PART 7

868 51 4
                                    



"Ni kamu berdua hujung minggu depan ada plan apa-apa ke?"

Tanya Papa kepada Althaf dan Aufat. Sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga berkumpul di ruang tamu. Maklumlah jarang untuk mereka berkumpul ramai-ramai begini.

Mereka berdua menggelengkan kepala.

Papa sudah tersenyum kecil. Mata Papa meliar mencari di mana isterinya itu. Takpe lah biar dia sahaja memberitahu perkara itu kepada anak-anaknya.

"Papa dengan Mama nak buat kenduri minggu depan. Ni kenduri kesyukuran sebab dapat projek baru. Tapi Papa cadang nak buat Sabtu malam. Korang berdua okay tak?" Papa memulakan bicara.

"Haah, makanan semua Mama nak order katering je. Kita panggil jiran-jiran dengan kawan-kawan terdekat kita je."

Sampuk Mama sambil tangannya meletakkan dulang air. Air nescafe dituang ke cawan satu per satu.

"Thank you Ma."

Kata Papa, Althaf dengan Aufat serentak.

"Adik dah tahu ke Ma Pa?" Tanya Althaf sambil menghirup air di cawan.

Air Mama tak pernah tak sedap!

"Nanti Papa inform dia. Biar dia have fun dulu. Member tengah seronok bercuti tu." Jawab Papa selamba. Air yang dihidang isteri kesayangan itu dihirup sedikit.

Huish kemain Papa di member kan anak sendiri. Mentang-mentang anak bongsunya tiada dirumah sekarang ini.

Luthfiya binti Luth Asyraf merupakan adik bongu kepada Luth Althaf dan Luth Aufat. Satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Luthfiya bekerja dengan Althaf sebagai Admin di syarikat Papa. Sekarang Luthfiya tengah "healing" di Krabi dengan bersama kawan baiknya. Lagi beberapa hari, dia pulang ke Malaysia.

Sementara itu, Aufat berdiam diri sahaja. Di otaknya terdetik nama Ree. Dia terfikir, patut tak kalau dia menjemput gadis itu? Tapi mahu kah dia? Lagi-lagikan ini kenduri keluarga mereka.

Althaf yang berada di sebelahnya di pandang. Rancak Althaf dan Papa berborak perihal syarikat.

"Nanti Aqasha dengan Qaseh kamu jemput sekali Aufat. Dah lama Papa tak jumpa budak tu." Kata Papa sambil memandang Aufat. Anak keduanya itu sedari tadi diam.

Aufat mengangguk kepalanya.

"Baik Pa."

Petang sedikit, barulah Aufat bersiap-siap mahu pulang ke rumah bujangnya. Beg baju tiada. Dia cuma membawa dirinya sahaja. Baju yang dipakai di betulkan. Rambut di sikat rapi di hadapan cermin.

Dia memandang wajahnya sendiri di cermin. Nak kata tak hensem, dia rasa dia hensem. Hidungnya pun terletak elok. Siap ada tahi lalat lagi. Bibirnya semerah delima. Tanda dia tak merokok. Apa yang kurangnya berbanding Althaf?

Althaf dengan dia tak banyak beza pun. Beza mereka setahun sahaja. Rupa abang dia pun tak boleh dikalahkan. Kalau tahi lalat Aufat di hidung, Althaf pula di hujung mata tahi lalatnya. Althaf pun tak merokok.

Badan juga, sama-sama fit. Memandangkan mereka kerap pergi ke gym bersama-sama.

Aufat cuba untuk senyum. Dia memberikan senyuman semanis habis. Dan ketika itu barulah dia perasan. Dia tidak ada apa yang Althaf ada.

Iaitu lesung pipit!

Althaf ada lesung pipit di kedua pipinya. Sedangkan Aufat none! Tak ada langsung! Ha sahlah dia kalah dengan Althaf.

Senyuman yang lebar tadi menjadi kendur. Dengan langkah yang longlai dia turun ke tingkat bawah. Kelihatan Mama dengan menonton televisyen di ruang tamu. Papa dengan Althaf keluar sebentar.

REE MILIK AUFAT [COMPLETE]Where stories live. Discover now