SAVE ME | BAB 25

3 1 0
                                    

KELIHATAN Kenji sedang duduk dikerusi taman rumah kerja Haru. Matanya tidak lepas membaca portal hiburan pada pagi itu.

SELEBRITI MUDA TERKENAL SUDAH BERKAHWIN?’

“Aku dah agak dah” Bebel Kenji sendiri.

Haru yang baru sampai diperkarangan rumahnya, turun dari kereta membawa secawan kopi panas untuk pengurusnya itu.

“Ada berita apa hari ni?” Tegur Haru seraya meletak  kopi panas yang diisi didalam paper cup.

“Apa lagi, pasal kau la. Ni hint pertama wartawan bagi ni” Jawab Kenji menolak handphone miliknya untuk tatapan Haru.

Haru segera mencapai dan membaca satu persatu.

“Kopi untuk aku ke?”Soal Kenji tersengih.

“Ha’ah.. minum la”

“Sedap. Beli dekat mana?” Soal Kenji terus menghirup.

Haru tersengih. “Tak ada jual dekat kedai, homemade by my wife

“Lah..baru nak beli masa balik nanti” balas Kenji kecewa.

“Kena kahwin la nampaknya” Usik Haru menyerah kembali handphone Kenji.

Kenji hanya ketawa. Belum jumpa gadis istimewa untuk dijadikan isteri.

“Esok aku nak balik rumah parents aku kejap” Ujar Haru, dia menyandarkan badannya dikerusi.

“Kenapa?”

“Sebelum makin rancak gosip keluar, baik aku kenalkan dulu Aisha dengan family aku” Jawab Haru menatap Kenji dihadapannya.

Kenji mengangguk setuju. “Elok jugak tu, sampai bila nak sorok kan? Tak kan nak tunggu kau usung anak baru nak bawak balik jumpa bapa kau pulak” Balas Kenji tersengih.

“Sebenarnya mama aku dah tahu pasal aku cuma aku belum sempat bawak Aisha je masa tu.”

“Mama kau okey ke?” Soal Kenji menepuk lembut meja.

“Alhamdulillah.. dia okey saja, yang aku risau bapa aku saja. Kalau dia reject Aisha jugak macam mana?”

“Hish! Tak kan kot. Aisha pun bukan orang biasa-biasa, status pun bersih, family background pun confirm bapa kau sukalah” Balas Kenji dengan yakin.

“Harap-harap macam tu lah”

“Dah jom gerak, lagi sejam ada temubual dekat studio” Ujar Kenji seraya bangun menuju ke kenderaannya.

***

SUASANA studio rancangan temubual selebriti  yang dilimpahi cahaya, kamera rakaman untuk siaran langsung dan kru-kru bertugas kelihatan teratur menanti arahan pengarah program memberi isyarat.

Seorang pengacara wanita ditata rias dengan menarik sedang membaca skrip ditempat duduknya.

Haru segera mengambil tempat dikerusi kosong yang disediakan pihak produksi untuk tetamu jemputan. Haru kelihatan segak dengan baju t-shirt biru tanpa kolar, jacket hitam yang tidak dibutangkan dan seluar jeans hitam.

“ 3 , 2 , 1 ! Action!” Jerit pengarah bertugas

“Selamat tengahari semua penonton setia rancangan program bual bicara artis  hari ini! Saya  gembira hari ini kerana kita akan  temu bual eksklusif dengan bintang hebat, Haru Yukio! Selamat datang Haru, bagaimana perasaan anda hari ini?” Soal pengacara program.

“Saya  teruja sangat dapat berada di sini dan berkongsi pengalaman saya dengan semua penonton yang menonton di rumah.” Jawab Haru tersenyum dan melambai kearah kamera.

“Itu pasti! Jadi, boleh anda ceritakan sedikit mengenai buah tangan terbaru anda yang bakal dilancar dalam masa terdekat?” Soal pengacara wanita yang memegang kad kecil ditangan.

“Filem latest yang akan keluar  merupakan sebuah kisah psikologi yang cukup mencabar. Saya diberi tanggungjawab sebagai seorang doktor yang berjuang dengan dilema mental health issue” terang Haru memberi gambaran awal tentang filem lakonannya.

“Wow, bunyi agak menarik! Bagaimana persediaan anda untuk watak ini? Adakah anda perlu belajar mengenai bidang perubatan?”

“Ya, persediaan untuk watak ini memerlukan banyak fakta. Saya perlu berjumpa dengan beberapa pakar perubatan untuk memahami betul-betul peranan seorang doktor dan situasi-situasi yang dialami oleh watak saya.”

“Sangat mengagumkan! Bagaimana pula dengan pengalaman bekerja dengan pasangan anda dalam filem ini?” Soal pengacara dengan senyuman penuh makna.

“So far semua okey, saya senang  bekerja dengan Yuka. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang lakonan, dia banyak membantu saya dan pelakon-pelakon lain sepanjang pengambaran filem ini” Jawab Haru dengan tenang. Dia perlu fokus supaya tidak terjerat dengan soalan pengacara dihadapannya itu.

“Terima kasih banyak Haru Yukio kerana berkongsi dengan kami hari ini. Saya pasti semua peminat anda tidak sabar untuk menonton filem terbaru anda!”

“Terima kasih kepada pihak produksi dan kepada semua peminat yang sentiasa memberi sokongan. Saya harap anda semua akan menikmati filem ini dalam masa terdekat!”

Last but not list, hari ini ada satu gosip dalam portal hiburan tentang seorang selebriti yang sudah berkahwin, ramai yang menyebut-nyebut nama anda pada artikel yang dikeluarkan itu. Apa pendapat anda?” Soal pengacara itu dalam tawa lembut.

Haru hanya tersengih. “No komen. itu kena tanya wartawan yang keluarkan artikel tersebut.” Jawab Haru  tidak mengiyakan atau menafikan gosip tersebut.

“Baik…Itulah dia, temu bual eksklusif kami bersama Haru Yukio. Jangan lupa untuk menonton filem terbaru beliau dan terus menyokong industri seni tempatan!” Ucap pengacara menamatkan program.

Cut!”

Selesai sahaja rancangan, Haru segera bangun untuk keluar dari set.

“Eh! Haru betul ke tak gosip tu?” Bisik pengacara wanita tadi yang masih tidak puas hati. Dia cuba berjalan laju menyaingi Haru dihadapan .

“Saya dah jawab tadi tu. No komen” Balas Haru tersengih cuba berlagak seperti biasa.

Sorry ya, Haru perlu bergerak sekarang.” Kenji mula mencelah untuk larikan Haru daripada terus diasak, dia ditemani dua orang bodyguard yang membantu.

Mereka berdua berjalan pantas untuk keluar dari bangunan itu.

“Selagi kau belum ready untuk announce, kau jawab saja no komen. Nanti lama-lama orang akan diam sendiri” Pesan Kenji ketika mereka sudah berada didalam kenderaan.

TUT! TUT!

Bunyi talian yang sudah disambung menanti dijawab.

“Hanī, ada dekat mana tu?” Soal Haru sebaik saja panggilannya disambut.

“Baru nak keluar ni.. kenapa?”

“Hanī jangan lupa pakai mask ye” Pesan Haru pada isterinya.

“Why?” Soal Aisha yang sedang membetulkan tudung didepan cermin.

“Cuaca sekarang tak menentu, pakai saja untuk keselamatan okey?” Jawab Haru yang sebenarnya mahu menutup identiti Aisha.

“Hmm..Ye lah Dārin” Balas Aisha mengambil mask didalam kotak yang berada diatas kabinet TV.

“Jangan lama-lama dekat luar, kalau ada apa-apa yang tak okey terus call saya”

“Okey boss! I love you” Ucap Aisha spontan.

Haru tersenyum mendengar ucapan Aisha. “ Take care. I love you too” Balas Haru perlahan risau didengari Kenji disebelahnya yang sedang memandu. Haru menamatkan panggilannya dengan senyuman.

Kenji tersengih melihat gelagat Haru. “Senyum-senyum. Ingat sikit orang single dekat sebelah ni” Perli Kenji.

Haru hanya ketawa mendengar kata-kata Kenji. Dia tidak dapat menemani Aisha kerana mereka perlu menghadiri satu sesi photoshoot pakaian berjenama sebagai duta produk pada petang itu.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now