LIMPAHAN sinaran lampu flash dari kamera digital memenuhi ruangan tempat duduk paling hadapan sepanjang majlis pelancaran produk baru yang diberi nama Japan Sakura oleh salah satu anak syarikat gergasi Jepun berjalan dengan lancar. Aisha diberi masa sebulan lebih untuk dapatkan hasil seperti yang ditetapkan sebelum tamat tempoh berkhidmat 6 bulan di Jepun.
“Tahniah Aisha! You can do it!” Ucap Ichika sebaik sahaja majlis tamat, ketika mereka saling berborak antara satu dengan yang lain.
Aisha tersenyum. Dia tampak manis dengan persalinan black suit coat senada dengan seluar, baju kemeja serta tudung berwarna pastel pink.
“Yeah! Awak mesti boleh buat” Tambah Akio pula.
“Thanks. I hope so..” Ujar Aisha tersengih.
“Hi, Aisha.. boleh kami interview sikit?” Soal salah seorang wartawan dari stesen TV.
“Yes. Sure” Jawab Aisha yang tersenyum. Sesi temubual berlangsung dengan baik hingga tamat majlis.
“ICHIKA, I balik dulu ya. Husband I dah sampai” Ujar Aisha pada Ichika yang sedang berborak bersama Akio memandang ke luar cermin tingkap bertutup. Terbuntang mata Ichika dan Akio mendengarnya.
“Eh! Bila you kahwin?” Soal Ichika terkejut. Setahunya Aisha masih bujang.
“Err..sorry, masa cuti hari tu. Majlis tertutup dekat sini, nanti kalau I buat dekat Malaysia I jemput” Jawab Aisha tersengih.
“Awak kahwin dekat sini? Dengan orang sini?” Soal Akio pula.
“Yup. Okey, nanti kita sembang lagi. Bye!” Balas Aisha lalu meninggalkan mereka berdua dalam keadaan terpinga-pinga.
Ichika dan Akio berlari menuju ke tingkap untuk melihat ke ruangan bawah.
“Alahh.. tak nampak pulak tengok dari sini” Bebel Ichika terjenguk-jenguk kereta yang baru menjemput Aisha.
“Nanti dia cerita lah tu” Balas Akio membelakangkan tingkap.
“Selama ni kan kau yang jemput dan hantar Aisha, tak kan kau tak tahu” Soal Ichika tak puas hati.
“Aku jemput dan hantar kerja je,kalau dia keluar jalan-jalan mana aku nak tahu” Balas Akio berkerut dahinya.
“Jangan-jangan kau yang kahwin dengan Aisha tak?”
“Kau ni kalau aku kata bodoh nanti marah pulak. Aku dekat sini kan” Jawab Akio menepuk dahinya. Ichika tersengih sumbang.
××××××××
SELEPAS selesai makan malam Haru merehatkan diri diruang tamu sambil menonton berita diTV. Dia menonton dengan khusyuk hingga muncul wajah seseorang yang menghancurkan hati dan jiwanya selama ini. Reaksi wajahnya agak terpana apabila melihat kelibat isterinya turut berada disamping Mr Yamada ketika wartawan membuat liputan.“Hi Dārin! Khusyuknya tengok TV” Ujar Aisha tiba-tiba menghenyak duduk disebelah Haru. Haru memandang wajah isterinya.
“Why?” Soal Aisha apabila melihat Haru memandangnya dengan pandangan kosong. Tersentak Haru dengan sentuhan tapak tangan sejuk di pipinya.
“Tak ada apa-apa..” Jawab Haru tersengih. Dia menarik lembut tangan Aisha yang berada dipipinya. “..tu bos Hanī ke?” Soal Haru memandang semula TV dihadapannya.
Aisha turut memandang TV. “Chairman, Mr Yamada. Syarikat yang saya berkerja tu salah satu anak syarikat beliau. Kenapa?” Berkerut keningnya memandang semula wajah Haru.
“Nothing. Hanī nampak comel and tak kekok dengan wartawan” Jawab Haru tersenyum cuba untuk menyembunyikan rasa galau dihati.
Aisha meletak tangannya didahi Haru. “Are you okey?” Soal Aisha sedikit curiga.
“No..” Jawab Haru pendek.
“Kenapa? Takkanlah Dārin jealous dengan orang tua kot?” Teka Aisha dengan wajah stress. Terbuntang mata Haru dengan soalan Aisha.
“Jauhnya fikiran Hanī melayang. Saya tak jealous pun” Balas Haru ketawa perlahan. ‘Buat apa nak jealous dengan bapak sendiri’ getus hati Haru.
“Habis tu?”
“I’m not okey sebab Hanī belum kiss saya lagi hari ni” Ujar Haru menekan pipinya dengan jari telunjuk. Aisha meleretkan senyuman seraya menarik hidung Haru perlahan.
“Mengada sangat” Balas Aisha membetulkan kedudukannya memandang kembali ke TV. Haru tersenyum. Sakit kepala mula menyerang apabila dia tidak berhenti berfikir tentang masalahnya.
“Hanī, saya masuk bilik dulu ya.” Ujar Haru lalu bangun untuk ke bilik tidur. Aisha hanya mengangguk dan meneruskan tontonan.
HARU duduk di recliner sofa berwarna hitam mengadap tingkap kaca yang memaparkan langit malam. Dia masih mencari cara untuk membuat bapanya itu faham dengan pilihan hidupnya.
Kerjaya, agama dan isteri. Adakah keluarganya boleh terima dengan hati terbuka atau tidak. Dalam tengah melayan fikiran yang kusut,Haru segera berlari ke tandas apabila sakit di kepalanya mula membuatkan dia mual.
Aisha melangkah masuk kedalam bilik selepas habis menonton rancangan diTV, dia terdengar Haru yang sedang muntah didalam tandas. Aisha segera menolak pintu tandas dan melihat Haru yang sedang tunduk di sinki.
“Tak sihat ke?” Soal Aisha sambil mengusap dibelakang Haru. Haru mula berkumur selepas dia rasakan tidak akan muntah lagi. Aisha memimpin suaminya ke katil.
“Migraine saja ni” Jawab Haru duduk dibirai katil.
“Kenapa tak cakap tadi? Saya boleh urutkan” Balas Aisha tidak puas hati.
Haru tersenyum. “Tak apa, dah okey sikit”.
“Ye lah tu okey” Aisha menjeling mata lalu beralih duduk dibelakang Haru untuk membuat urutan kurangkan migraine.
“Hanī nak buat apa tu?” Soal Haru apabila melihat Aisha berada dibelakangnya.
“Nak urut la. Migraine ni kalau tak hilang, nak tidur pun tak senang tau”Bebel Aisha sambil meletakkan jari dibelakang kepala Haru. Haru tersenyum, dia membiarkan Aisha terus mengurut.
“Thank you Hanī” Ucap Haru setelah berdiam sepanjang diurut.
“Dah okey ke?” Soal Aisha seraya tangannya melingkari leher Haru dan memandang Haru dari sisi.
“Belum. Ada satu lagi Hanī kena tolong” Jawab Haru.
“Apa?”
Haru mengarahkan jari telunjuk ke pipi. Aisha tersenyum. “Okey”
Belum sempat bibirnya hinggap di pipi, Haru segera menoleh kearahnya. Ciuman Aisha segera mendarat dibibir suaminya. “Ambik kesempatan betul” peha Haru dicubit manja.
“Ambik kesempatan dekat isteri sendiri tak ada masalah kan?” Soal Haru memandang mata Aisha. Soalan Haru hanya dibalas dengan senyuman manis.
“Senyuman Hanī selalu buat hati saya sentiasa bergetar sejak pertama kali kita berjumpa” Ucap Haru perlahan dan mendekatkan wajahnya dengan wajah Aisha. Aisha terus tersenyum mendengar ucapan suaminya itu.
“I love you” Ucap Haru seraya membalas kembali ciuman yang terhenti tadi.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomansaNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...