SAVE ME | BAB 8

5 2 0
                                    

Dato' Hasanal bersama dua anak lelakinya telah selamat sampai di Jepun. Mereka terus mengambil teksi untuk ke rumah penginapan Aisha pada malam itu.

TING TONG!

Aisha segera melihat tetamu melalui lubang pintu. Alangkah terkejut dirinya apabila melihat keluarganya berada dihadapan rumahnya.

"Assalamualaikum.." Ucap Dato' Hasanal saat pintu dibuka.

"Surprise!" Ujar Azman tersengih.

"Waalaikumsalam! Ya Allah! Apa ni datang tak bagitahu pun?" Jawab Aisha menjemput bapa dan kedua abangnya masuk.

"Kan papa ada bagitahu hari tu nak datang" Balas Dato' Hasanal melabuhkan punggungnya disofa.

"Besar jugak rumah yang company sediakan ni.." Ujar Aiman berjalan mengelilingi kawasan dapur dan ruang tamu.

"Kot Ya pun, bagitahu la nak datang bila. Senang adik nak apply cuti" Bebel Aisha menyiapkan minuman.

"Eh! Mummy mana?" Soal Aisha meletak dulang air diatas meja.

"Mummy pergi berjimba dengan kawan-kawan dia dekat Paris" Jawab Azman mencari siaran menarik di TV.

"Minggu ni adik busy nak siapkan final stage untuk produk baru syarikat , minggu depan baru free" Ujar Aisha duduk disofa single.

"Hah! Elok sangatlah tu. Ambik cuti lama sikit, kami dekat sini dalam 2 minggu macam tu" Balas Aiman menghirup minuman.

"Pasal nikah adik tu semua kami dah siapkan" Dato' Hasanal mula bersuara tentang pernikahan anaknya itu.

"Nikah? Bila?" Soal Aisha memandang skrin TV.

"Minggu depan" Jawab Azman.

Uhuk! Aisha tersedak air liur sendiri.

"Minggu depan? Serius la? Bila masa nak fly balik sananya?" Terbeliak mata Aisha memandang bapanya.

"Eh! Tak payah balik sana, kita buat dekat sini je.. lagi pun bakal suami adik tu memang stay dekat sini" Jawab Azman tersengih.

"Pulak. Papa nak bagi adik kahwin dengan siapa ni? Jangan-jangan kawan papa yang tua-tua tu tak?" Aisha mula bangun bermundar mandir, menyesal pulak dia setuju.

"Haish! Mana ada, muda lagi lah.. tua pun setahun je dengan adik. Yang penting papa dah jadi guru agama dia" Balas Azman pula. Guru agama apa pulak ni? Getus hati Aisha.

"Adik jangan cerita dekat mummy pulak. Mengamuk orang tua tu nanti" Pesan Aiman tentang Datin Rozy .

"Why?" Aisha kembali duduk disofa.

"Gila, mummy ada plan nak jodohkan adik dengan anak datin maimon yang kaki betina tu.." Sambung Aiman.

"Euwww! Si Danish tu? Rela adik jadi anak dara tua dari kahwin dengan dia" Ujar Aisha seolah-olah ingin muntah.

"Jadi bagi abang Aiman, better pilih yang adik nak kahwin ni lah. Cumanya dia masih baru dengan islam lah" Sambung Aiman lagi.

"Boleh ke isteri bagi didikan agama dekat suami? Macam susah ja.."Soal Aisha runsing. Dia sendiri masih belajar, macam mana nak didik suami mualaf pula.

"InsyaAllah.. papa dah ajar sebaik mungkin, yang lain-lain tu nanti kita boleh carikan guru agama untuk dia" Terang Dato' Hasanal menyakinkan anaknya.



×××××××


PAGI yang cerah dengan cuaca yang baik, bertempat di Tokyo camii akan berlangsung majlis ringkas akad nikah Aisha bersama Haru. Majlis yang dikawal ketat hanya dihadiri keluarga Aisha dan orang-orang yang dipercayai Haru sahaja.

Aisha yang manis dengan busana pilihan Azman kelihatan sangat jelita dengan solekkan natural. Berbaju kurung pahang putih yang dihiasi lace dan labuci memenuhi baju, Aisha memilih untuk padankan bersama tudung bawal serta viel labuh melepasi punggungnya. Haru pula diberi pakai baju melayu moden oleh Azman sesuai dengan fizikalnya yang tinggi lampai dan kurus. Nampak segak bergaya. Azman memang seorang yang serba boleh mengalahkan mak andam walaupun hakikatnya dia adalah seorang doktor haiwan.

Aisha kelihatan tenang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia hanya menurut tanpa banyak soal. Aisha mula mengambil tempat duduk dihadapan jurunikah yang bertanggungjawab untuk proses akad nikah. Beberapa minit kemudian Haru pula mengambil tempat disebelahnya.

Aisha hanya memandang kearah tuan kadi tanpa menghiraukan kedatangan Haru. Untuk pertama kalinya Haru tidak mengenakan pelitup muka dan topi Cuma diganti dengan songkok hitam.

Yamada Haruma nama disebut dan didaftarkan dalam dokumen rasmi. Itu adalah nama sebenar Haru, tiada siapa yang tahu melainkan orang tertentu sahaja.

Aisha masih lagi tidak mengesyaki apa-apa walaupun suara yang didengarinya seperti sangat familiar. Proses akad nikah yang diadakan dalam bahasa Jepun berjalan dengan lancar, Aisha dan Haru saling menyarungkan cincin dijari masing-masing . Haru menatap wajah Aisha menanti isterinya itu membalas pandangan matanya , namun Aisha langsung tidak memandang kearahnya.



"JEMPUT makan semua, terima kasih buat semua yang terlibat hari ini. Terima kasih buat keluarga mentua, rakan-rakan, Kenji and of course my wife. Terima kasih" Ucap Haru ketika berdiri dimeja makan.

Majlis jamuan diadakan di perkarangan rumah kerja Haru dengan tertutup. Aisha masih lagi tidak bersuara seperti selalu, dalam hatinya mula membebel menyesal mengikut kata bapanya untuk berkahwin. Dia mula mengeluh.

"Hai! Baru kahwin dah mengeluh?" Soal Aiman yang duduk dimeja yang sama. Haru masih lagi menyantuni sahabatnya dimeja yang lain.

"Betul ke apa adik buat ni? Dua bendul adik dah langkah ni" Soal Aisha sambil mengunyah.

Tersedak Azman dan Aiman dibuatnya.

"Adik ni..zaman sekarang orang dah tak fikir bab tu dah, jodoh siapa sampai dulu proceed sajalah" Balas Azman seraya meneguk air akibat tersedak.

"InsyaAllah.. fikir yang baik-baik saja." Ucap Dato' Hasanal memandang anak-anaknya yang sudah membesar dengan baik.

Sedang mereka sekeluarga rancak berborak, Haru datang ke meja bulat itu untuk duduk bersama. Kerusi putih disebelah Aisha ditarik perlahan.

"Sorry, saya borak dengan kawan-kawan" Ujar Haru memandang Aisha mengunyah tanpa rasa bersalah.

"Makanlah, dah sejuk nanti tak sedap dah" Ujar Dato' Hasanal tersenyum.

"Adik!" Azman cuit bahu adiknya yang sedang mengelamun jauh.

"Hah?" Tersentak Aisha kembali ke alam realiti.

"Sempat pulak dia mengelamun" Bebel Azman menggeleng kepala.

"Why?" Soal Aisha memandang Azman tanpa menyedari kehadiran Haru disebelahnya.

Haru hanya tersenyum lalu mencapai sudu dan garfu untuk makan.

"Laki dekat sebelah tu, ceduk la lauk bagi. Barulah isteri misali sikit" Balas Aiman dalam bahasa mereka.

Aisha memandang sekilas Haru disebelahnya. Dia hanya menuangkan air ke dalam gelas dan hulur pada Haru.

"Pandai-pandai dia la ambik" Bisik Aisha.

"Bertuah punya budak" Bebel Azman.

Namun fikiran Aisha mula ligat berfikir. Pandangan mata itu seperti biasa dilihatnya, puas dia fikir.

"Sekejap lagi papa , abang Azman and Aiman nak keluar jalan-jalan lepas tu kami terus balik rumah. Korang stay sini ke macam mana?" Soal Dato' Hasanal yang sudah selesai menjamu selera.

"Stay sinilah papa, beg Adik abang man dah letak dalam kereta Haru okey" Ujar Azman. Tangannya digosok-gosok dengan tisu.

"Amboi.. menghalau orang betul" Aisha menjeling Azman.

"Apa pulak, adik tu dah kahwin. Kena ikut suami lah" Pipi Aisha ditarik geram.

"Aduhhh!" Aisha menggosok perlahan pipinya.

Haru hanya memerhati gelagat Aisha dari sudut berbeza tatkala bersama keluarganya.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now