Note : Bahasa percakapan watak adalah dalam English/Japanese tapi diubah ke bahasa melayu untuk memudahkan pembacaan, ada certain words saja tulis dalam Japan/English.
××××××××××××××××××××××××
Narita International Airport
Aisha Humaira berjalan keluar sambil menolak troli bagasi keluar dari international arrivals. Dia tercari-cari pekerja yang akan menjemputnya ke rumah penginapan sepanjang bertugas di Jepun.
Dari jauh Aisha terlihat sepanduk namanya dipegang oleh seorang lelaki muda berpakaian kasual.
“Hai! Saya Aisha Humaira” Ucap Aisha yang berhenti dihadapan Akio.
“Selamat datang cik Aisha, saya Akio ditugaskan jemput dan hantar Cik Aisha sepanjang berada disini” Terang Akio memperkenalkan diri dan tugasannya.
“Baik. So kita akan ke mana dulu?” Soal Aisha sambil mula mengorak langkah.
“Hari ni saya akan hantar Cik Aisha ke tempat penginapan terlebih dahulu, esok pagi saya akan jemput untuk ke pejabat” Terang Akio yang sedang menolak troli bagasi Aisha.
SEBUAH kereta Mitsubishi outlander berwarna hitam menyusuri masuk ke kawasan perumahan di Noge, Setagaya-ku, Tokyo . Aisha Humaira akan menginap di rumah yang telah disediakan pihak syarikat untuknya.
Akio menghentikan kereta disalah sebuah rumah dua tingkat yang reka bentuknya simple dan kesemua rumah dikawasan perumahan itu hanya berwarna putih sahaja. Aisha Humaira menolak perlahan pintu kereta dan segera turun untuk membantu Akio mengeluarkan luggage dari bonet.
“Okey Cik Aisha, ini kunci rumahnya” Ujar Akio seraya menyerahkan kunci rumah yang akan diduduki Aisha sepanjang berada di Jepun.
“Wah! Rumah 2 tingkat? Saya sorang saja yang duduk.” Balas Aisha memandang kawasan sekeliling. Akio hanya tersenyum.
“Jangan risau, kawasan sini selamat. Syarikat sediakan penginapan dalam kawasan elit untuk semua staff foreigner yang datang bertugas disini” Jelas Akio yang tidak lekang dengan senyuman. Aisha hanya mengangguk dan membuka pintu rumah.
“Ada apa-apa lagi yang Cik Aisha perlukan?” Soal Akio .
“Buat masa ni tak ada lagi” Jawab Aisha menolak bagasi masuk.
“Ini kad saya, kalau ada apa-apa masalah boleh hubungi saya” Akio menyerahkan kad namanya kepada Aisha.
“Wakatta (Okay). Arigatō (Terima kasih) Mr.Akio” Ucap Aisha menundukkan badannya cuba mengikut budaya Jepun. Akio membalas kembali sebelum minta diri untuk beransur pulang.
Aisha berjalan masuk ke dalam rumah. Dia berdiri dihadapan pintu dan memandang sekeliling rumah. Bibirnya mengukir senyuman, nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.
×××××××××
“Ohayō Miss Aisha..” Ucap Ichika salah seorang pekerja wanita di syarikat Pelancongan yang Aisha akan bertugas.
“Ohayō” Balas Aisha tersenyum manis pada hari pertama dia menjejak kaki disana.
“Jom, saya tunjukkan bilik Miss Aisha” Ujar Ichika membawa Aisha menuju ke sebuah bilik yang terletak berhampiran bilik penolong pengarah. Pintu bilik dikuak perlahan, Ichika memberi ruang untuk Aisha masuk terlebih dahulu.
“Menarik.” Ucap Aisha berjalan kearah tingkap besar yang memaparkan permandangan sepohon pokok sakura ditengah-tengah bangunan. Aisha memandang keatas melihat reka bentuk bangunan yang dipasangan bumbung lutsinar untuk memastikan cahaya matahari boleh menembus masuk kedalam bangunan.
“Saya harap Miss Aisha suka dengan bilik ni” Ujar Ichika mendekati Aisha.
“Lebih daripada suka ni, kalau stress boleh tengok pokok dekat sini” Balas Aisha tersengih.
“Ya. Memang itu tujuan bos buat macam tu. Kalau nak turun lepak dekat bawah pun boleh” Sambung Ichika lagi. Aisha mengangguk faham.
“Dalam file ni ada semua info tentang syarikat dan job description Miss Aisha. You boleh tengok dulu, nanti lepas lunch I akan explain satu per satu” Ichika menolak file diatas meja kearah Aisha.
“Wakatta” Balas Aisha membaca sekali imbas untuk helaian pertama.
“I mintak diri dulu” Ujar Ichika lalu melangkah keluar meninggalkan Aisha.
Aisha melabuhkan punggungnya dikerusi pejabat berwarna hitam itu, dia meneliti satu per satu maklumat yang perlu diketahui untuk memudahkan tugasnya kelak.
“MISS Aisha, Akio sudah ready ditempat parking.” Ujar Ichika melalui interkom.
“Hai’, I akan turun sekarang” Balas Aisha lalu mencapai handphone dan beg tangannya. Dia segera turun ke tempat letak kereta untuk Akio membawanya ke tempat yang perlu dia biasakan.
Belum sempat Akio bukakan pintu ditempat duduk penumpang belakang, Aisha terlebih dahulu masuk dan duduk ditempat duduk hadapan.
“Kenapa duduk di depan?” Soal Akio sebaik saja dia didalam kereta.
“Kita rakan sekerja kan? So tak perlulah nak formal sangat” Balas Aisha sambil melihat skrin handphone untuk mencari serba sedikit info mengenai Tokyo Camii.
Akio hanya menggaru kepalanya seraya menghidupkan enjin kereta dan mula memandu keluar dari kawasan tempat kerja mereka.×××××××××
Tokyo Camii adalah salah satu masjid terbesar di Jepun.Reka bentuk masjid terbesar di Jepun ini cukup indah dengan seni binaan timur tengah.Tokyo Camii dibina pada tahun 1938 dan dijadikan sebagai tempat umat Islam berkumpul dan melakukan pelbagai aktiviti Islamik.
Aisha berjalan masuk dengan perasaan kagum dengan seni bina Turki yang berada di negara matahari terbit ini.
“Dekat sini, mereka ada sediakan tour guide untuk beri penerangan tentang masjid ni. Maybe lepas ni cik Aisha boleh join jadi tour guide jugak “ Ujar Akio yang menemani Aisha dari awal.
“Menarik. Tempat ni open 24 hour ke?” Soal Aisha mula berjalan keluar.
“Tak. Buka sampai pukul 6:00 petang saja. Kalau Cik Aisha nak datang solat dekat sini nanti boleh bagitahu saya, saya boleh hantarkan” Jawab Akio dengan hormat. Aisha mengangguk setuju, Dia mesti ambil peluang yang ada sebelum kembali pulang ke Malaysia.
Aisha dan Akio berjalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.
“So, Cik Aisha ada nak ke mana-mana lagi ke?” Soal Akio yang sudah sedia untuk memandu.
“Rasanya tak ada dah. Otak saya dah letih sebab banyak membaca hari ni” Ucap Aisha tersengih mempamerkan barisan gigi yang tersusun cantik. Akio tersenyum, dia terus memandu untuk menghantar Aisha pulang.
“Arigatō Mr Akio, see you tomorrow” Ucap Aisha sambil melepaskan tali pinggang keledar yang dipakainya.
“Just call me Akio” Balas Akio dengan senyuman manis.
“Okey.. macam tu panggil saya Aisha, tak perlu panggil Cik Aisha pun” Balas Aisha kembali sebelum menutup pintu kereta.
Akio menekan butang menurunkan tingkap hadapan untuk melihat Aisha selamat masuk ke dalam rumahnya. Dia segera meninggalkan kawasan perumahan itu setelah Aisha hilang dari pandangannya.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...