PART 4

800 51 10
                                    



Aufat menarik handbreak di tepinya. Kereta yang dipandu juga sudah terparkir elok. Akhirnya selepas dua minggu menunggu dari pihak Datuk Herman, hari ini mereka akan berjumpa empat mata untuk membincangkan projek koleberasi antara syarikat Tuan Aqasha dengan Datuk Herman.

"Kita dah sampai. Ready?" Tanya Aufat sambil menoleh ke arah Ree. Ree mengangguk dan mengukir senyuman.

"Ready." Jawab Ree singkat.

Seatbelt yang terlekap dibadan juga di cabut. Aufat mengambil Ipad dan barangnya yang lain di kerusi belakang. Ree juga sudah berada di luar kereta menunggu Aufat.

"Okay jom."

Mereka menuju ke cafe yang dipilih sendiri oleh Datuk Herman. Pintu kaca cafe' ditolak perlahan, memberi ruang kepada Ree untuk masuk ke café dahulu, selepas itu barulah Aufat masuk.

Such a gentleman guy he is.

Masuk sahaja ke dalam cafe, batang hidung Datuk Herman dan PA nya tidak kelihatan.

"Kita awal sangat ke Encik?" Tanya Ree sambil duduk.

Aufat menggelengkan kepalanya. Jam ditangan dilirik sekejap.

"Tak lah. Lagi 15 minit diaorang datang. Nak air apa?" Tanya Aufat yang ingin memesan air mereka.

"Cappuccino frappe with whipping cream add-on caramel" jawab Ree selamba. Memang itu sahaja lah air yang dia pesan bila datang ke café astetik.

Setengah jam kemudian, barulah Datuk Herman bersama dengan PA nya yang bernama Edrul tiba di café. Ree dan Aufat sebenarnya agak sebel dengan perangai Datuk Herman sekarang. Kata nak meeting pukul 12.00 tengahari. Sekarang ni? Dah lah lambat, tak inform apa-apa pula tu. Dah macam orang bodoh dua manusia itu sedari tadi berada di café tersebut.

"Sorry lambat." Datuk Herman berkata dengan selamabanya setiba dia dan Edrhl di meja Ree dan Aufat. Ree dan Aufat mengangguk sebagai balasan.

"Saya Ree. Project manager untuk projek ni." Kata Ree memperkenalkan diri, kepala di tundukkan sedikit. Dia tidak selesa melihat mata Datuk Herman yang seolah-olah tengah scan badannya.

Mata Datuk Herman melirik dari atas ke bawah, bawah ke atas. Terukir senyuman nakal di bibir Datuk Herman.

Lawa.

Aufat yang perasan lirikan mata Datuk Herman itu cepat-cepat bersuara sambil menghulurkan tangannya, "Saya Aufat. PA Ree."

Datuk Herman melihat wajah Aufat. Macam familiar tapi ntah tak ingat. Tangan kanan Aufat di sambut. Selepas itu, disua ke arah Ree. Tetapi salam itu tidak disambut. Ree hanya mengangguk sedikit.

Kerana malu salamnya tidak disambut, Datuk Herman cepat-cepat menarik tangannya. Hal yang sama juga dilakukan kepada Edrul.

"Minta maaf ye kitaorang lambat. Tadi meeting lambat pula habis." Jelas Edrul sambil tangannya juga bergerak untuk mengeluarkan Ipad dengan buku notanya dari beg.

Ree yang duduk berhadapan mereka sekarang sudah berasa tidak selesa. Bukannya dia tidak perasan mata orang tua gatal tu sekarang. Datuk Herman memandang Ree seakan-akan mahu menelan dia hidup-hidup. Kejap-kejap jilat bibir, kejap-kejap usap dagu.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now