"Assalamualaikum Ma, Pa."Aufat memberi salam sambil tangan menguak pintu banglow rumah keluarganya. Dilihatnya di ruang tamu kosong. Mana semua orang? Pergi mana malam-malam ni?
"Waalaikumsalam! Ah Angah!"
Jerit kecil Mama. Cepat-cepat Mama berjalan ke arah Aufat dan memeluk anaknya. Belakang Aufat digosok perlahan. Haih rindu akan anaknya yang sorang ini.
"Rindunya Mama kat kamu ni. Lama sangat tak balik!"
Ppak!
Mama "menghadiahkan" pukulan manja kepada Aufat. Tertawa kecil Aufat melihat Mama. Dia jarang balik ke rumah orang tuanya. Mungkin sebulan hanya dua tiga kali sahaja dia pulang ke mari.
"Papa mana Ma?" Tanya Aufat dengan mata meliar dipelusuk ruang.
"Papa pergi keluar jap dengan Along. Pergi mana ntah. Ni kamu dah makan ke belum? Mama ingat kamu balik esok." Tanya Mama yang merenung muka si anak.
Aufat menggeleng. "Belum Ma. Angah balik rumah mandi je lepas tu terus datang sini. Auch! Ma sakitlah Ma!" Balasnya.
Sakit dan pedih cubitan ketam daripada Mama di tangan Aufat. Huish makin kuat cubitan Mama ni. Kesian Papa mesti lebam-lebam oleh Mama.
"Mari sini ikut Mama. Mama panaskan lauk tadi. Nasib baik ada lebih." Kata Mama sambil menarik tangan Aufat ke ruang dapur.
Aufat menurut sahaja langkah Mama menuju ke ruang dapur. Rumah besar tu masih sama, bersih dan kemas. Kelihatan Mak Yan pembantu rumah mereka menolong Mama memanaskan lauk untuknya. Rumah besar itu didiami oleh keluarganya sedari mereka kecil lagi. Apabila sudah menginjak dewasa, Aufat mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Itu pun selepas dia berhenti dari kerjanya dua tahun lepas.
Dua tahun lepas, Aufat bekerja dengan syarikat Papanya sendiri. Selepas sahaja tamat belajar, Aufat terus bekerja dengan Papanya. Pada masa yang sama, Althaf sedang belajar untuk memangku kerusi CEO, kerana Papa mahu berehat daripada mengurus syarikat yang dibinanya sejak muda.
Aufat juga terpaksa belajar hal pengurusan syarikat keluarganya. Kerana Aufat akan menjadi COO untuk syarikat tersebut. Akibat tidak tahan dengan tekanan yang diberikan oleh Papa, Aufat membuat keputusan untuk berhenti bekerja dan bekerja dengan Tuan Aqasha.
Keputusan yang dibuat oleh Aufat ditentang habis oleh Papa tapi Aufat is being Aufat. Tetaplah dengan keputusannya. Mama pula hanya bekerja suri rumah selepas pencen daripada menjadi pensyarah.
Mama meletakkan lauk-pauk yang dipanaskan sebentar tadi.
"Nah makan. Habiskan. Pastu naik tidur." Arah Mama. Mama menggosok perlahan belakang Aufat.
Aufat mengangguk sambil tangannya mengaut lauk dan sayur yang terhidang. Rindu masakan Mama.
"Assalamualaikum!" Kedengaran suara orang memberi salam. Mesti Papa dengan Along dah balik.
"Waalaikumsalam bang." Jawab Mama.
Papa terus menuju ke arah Aufat. Aufat tersenyum lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Sempat Papa memeluk tubuh Aufat. Rindu.
Kemudian giliran Althaf pula bersalam dengan Aufat. Apa yang berlaku siang tadi biarkan berlalu sahaja. Mungkin?
Papa menarik kerusi di sebelah Aufat. Mama juga melakukan hal sama. Althaf pula naik ke bilik dia.
"Kamu sihat Ngah?" Tanya Papa perlahan. Dia tahu dia lah punca kenapa Aufat jarang pulang ke rumah mereka. Perihal dua tahun lepas puncanya.
Aufat meneguk air perlahan. Mulut dilap dengan tisu.
YOU ARE READING
REE MILIK AUFAT [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 2nd MILIK SERIES AZREEYA x LUTH AUFAT Dalam diam, suka sama suka ❤️ Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan orang yang masih hidup atau...