PART 11

921 48 2
                                    



Kini hanya tinggal Aufat dan Ree sahaja di wad hospital. Aufat mengeluarkan makanan yang dipesan oleh Adyan sebentar tadi. Dia menghidang makanan tersebut di adjustable overbed bed yang tersedia di ruangan bilik wad.

Ree hanya memerhati. Setiap gerak geri Aufat diperhati. Sempat juga dia memandang Aufat kejap. Jantungnya juga berdegup kencang melihat wajah Aufat.

"Nah sudu. Saya dah lapkan. Adyan orderkan awak bubur tadi." Aufat bersuara sambil menghulur sudu yang sudah di lap.

"Thank you..." Balas Ree dengan tangannya menyambut huluran daripada Aufat.

Aufat turut melabuhkan punggungnya di katil Ree. Adjustable overbed bed menjadi penghadang di antara mereka. Aufat membuka bekas makanannya. Ada ayam gorenglah!

Ree memandang bekas makanan Aufat. Ada ayam gorenglah. Lepas itu dia menunduk memandang bekas buburnya. Air liur ditelan.

"Bubur? Erm bolehlah..." Kata Ree seakan-akan merajuk. Kenapa Adyan tidak memesan menu yang sama dengan Aufat? Dia pun mahu ayam goreng...

Mendengar nada Ree membuatkan Aufat senyum kecil.

"Baca doa dulu." Tegur Aufat lalu mengetuai bacaan doa makan. Ree mengaminkan doa tersebut.

Perlahan-lahan Ree menyuap bubur ayam yang terhidang ke mulutnya. Tetapi matanya memandang ayam goreng di dalam bekas makanan Aufat.

Aufat yang perasaan tingkah laku Ree itu mendongak kepalanya. Macam mana nak makan kalau ada mata memandang?

Dia ni lelaki tau. Nervous rasanya bila Ree melihat dia makan. Matanya memandang Ree. Ree yang terkejut cepat-cepat menunduk. Malu!

"Kenapa? Tak sedap ke?" Tanya Aufat risau. Dia tengok bekas bubur tidak berkurang pun.

Ree menggeleng kepalanya perlahan. Sebenarnya dia nak ayam goreng tapi dia malu. Sudahnya dia menahan sahaja perasaannya. Nak ayam goreng...

Tapi disuap juga ke mulut bubur tersebut. Mana boleh tahan lapar nanti Adyan marah. Aufat pula menjamu selera dengan perasaan gundah gelana. Bukan kerana dia berduaan dengan Ree. Tetapi dia terkenang semula perbualan dia dengan Puan Qaseh tadi.

Dia tidak tahu selama ini Ree popular di kalangan clients mereka. Rupanya ada beberapa orang datang berjumpa Puan Qaseh sendiri untuk berkenalan dengan Ree secara peribadi. Tetapi Puan Qaseh tidak melayan.

Aufat meletakkan sudu dan garfunya. Dengan perlahan dia menarik nafasnya dalam dan menghembusnya perlahan. Air liur di telan kasar. Hari ini, detik ini dia bertekad. Dia mahu meluahkan perasaannya kepada Ree. Mungkin ini masa yang sesuai.

"Ree..." Panggil Aufat. Debaran di dada kian terasa degupannya.

Ree mendongak kepala dan mengangkat keningnya.

"Ye kenapa?" Tanya Ree hairan. Sudu di tangan juga diletak.

"Saya suka kat awak... I know this is not the right time. Tapi saya kena luah apa saya rasa. Sa... Saya tak boleh nak tahan dah. Saya suka dan sayang kat awak! Awak nak jadi girlfriend saya tak?" Luah Aufat jujur. Straight to the point.

Kedua tangan di genggam erat. Dia sudah tidak peduli malu yang ditanggung sekarang. Asalkan perasaannya selama dua tahun terpendam. Melihat Ree pengsan tadi betul-betul membuatkan dia mahu mejaga Ree sepenuh hati. Apa lagi bila mendapat tahu ada yang cuba-cuba mahu berkenalan dengan Ree. Lagilah Aufat takut.

Sebab Ree dia punya!

Mendengar luahan perasaan daripada Aufat membuatkan dia speechless dan terkesima. Dia dan Aufat rupanya mempunyai perasaan yang sama selama ini. Tetapi masing-masing tidak di luahkan. Ree dia sendiri tahu Aufat menyimpan perasaan dengannya. Tetapi kenapa lelaki itu memilih untuk berdiam diri.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now