PART 9

853 44 7
                                    



Ree memandang bahan-bahan basah di hadapannya. Lengan baju di sinsing ke siku. Cekak rambut di kepala di betulkan.

Dia ada misi malam ini!

"Agak-agak... Kalau aku masak, dia sudi makan tak?" Ree bercakap seorang sambil jarinya mengetuk dagu.

"Takpe! Kita cuba! Anggap je kau balas jasa dia selama ni!" Jawab Ree sendirian sambil menggenggam kedua tangannya.

Sotong mentah yang di beli tadi di potong kecil. Sayur kubis dan lobak juga di potong sama. Malam ini dia mahu menyediakan bahan-bahan sahaja dulu. Esok selepas subuh, barulah dia memasak.

Sedang dia memotong bahan-bahan tersebut, tiba-tiba teringatkan Althaf. Jejaka itu terserempak dengan dia kat supermarket tadi.

"Eh Reeya!" Tegur Althaf dengan riangnya. Kebetulan dia mahu membeli barang yang di pesan oleh Mama.

Ree menoleh apabila terdengar namanya di sebut. Althaf rupanya.

"Oh hi!" Sapa Ree. Sotong mentah yang berada di tangan sudah di masukkan ke dalam plastik, lalu di hulur kepada pekerja di hadapannya.

"Nak masak apa sotong tu?" Tanya Althaf yang sudah berada di sebelahnya.

"Tak tahu lagi nak masak apa." Balas Ree sambil membasuh tangannya.

"Terima kasik dik." Ucap Ree kepada pekerja tersebut selepas sotong yang dibeli selesai di timbang.

Tanpa menunggu masa lama, Althaf bersuara.

"Reeya... Jom kita minum-minum lepas ni nak tak?"

Ree berfikir seketika. Hendak ditolak pelawaan Althaf kasihan pula. Takpe lah pergi je lah...

"Boleh je. Nanti orang ikut kereta dia dari belakang."

Setibanya mereka di café, Althaf menjemput Ree duduk. Minuman juga sudah di pesan.

"Okay tak kerja dengan Aufat?" Tanya Althaf memulakan bicara.

Ree senyum dan mengangguk. Okay sangat.

"Okay je. Dia banyak tolong orang tau. Teratur je kerja orang sampai sekarang." Jawab Ree tenang.

Althaf tersenyum sedikit.

"Baguslah kalau macam tu. Aufat tu dia memang perfectionist orangnya. Orang dengar Reeya hari tu kena kacau dengan Datuk Herman? Betul ke?" Tanya Althaf dengan raut risau. Dia tahu kes itu kerana kes itu tersebar luas.

Ree melepaskan keluhan lalu mengangguk perlahan. Althaf tahu juga hal itu rupanya.

"Haah. Dia kacau orang. Dia gesel-gesel kaki dia kat kaki orang..."

Dengar sahaja jawapan Ree itu, Althaf menggenggam penumbuknya erat. Berani-beraninya lelaki tua itu menggatal dengan bekas kekasih hatinya

"Tapi Aufat tumbuk orang tua tu! Padan muka dia kan?" Adu Ree dengan geram. Mengingat semula kejadian hari itu, puas hati jugalah dia melihat Datuk Herman tu kena tumbuk dengan Aufat.

Althaf memandang Ree dengan kening berkerut. Aufat tumbuk orang? Adiknya itu menumbuk orang yang berpangkat tinggi?!

"Aufat tumbuk Datuk Herman?" Tanya Althaf untuk kepastian. Sungguh dia tidak percaya adiknya boleh bertindak segila itu.

Ree mengangguk laju. Padan muka orang tua gatal tu.

Althaf menyandar belakang. Mukanya diraup.

"Dia tahu tak Aufat tak pernah tumbuk orang?" Althaf bersuara.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now