PART 2

1.1K 64 19
                                    



Sejak adanya Aufat bekerja dengannya, semua jadual kerjanya lebih teratur. Lagi menyenangkan Ree apabila dia tidak perlu memandu sendirian untuk berjumpa dengan client! Aufat menjadi driver nya sekarang! Hehe~

Ree sangat lah impress dengan cara bekerja Aufat. Mungkin kerana pengalaman kerjanya yang sebelum ini, Aufat lagi cekap membantunya mengurus jadual kerjanya yang semakin hari makin padat. Kini Ree tidak lagi perlu serabut untuk mengatur jadualnya setiap hari. Kerana Aufat sudah membantunya!

Aufat banyak mengajarnya hal-hal kerja mereka. Jika sebelum ini Ree tidak dapat tempat bergantung, kali ini Aufat menjadi tempat nya untuk hal-hal berkaitan kerja. Tetapi! Boleh tahan tegas Aufat dengan kerja yang diamanahkan. Keras kepala pun boleh tahan.

Pernah sekali ada client mahu membuat appointment dengan mereka berdua pada hujung minggu. Tapi ditegah habis-habisan oleh Aufat kerana hujung minggu waktu berehat bukan bekerja.

Hal ini kerana sebelum datangnya Aufat bekerja dengannya, ada beberapa kali Ree membuat appointment dengan client dihujung minggu. Selepas kejadian itu, bernanah jugalah telinganya dimarah oleh Aufat. Ree mengangguk sahaja, nak menjawab nanti pakcik tua tu amuk.

Hari ini hujung minggu. Setelah sekian lama, akhirnya Ree dapat menikmati hari cutinya. Dengan itu, Ree keluar ke mall di bandar untuk window shopping muehehe!

Ree menguak langkah ke café kegemarannya. Haaa setelah sekian lama dapat pun Ree menikmati hujung minggunya dengan aman. Ree memesan air dan makanan dikaunter. Setelah itu dia duduk di ruang makan yang diiringi oleh pekerja di cafe itu.

Tanpa Ree sedari kehadirannya sedang diperhati oleh seseorang.

Aufat yang baru sahaja tiba beberapa minit awal sebelum Ree sedang menunggu makanan yang dipesan tadi. Agak terkejut Aufat boleh terserempak dengan Ree sekarang. Lagi mengejutkan dress-up gadis itu.

Hampir terkeluar biji mata Aufat melihat outfit Ree

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Hampir terkeluar biji mata Aufat melihat outfit Ree. Tapi dengan pantas dia menurunkan topi dikepalanya.

Pergh! Sexy siot!

Bisik Aufat sendirian. Di office pakaian Ree tertutup. Mungkin kerana dress-code mereka di syarikat sebab itulah Aufat tidak pernah melihat Ree berpakaian sedemikian rupa. Jantung Aufat berdegup kencang. Dan mukanya berasa panas! Telinganya juga merah!

Aduh! Nasib baiklah dia pakai topi. Selepas itu, makanan dipesan telah pun terhidang di meja. Aufat menikmati makanannya sambil matanya mengusha Ree.

Rasanya Ree tidak perasan kehadiran Aufat di café. Gadis itu termenung sambil mendengar lagu ditelinga. Ada kala jari runcing gadis itu mengentuk meja perlahan. Mungkin sedang menikmati lagu yang berkumandang.

"Jantung ni buat hal betul lah!"

Sepanjang makan Aufat makin lama makin gelisah dengan perasaannya. Gelisah apa pun tak tau lah. Ree yang dihujung cafe dipandang. Gadis itu masih tenang menikmati makanannya. Kini Aufat tekad untuk menegur Ree! Ntah saja-saja kot. Eleh padahal nak tengok Ree pakai sexy kot.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now