PART 8

825 48 8
                                    



Akhirnya hujung minggu yang ditunggu telah pun tiba. Ree memandang dirinya di hadapan cermin. Dia mengenakan abaya dan shawl berwarna hitam. Agak janggal bagi dia melihat dirinya berpakaian muslimah seperti itu. Dia memang ada menyimpan pakaian muslimah itu untuk kegunaan emergency. Emergency macam sekarang ni lah.

Shawl di kepala dirapikan. Muka pula, dia buat light make-up je lah. Orang ajak kenduri buat apa nak pakai make-up tebal. Ree memandang ke arah jam di dinding.

Jam di dinding dipandang. 8.00 malam. Sepatutnya Aufat dah sampai. Tapi dia masih belum menerima sebarang panggilan telefon daripada jejaka itu.

Kring! Kring!

Telefon bimbit Ree berkumandang. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya. Aufat!

"Saya dah sampai. Awak turunlah." Arah Aufat dihujung talian.

"Okay jap!" Balas Ree ringkas. Cepat-cepat dia mengambil beg tangan di kerusi dan sekotak kek batik indulgence yang sempat dia order pagi tadi. Tak kan nak datang rumah orang dengan tangan kosong kan. Sudahlah ini kali pertama dia bertandang ke rumah keluarga Aufat.

Dalam masa yang sama, Aufat membetulkan songkok di kepala. Dia menunggu Ree di luar kereta. Saja dia mahu menunjukkan dirinya yang berbaju Melayu hitam dan bersamping.

Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang gadis berabaya dan bershawl hitam. Langkah yang sopan santun itu menarik perhatian Aufat.

Aufat memincingkan mata. Gadis itu berjalan ke arahnya. Sesaat kemudian, barulah Aufat tersedar.

"Itu Ree ke?!" Aufat berbisik sendiri.

"Sorry saya lambat!" Sapa Ree setibanya dia di hadapan Aufat. Ree memandang Aufat. Hensemnya. Aufat yang berbaju Melayu, siap bersamping dan bersongkok itu sangat-sangatlah kacak! Di lihatnya warna baju Aufat. Eh samalah dengan dia! Terus hilang nervous dia.

Mata Aufat tidak terkelip. Seakan-akan terpesona melihat Ree yang berpakaian muslimah di hadapannya. Dia sangatlah tidak menyangka bahawa gadis di hadapannya itu adalah Ree. Dia ingatkan mungkin Ree akan berbaju kurung sahaja malam ini. Tapi sangkaannya salah sama sekali.

Ree yang bershawl itu di pandang. Manisnya buah hati dia ni. Walaupun tak official lagi.

"Awak!" Tegur Ree sambil melambai tangannya ke arah muka Aufat. Sedari tadi Aufat senyap. Aufat terlalu merenung dirinya. Malu lah dia.

Aufat tersedar dari lamunan. Mukanya dipaling dan berdehem beberapa kali.

"Jo... Jom. Mama dah tanya kita bila nak sampai." Jawab Aufat sambil tangan kirinya membuka pintu kereta.

"Masuklah." Arah Aufat dan Ree masuk ke dalam perut kereta perlahan-lahan. Kain abaya di angkat sedikit. Takut pula tersandung depan Aufat. Sesudah itu, Aufat menutup pintu.

Kotak yang berisi kek batik indulgence sudah di ambil daripada tangan Ree dan diletak di bahagian belakang.

Aufat berjalan ke arah bahagian pemandu. Sebelum dia masuk ke dalam kereta, sempat dia meletakkan tangannya ke dada dia sendiri. Dapat dia rasakan jantungnya berdetak laju. Dengan lafaz bismillah dia masuk ke dalam kereta.

Fuh... Sexy boleh, manis pun boleh.

Aufat cuba untuk tidak memandang Ree yang berada di sebelahnya. Tapi otaknya mengarah dia untuk menoleh ke kiri. Dalam masa yang sama, Ree juga memandang dia.

Cantiknyaaaaa!!!

"Cantik..." bisik Aufat dengan matanya menatap wajah manis Ree.

Mendengar bisikan Aufat yang cukup jelas itu, muka Ree terus bertukar rona. Jantungnya juga berdegup laju. Mungkin terasa malu di puji oleh Aufat. Sebab tu lah jantungnya bekerja lebih masa.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now