PART 10

937 49 0
                                    



Ree melangkah keluar dari kawasan parkir dengan longlainya. Kepalanya yang pusing sekarang. Handbag di pegang erat. Dengan langkah lemah itulah dia masuk ke dalam lif menuju ke tingkat bilik kerjanya.

Card access di tap dan dia menuju ke tingkat bilik pejabatnya. Dia menyambarkan dirinya ke dinding sambil memicit kepala. Pening betul rasanya hari ini. Dalam yang yang sama Ree juga risau sekiranya kesihatan dia merosot sebegini mungkin memberi kesan kepada hasil kerjanya.

Ting!

Pintu lif terbuka dan Ree melangkah perlahan. Dia sudah tidak larat mahu menoleh ke kiri dan kanan sekarang. Yang Ree tahu sekarang dia mahu berehat!

"Morning Encik..." Sapa Ree apabila terserempak dengan Aufat. Terus tersenyum lebar Aufat pagi ini. Terus dia jalan seiring dengan Ree.

"Morning Miss!" Balas Aufat dengan ceria! Maklumlah buah hati wish kita morning wak. Siapa je tak suka kan.

Suara ceria Aufat sedikit sebanyak membuatkan hati Ree gembira sedikit. Dalam masa yang sama dia berharap agar Aufat tidak perasan dengan keadaannya yang sekarang. Sebenarnya Ree kurang sihat hari ini. Semalam tiba-tiba saja badannya demam.

Mungkin juga dia terlampau penat sekarang. Memandangkan dia sedang mengurus beberapa projek bersama team yang lain. Tidak cukup rasanya masa untuk dia berehat sekarang. Kerjanya yang bertimbun membuatkan dia banyak berfikir sehingga kesihatannya terjejas. Sungguh, Ree risau jika dia tidak boleh memberikan yang terbaik. Dia pekerja harapan Tuan Aqasha.

Muka yang pucat itu di solek cantik agar tidak ketara kepucatan wajahnya. Cuma matanya sahaja yang berair sekarang. Sempat juga dia makan ubat sebelum datang ke pejabat. Untung sahaja ubat itu tidak membuatkan dia rasa mengantuk.

"Hari ni meeting dengan siapa Encik?" Tanya Ree dengan lemah setibanya dia sampai di meja kerjanya. Beg tangan diletak di atas meja. Lantas dia duduk di kerusi empuknya.

Aufat yang berdiri di hadapan meja memeriksa notes di Ipad.

"Hari ni meeting dengan Althaf saja Miss. Pukul 9 nanti dia datang." Jawab ringkas Aufat. Matanya juga tepat memandang wajah tidak bermaya Ree. Macam ada sesuatu sahaja Ree sekarang ini. Tapi dia tidak dapat menganggak. Cuma kedengaran lemah sahaja suara Ree sekarang.

Ree mengangguk lemah. "Okay thank you Encik. You may go now..." Balas Ree dengan mata terpejam. Dia mahu melelapkan matanya sekejap. Kepalanya makin sakit.

Tanpa menunggu lama, Aufat pun melangkah ke luar ke meja kerjanya. Pintu bilik pejabat Ree juga di tutup perlahan. Aufat mahu menyediakan kertas kerja projek mereka bersama Althaf selepas ini.

Ree membuka mata perlahan. Dia berdiri tetapi kepalanya pusing. Cepat-cepat dia menahan dirinya dengan bertaut ke meja. Dia mahu minum kopi panas yang di belinya tadi di café bawah. Mana tahu pening kepalanya hilang. Belum sempat Ree membuka mulut mahu meneguk kopi panas itu, tiba-tiba pandangannya gelap dan cawan yang berisi kopi panas tadi tertumpah di atas badannya.

Aufat sudah selesai menyediakan bahan-bahan untuk perbincangan sebentar lagi. Sedari tadi hatinya berasa tidak tenang. Di pandang bilik pejabat Ree. Firasatnya mengatakan Ree menyorok sesuatu daripadanya.

Jam di tangan di kerling. Ada setengah jam lagi sebelum meeting bersama Althaf berlangsung. Dengan pantas dia melangkah menuju ke bilik pejabat Ree. Buka sahaja pintu bilik pejabat Ree, perasaan takut mula menguasai diri.

"Ree!" Jerit Aufat menuju ke arah Ree yang sudah terbaring dengan bajunya yang basah. Jantung Aufat usah ditanya. Sekarang ni dia terkejut dan takut melihat keadaan yang terbaring. Tidak sedarkan diri.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now