liurnya ketika ini. Nama itu! Sudah sekian lama Ree tidak mendengar. Ree memandang lelaki itu tanpa berkelip tapi tangan menjemput untuk lelaki itu duduk dihadapannya.

"Du... Duduklah" arah Ree yang gagap.

Lelaki itu menurut. Mereka berpandangan sesama sendiri. Masing-masing mendiamkan diri. Mereka berperang dengan perasaan sendiri. Bagi Ree sekarang, kalau boleh dia mahu terjun dari bangunan sekarang. Dia tidak menyangka sama sekali untuk bertemu dengan lelaki itu sekarang.

"Althaf."

"Reeya."

Serentak mereka bersuara. Ketawa kecil mereka keluar.

"Man's first." Ree bersuara. Beri ruang untuk lelaki itu bersuara dulu.

"Reeya, sorry kalau orang datang tiba-tiba. Orang datang nak jumpa dia sebab Aqasha yang suruh. Aqasha ada bagi tahu tak syarikat kita dua akan bekerjasama nanti?"

Akhirnya lelaki itu bersuara. Oh patutlah lelaki tu boleh datang ke sini. Tapi Ree tidak menerima sebarang arahan daripada Tuan Aqasha pun. Mungkin Tuan Aqasha ada membagi arahan kepada Aufat. Ree sendiri tidak tahu dimana keberadaan Aufat sekarang.

"Tuan Aqasha tak bagi tahu orang apa-apa pun. Maybe Tuan Aqasha ada bagi tau PA orang kot. PA orang tak tahu kat mana pulak." Jawab Ree panjang. Dia tidak mendapat sebarang notis mengenai syarikat mereka akan bekerjasama.

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Nampaknya Ree masih mengekalkan panggilan yang sama seperti suatu ketika dulu.

"Reeya..."

"Erm? Apa dia Althaf?"

Makin lebar senyuman lelaki itu. Akhirnya! Akhirnya! Namanya disebut oleh gadis yang pernah bertakhta dihatinya! Hampir sahaja Althaf mahu bersorak riang. Tapi dia harus berlagak profesional kerana mereka masih dalam waktu bekerja. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa rindunya Althaf akan gadis itu!

"I'm so proud of you Reeya. Dia dah berjaya dah sekarang kan?" Kata Althaf sambil tersenyum. Rasa bangga melihat gadis itu.

"Amboi, dia pun apa kurangnya? Dah jadi CEO kan sekarang?" Perli Ree selamba.

Terpecah ketawa mereka berdua. Mereka berdua sudah berjaya sekarang. Agak janggal untuk berborak sekarang kerana kisah yang lepas tetapi kerja kan? Kena lah be professional.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now