HARU siap hidangkan makan malam mereka berdua diatas meja dan segera berlalu ke bilik untuk mandi.
Aisha masih terbaring diatas katil selepas bersihkan diri. Dia mengiring kekanan memandang titisan hujan pada malam itu.Huh! Keluhan kecil terbit dari bibir Aisha. Dia bangun mendekati jendela biliknya, percikkan titisan hujan laju mengenai cermin. Lebat.
“Hanī marah saya ke?” Soal Haru menjalarkan tangannya ke pinggang Aisha dari belakang. Aisha memandang biasan wajah Haru dicermin.
“Kenapa?” Soal Aisha kembali.
“Hmm..sebab saya tak jujur dengan Hanī?”
“Kenapa Dārin tak nak terus terang dari awal?” Aisha menoleh ke kanan memandang wajah Haru yang berada dibahunya.
“Saya tak ada jawapan yang tepat. Apa yang saya tahu, Hanī tetap layan saya dengan baik walaupun Hanī tak kenal saya. Saya boleh berborak macam-macam dengan Hanī tanpa perlu risau. Hanī sentiasa dahulukan perasaan orang lain. Long short story, saya cuma tak nak kehilangan Hanī saja” Jawab Haru tersenyum, dia mendekatkan hidungnya ke batang leher Aisha. Terasa lapang hatinya apabila dia tidak lagi perlu rahsiakan kerjayanya.
“Ada apa-apa lagi ke yang saya tak tahu?” Aisha menduga lagi.
“Hmm..oh, Ya! Kenji tu manager yang urus kerjaya and urusan peribadi saya selama ni”
Aisha mendengar tanpa membalas. Dia terus membuang pandang ke luar tingkap.
“Hanī ada masalah ke? Nampak muram saja…atau Hanī masih marah lagi?” Soal Haru seraya memegang kedua bahu Aisha dari belakang dan pusingkan badan untuk bertentangan mata dengannya.
“Dārin dah ready ke?” Aisha menatap anak mata Haru tanpa berkedip.
“Ready untuk?” Haru mengangkat kedua keningnya.
“Baby” Jawab Aisha perlahan.
Haru menarik Aisha kedalam pelukkannya. Satu ciuman hinggap di dahi Aisha. “ Ready ke tak kita tetap kena lalui dengan bertanggungjawab”
“Tapi… kerjaya saya baru nak bermula, mampu ke saya bagi komitmen?”Aisha meluahkan perasaan risau yang bersarang dihatinya.
“You can do it ! Saya sentiasa akan sokong Hanī” Ucap Haru menyakinkan isterinya itu.
Aisha tersenyum nipis. Dia menyimpan perasaan risaunya itu apabila melihat wajah suaminya yang terpancar gembira.
“Jom makan, nanti sakit perut pulak” Haru segera menarik tangan Aisha untuk keluar dari bilik.
SELEPAS selesai makan lewat malam bersama, mereka berdua duduk berborak disofa yang bertentangan dengan television.
Beep!
Berkerut wajah Haru saat melihat paparan gambar dan video yang dihantar Kenji kepadanya. Jantungnya mula berdetak laju, dia cuba mengawal pernafasannya yang sudah tidak teratur.
Aisha menyandarkan belakang badannya pada Haru sambil membaca buku ditangan.
“Hanī..are you trust me?” Soal Haru cuba mengawal rasa gugupnya.
“hmm” Aisha hanya menggumam.
Haru menarik tangan Aisha kebibirnya.
****
HARU menyandarkan belakang kepala disofa rumah keduanya. Matanya dipejam sambil meletak tangan didahi.
“Apa ni tuan keluar gosip murahan macam tu? Nak ambik kesempatan ke? Tuan pun tahu kan babak tu dibuat orang lain? Sengaja nak runtuhkan rumah tangga orang ke?” Soal Kenji sebolehnya menahan suara dengan nada sopan kepada penerbit filem.
“Itukan sekadar gosip saja, tak perlu ambik serius pun” Jawab suara garau si penerbit filem yang bakal ditayangkan.
“Sekadar gosip? Are you serius dengan ayat Haru langgar prinsip adegan cumbuan selepas kahwin tu sekadar gosip ringan?” Keras suara Kenji menahan marah .
“Biar saya yang urus, semua yang terlibat dilarang keluarkan sebarang statement termasuk para pelakon” Tegas suaranya lalu mematikan talian.
Arghh! Hampir saja telefon pintarnya dibaling ke lantai. Rasa menyesal dia terima tawaran dari penerbit kontroversi itu untuk Haru.
“So?” Haru bersuara perlahan tanpa berganjak dari tempatnya.
“Kita dilarang untuk keluarkan apa-apa statement” Balas Kenji, dia mengeluh berat.
“Kau explain la baik-baik dekat wife kau” Sambung Kenji mengambil tempat disebelah Haru.
“Aku lagi risaukan papa aku tu, elok-elok mood dia makin baik dengan aku. Boleh pulak keluar benda merepek macam ni, aku memang tak sedap hati dari hari tu lagi” Haru bangun mencapai kunci kereta miliknya. Dia pilih untuk pulang kerumah.
****
HARU menekan password pintu masuk kondomium miliknya. Daun pintu ditolak, dia menelan liur apabila terlihat dua pasang kasut yang dikenalinya dilantai masuk.
PAP! Tersentak Aisha dan ibu mentuanya yang berada disofa.
Terasa pijar pipi Haru ditampar tangan kasar Mr Yamada.“Betul ke apa yang papa baca tu?” Soal Mr Yamada meninggikan suara.
Haru tidak menjawab. Dia hanya tunduk memandang lantai.
“Sekarang kamu nampak kan sebab apa papa bantah? Kamu tak rasa bersalah dengan isteri kamu? Keluarga isteri kamu? Agama kamu?” Sambung Mr Yamada lagi.
Haru masih diam tidak membalas, dalam suasana tegang sia-sia saja jika dia berterus terang. Namun kata-kata Mr Yamada menyedarkan dia satu perkara penting. Agama. Suasana tegang itu berlangsung hampir sejam sebelum berakhir dengan pujukkan Mrs Yamada untuk duduk makan bersama.
Selepas siap makan tengahari sekeluarga, kedua orang tuanya beransur pulang.
AISHA merehatkan diri ditempat duduk yang bersambung dinding kaca. Dia duduk dilantai. Aisha memandang keluar sambil menongkat dagu menggunakan kedua tangannya.
Haru merebahkan punggungnya disisi Aisha, kaki dibiar melunjur. Dia menyandarkan belakangnya ditempat duduk itu.
“Hanī..are you trust me?” Haru mengulangi soalannya.
Aisha diam tidak membalas. Hanya esakkan kecil sahaja yang kedengaran.
“Memang saya ni ditakdirkan untuk tidak bahagia dengan pasangan hidup agaknya” Ujar Aisha menahan tangis.
“Tak, bukan macam tu! Semua ni salah faham saja” Bantah Haru.
“Apa kurangnya saya? Ye lah, sebelum kahwin Dārin berpegang pada prinsip kan? Bila dah kahwin prinsip semua hilang sebab saya ni below your expectation kan?” Teresak-esak tangisannya. Air mata mengalir laju mengenang perjalanan hidupnya.
“Sayang, please jangan cakap macam tu” Haru menarik tangan Aisha, kedua tangannya diletakkan dipipi Aisha dan dipusing supaya memandang wajahnya.
“I shouldn’t be pregnant now” Ujar Aisha dengan kesal.
Haru menarik Aisha kedalam dakapannya. “Jangan cakap macam tu! Hanī cuma perlu percayakan saya saja, saya janji isu ni akan selesai tak lama lagi”
Haru masih diam tidak berterus terang. Buntu fikirannya untuk yakinkan Aisha dan juga keluarganya.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...