PART 3

934 50 0
                                    



DUA TAHUN KEMUDIAN...

"Ree..."

Senyap. Tuan empunya badan masih nyenyak di hadapannya. Ya Allah dia boleh bantai tidur pula dah!

Aufat memandang Ree yang berada di sebelahnya sambil memeluk stereng. Mereka baru sahaja tiba di basement parking pejabat mereka. Dari pagi dia dan Ree berjumpa client untuk membincangkan projek yang akan menyusul tidak lama lagi.

Sedar tidak sedar, dua tahun sudah dia bekerja bersama Ree. Menjadi PA Ree bukanlah perkara susah untuknya. Selama dua tahun ini, dia melihat susah payah gadis yang berjaya mencuit hatinya dalam diam. Tapi perasaan itu dipendamnya sendiri. Dia tidak berani untuk menyuarakan isi hatinya setakat ini.

Biarlah dia memendam sahaja. Tapi satu perkara yang dia pasti dan yakin, Ree tidak mempunyai boyfriend. Dua tahun bekerja dengan Ree tidak pula dia melihat Ree keluar dengan sesiapa. Melainkan dengan dirinya sahaja. Itu pun atas urusan kerja. Tunggu lah jika ada masa yang sesuai, baru lah Aufat meluahkan perasaannya kepada Ree.

Tidak dinafikan Ree mempunyai daya tarikannya sendiri. Bekerja dengan gadis itu, baru lah dia nampak sendiri credibility dan ability seorang Azreeya. Orangnya tegas bila melibatkan kerja. Mudah disenangi oleh pekerjanya walaupun Ree lagi muda daripada mereka.

Dan Ree sexy sebab tu lah dia suka.

His type.

Aufat teringat semula kejadian mula-mula dia bekerja dengan Ree. Aufat baru sahaja tiba di ruang pantry yang terdapat di ruang department level mereka. Tiba-tiba dia didatangi oleh Kak Dee, salah seorang Team Leader untuk team department mereka.

"Eh Aufat mana Miss?"

"Miss takde Kak Dee. Saya tadi lepas beli makanan terus masuk pantry. Kat bawah pun tak nampak Miss. Dia memang lunch break awal ke kak?"

Kak Dee menepuk dahi. Nampak gaya Aufat tak tahu lagi peel Miss mereka yang satu itu.

"Kamu ada nampak Miss dalam bilik dia ke tak ni?"

Aufat menggeleng. Dia tak fikir panjang dah. Perutnya minta diisi. Kak Dee pula melepaskan keluhan.

"Ini nanti lepas makan, kamu masuk pejabat Miss."

"Kak Dee saya rasa bilik Miss kosong lah. Sebab dia takda kat dalam."

"Haih, dia ada kat dalam tu Aufat. Dia tak keluar pergi mana-mana."

"Hah apa ni Kak Dee? Saya tak nampak Miss lah tadi."

Kak Dee rasa nak hempuk ja lah si Aufat ni. Degil. Orang dah kata Ree ada dalam bilik tu adalah! Dia kenal benar perangai Ree ni. Bila waktu lunch break memang jarang lah gadis itu mau menjamu makanan.

"Aufat kamu dengar cakap akak ni. Miss kita tu ada je dalam pejabat dia. Dia tak pergi mana-mana. Nanti kamu masuk pejabat dia kamu pergi meja dia. Kamu tengok bawah meja dia. Jangan kamu terkejut pulak nanti!"

Dan selepas itu Aufat pun menurut apa yang disuruh okeh Kak Dee. Perlahan-lahan dia menolak pintu pejabat Ree. Bilik itu kosong! Dia menuju ke meja pejabat Ree. Di intainya sedikit ke bawah meja.

Terkejutnya Aufat melihat ada orang tidur dibawah meja. Tak lain dan tak bukan Ree lah siapa lagi. Siap ada tilam toto, ada selimut dengan bantal sekali pula tu.

Patutlah Kak Dee kata Ree ada saja dalam bilik rupanya member tidur bawah meja. Memang lah Aufat mati-matian sangka bilik Ree kosong tanpa penghuni. Aufat meninggalkan Ree bersendiri. Ada lagi 30 minit sebelum lunch break tamat. Biarlah Ree dibuai mimpi.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now