HARI seterusnya Aisha meneruskan aktiviti luarnya seorang diri di tempat yang berbeza pula. Dia berjalan menyusuri masuk ke Yoyogi Park yang mengandungi dua section. Aisha memilih section A yang lebih kepada nature untuk diterokai.
BEEP!
Bunyi notifikasi applikasi Line di handphone Aisha.
'Awak dimana?' [ Haru ]
' Yoyogi Park' balas Aisha bersama sekeping gambar suasana dihadapannya ketika itu.
Aisha menghentikan langkahnya berhampiran tasik di dalam kawasan Bird Sanctuary. Dia memandang sekeliling melihat beberapa jenis burung yang singgah dikawasan itu, antaranya burung merpati.
Aisha mencari posisi menarik untuk mengambil gambar seekor burung yang sedang bertenggek diatas ranting pokok.
Klik!
"Cantik! Boleh tunjuk dekat abang aku nanti" Aisha mengomel tersengih sendiri mengenangkan abang sulungnya seorang doktor veterinar.
KRING!KRING!
Bunyi loceng basikal dari belakang. Aisha segera menoleh kebelakang.
"Hi Aisha!" sapa Haru seraya menghentikan basikal disebelah Aisha.
"Hi. Ingat siapa tadi. Awak datang sini naik basikal ke?" soal Aisha memandang Haru yang masih lagi mengenakan pelitup muka dan snow cap.
Haru turun dari basikal dan berjalan bersama Aisha sambil menuntun basikal bersamanya .
"Saya sewa dekat sini jugak tadi masa sampai" jawab Haru dengan nada sedikit ceria berbanding pertemuan pertama.
"Ohh.. ada erk? Dah lama tak naik basikal. Jauh tak?" Soal Aisha teruja.
"Boleh lah. Awak nak jugak ke? Kalau nak jom naik dengan saya kesana" balas Haru yang sedia untuk membawa Aisha dengan basikalnya.
"Boleh naik dua orang ke ni?" Aisha teragak-agak untuk naik bersama.
"Ada tempat duduk dibelakang ni mesti lah boleh naik berdua. Jom cepat" Ajak Haru menanti Aisha naik bersamanya.
Aisha melabuhkan punggungnya ditempat duduk belakang. Dia duduk mengadap kearah kiri jalan, tangan kanan memegang bawah tempat duduk hadapan dan tangan kiri memegang handphone.
"Ready?" Soal Haru seraya mula mengayuh pedal basikal.
"Bawak elok-elok,kalau jatuh ni dua-dua sakit" balas Aisha sedikit gayat.
"Awak takut ke?" Haru menghentikan kayuhannya.
"Saya naik sendiri okey, naik dengan orang tak yakin" ujar Aisha tersengih kelat.
Haru pusingkan sedikit badannya kebelakang untuk memandang Aisha, dia menarik tangan kanan Aisha hingga ke perutnya.
"Awak boleh pegang baju saya" ujar Haru lalu mula mengayuh kembali. Aisha terkaku sebentar dengan tindakkan Haru.
Setelah beberapa minit terdiam, Aisha menghidupkan kamera telefon pintarnya untuk merakam view ketika basikal bergerak.
"Awak dah jumpa ke punca masalah awak?" Soal Aisha memecah kebisuan antara mereka.
"Dah..tapi saya belum jumpa jalan keluar" balas Haru mengenang masalahnya. Berat sangatkah masalahnya hingga terfikir untuk ragut nyawa sendiri?
Haru membawa Aisha berpusing sekeliling taman tanpa Aisha sedar tujuan awalnya untuk mendapatkan basikal lagi satu. Mereka sama-sama tenggelam dalam dunia sendiri walaupun jasad masing-masing sedang bersama menaiki basikal mengelilingi Yoyogi Park pada hari itu.
"NAK minum?" dihulur botol air miniral kecil kepada Aisha yang sedang duduk bersimpuh dibawah pokok sakura sambil meneliti peta Yoyogi Park ditangannya.
Aisha segera menyambut kerana tekaknya terasa dahaga. Dipusing berkali-kali penutup botol namun masih tidak dapat dibuka. Haru yang duduk bersama Aisha segera mengambil botol air itu dari tangan Aisha. Dia terus pulas penutup botol air yang agak kuat itu hingga terbuka.
"Nah" hulur Haru kepada Aisha yang menanti dengan penuh sabar. Aisha mencapai botol dari tangan Haru dan terus meneguk tanpa henti. Haru hanya tersengih dengan kelakuan Aisha.
"Terima kasih" ucap Aisha sebaik saja menghabiskan airnya.
"Dahaga betul ya"ujar Haru memandang Aisha yang sedang tersenyum manis kearahnya.
"So lepas ni awak ke mana pulak?" soal Haru memandang kelopak bunga Sakura yang melayang jatuh.
"Hmm..untuk bulan ni ada lagi dua tiga tempat macam tu,then saya akan banyak habiskan masa dekat office untuk create pakej and iteneri terbaik sebelum submit dekat bos" jawab Aisha memandang kearah tasik.
"Boleh ke saya ikut awak lagi?" Haru menanti jawapan balas Aisha.
"Berapa saya nak kena bayar awak ni?" Soal Aisha menggaru dagunya.
"Bayar untuk apa?" Berkerut dahinya dengan soalan Aisha.
"Saya keluar merata ni company bayar tau. Awak ikut saya takkan saya tak kena bayar awak?"
"Merepeklah. Saya ikut awak sebab saya enjoy dengan kerja awak je" ujar Haru tertawa halus.
"Awak tak kerja ke?" Soal Aisha yang sedang menyapu wajahnya dengan tisu. Haru terdiam sejenak.
"Saya tengah bercuti sekarang ni. Cuti sampai saya rasa dah ready untuk mula kerja kembali" jawab Haru. Tangannya tidak henti bermain dengan penutup botol minuman. Aisha mengangguk mendengar penjelasan Haru tanpa banyak soal.
××××××××
KRING!
Telefon pintar Aisha menjerit minta dijawab.
"Hello Akio. Ada apa-apa ke?" Soal Aisha sebaik saja dia menjawab panggilan dari Akio."Dah balik ke? Saya lupa nak tanya,barang dapur awak ada lagi ke?"Soal Akio yang sedang memandu.
"Ada lagi,maybe esok or lusa kena topup lain" jawab Aisha sedang berjalan menuju ke stesen keretapi terdekat.
"Okey. Nak saya jemput awak sekarang?"
"Eh! Tak payah lah, saya boleh balik sendiri"
"Baik. Take care, see you tomorrow " ucap Akio sebelum menamatkan panggilan.
"Boyfriend ke?" Soal Haru tiba-tiba.
"Ha? Eh bukan lah, kawan kerja jugak. Dia jemput saya setiap hari untuk pergi kerja." Jawab Aisha seraya menggeleng kepala. Haru mengangguk faham, dia berjalan menemani Aisha untuk pulang.
"Kalau dia jemput awak pergi kerja, saya boleh tolong hantar awak balik rumah" ujar Haru,kedua tangannya dimasukkan dalam poket seluar.
"It's okey. Akio tu memang tugas dia dah.. awak tak kan nak buat amal jariah pulak" balas Aisha.
"Amal jariah?" soal Haru kurang mengerti.
"Amal jariah. Buat sesuatu tanpa bayaran tapi ikhlas" balas Aisha berpeluk tubuh menanti ketibaan keretapi.
"Saya ikhlas lah. Saya suka berkawan dengan awak. Rasa bebas macam burung yang terbang dilangit. Saya tak perlu berpura-pura" ujar Haru, dia melepaskan nafas kelegaan.
"Berat jugak masalah awak ni ye?" Aisha memandang anak mata Haru yang hampir terlindung dengan pelitup muka dan rambut hadapannya.
"Eh! Jom cepat,nanti kena tinggal" ujar Haru terus mencapai tangan Aisha dan melangkah laju naik keretapi yang baru sahaja tiba. Aisha hanya menurut dan cuba mengelak orang ramai yang berpusu-pusu masuk.
"OKEY dah sampai. Terima kasih hantar saya" ucap Aisha berhenti dihadapan rumahnya.
Haru memerhati kawasan sekeliling rumah. "Okey.. kalau macam tu saya mintak diri dulu"
"Hati-hati balik tu. Dah sampai nanti inform ya" ujar Aisha menitip pesanan. Dia memandang hingga Haru hilang dari pandangan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
Storie d'amoreNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...