SAVE ME | BAB 21

2 2 0
                                    

SEHARIAN Aisha membawa suaminya jalan-jalan pada hari itu. Mereka mengambil keputusan singgah sebentar di Masjid berdekatan untuk solat asar.

Aisha yang terlebih dahulu selesai solat, terus menunggu Haru didalam keretanya. “Aduhhh! Masa ni jugak la nak migraine bagai” Bebel Aisha sambil memicit kepalanya.

Kedengaran pintu dari tempat duduk penumpang hadapan dibuka, Haru terus masuk dan menutup kembali pintu kereta. Dia melihat Aisha bersandar pada kerusi dalam keadaan mata terpejam.

“Hanī okay ke tak ni?” Soal Haru menyentuh dahi Aisha.

“Dārin, kita check in resort dekat sini sajalah okay? Situ bilik atas air jadi Dārin tak la boring nanti. Saya sakit kepala la, nak kena tidur” Jawab Aisha dengan riak muka berkerut.

“Boleh drive lagi ke?”  Soal Haru risau.

“Boleh..saya dah booking,nanti Dārin uruskan check in ya?” Ujar Aisha.

"Okay"

Aisha terus fokus pada pemanduannya. Dia langsung tidak bersuara kerana menahan sakit kepala, jarak yang sepatutnya dekat terasa seolah-olah berjam lamanya.

Disebabkan terlalu risau, Haru kerap bertanyakan keadaan isterinya itu sehingga Aisha hilang sabar akibat menahan sakit.

“Saya Okey la, boleh diam kejap tak?” Ujar Aisha tertinggi suara.

Terkesima Haru dibuatnya. Pertama kali dimarahi isteri yang selalu bercakap lemah lembut  selama ini.

“Dah jom. Dah sampai ni” Ucap Aisha seraya keluar membawa bag tangannya.

SELESAI urusan daftar masuk, mereka berdua dihantar ke bilik dengan menaiki buggy.

Thank you” Ucap Haru pada pemandu bertugas. Haru menolak daun pintu, bilik Superior yang ditempah Aisha berkeluasan 560 sqft dan mempunyai balkoni persendirian sesuai untuk mereka yang tidak ingin diganggu tetamu lain.

Aisha terus mencapai tuala dan  bersihkan diri. Rutinnya jika diserang migraine, dia akan mandi dan basahkan kepala dengan air sejuk dalam tempoh yang lama sebelum mula tidur.

Haru mengambil tempat disofa three seater yang tersedia dalam bilik. Dia merebahkan kepalanya atas sofa dalam keadaan duduk.

Setengah jam kemudian Aisha keluar dari bilik mandi dengan mengenakan bathdrop yang disediakan pihak resort dengan rambut yang separa basah.

“Dārin, saya tidur kejap. Kalau nak kemana-mana jangan lupa tinggal pesanan” Ujar Aisha sambil melipat tuala kering untuk alas bantal disebabkan rambutnya masih belum kering.

Haru mengangkat kepala memandang Aisha. “Nak saya belikan ubat ke?”

No thank you. Saya cuma perlu tidur saja” Jawab Aisha terus menarik selimut dan pejamkan mata.

Terkebil-kebil Haru memandang Aisha. sudahlah kena marah, kena tinggal sorang-sorang pula. Selepas dia memastikan Aisha tidur, Haru mengambil keputusan untuk berjalan keluar sendirian.

“Hanī..” Haru meletakkan tangan diatas dahi Aisha, bimbang melarat ke demam. “..dah masuk maghrib ni”

Aisha buka perlahan matanya dan melihat wajah Haru yang sudah tersenyum memandangnya. “Pukul berapa?” dia menjenguk kearah luar.

“Dah 07:30 . Jom solat maghrib dulu, makan then Hanī tidur balik” Jawab Haru menghulur tangannya untuk menarik Aisha bangun.

“Telekung saya dalam kereta” Ujar Aisha lalu bangun untuk duduk. Dia meraup wajahnya dengan kedua tangan.

“Saya dah ambilkan tadi” Balas Haru tersenyum.

Thank you” Ucap Aisha menatap anak mata suaminya. Tiba-tiba perasaan bersalah muncul apabila dia mula teringatkan perihal dalam kereta siang tadi.

USAI solat bersama, Aisha merangkak dan duduk berlutut dihadapan Haru. Suaminya itu menghulur tangan seperti biasa untuk bersalam.

“Dārin” Aisha mencium tangan Haru dan terus melekapkan tangan Haru dipipinya. “I’m sorry Dārin” ucap Aisha memandang wajah Haru dengan kesal.

“Untuk?” Soal Haru kembali.

“Saya tertinggi suara petang tadi tu”Jawab Aisha dengan perasaan rasa bersalahnya.

Haru tersenyum. “Tak apa, saya okey. Hanī tak sengaja kan”

Aisha menutup wajah dengan kedua tangannya.“Sorry. Saya rasa bersalah sangat”

Haru menarik tangan Aisha untuk bangun dan duduk disofa.

“Aik! Saya tak marah Hanī pun, kenapa menangis?” Soal Haru melihat  Aisha yang sudah bergenang air mata.

“Tak tahu,cuma rasa sedih” Jawab Aisha, tertumpah juga air matanya.

Haru menarik Aisha kedalam pelukkannya. “Saya faham Hanī tak sengaja. Selama ni Hanī tak penah sikit pun tinggikan suara dengan saya. Jangan menangis dah”

Aisha mendongak memandang Haru. “Betul ni? Hati Dārin okey kan? Tak terluka?

Haru tertawa perlahan. Dia mengesat air mata Aisha dengan jarinya. “Kalau terluka pun Hanī ada ubatnya”

“Apa?”

Haru mengarahkan jari telunjuk atas bibirnya. Aisha tersenyum dan terus memberi satu kucupan seperti yang diminta. “Okey cukup kan?”

“Tak” Jawab Haru seraya membalas kembali ciuman isterinya dengan lebih romantik dan terus hanyut dengan percutian yang tidak dirancang pada malam itu.

AISHA menggayakan dress labuh hitam bercorak bunga halus putih dihadapan cermin. “Okey ke? Bila Dārin beli ni?”

Haru tersenyum, dia terus merangkul pinggang Aisha dari belakang. “Hanī pakai apa pun sentiasa cantik”

“Ye lah tu.. tak kan pakai tuala saja pun cantik jugak?” Soal Aisha yang masih memandang cermin memerhati bajunya.

“Kalau yang tu bukan saja cantik, terus tak keluar bilik la jawabnya malam ni” bisik Haru seraya mencium pipi isterinya.

“Okey stop. Jangan nak mula lagi. Saya dah lapar ni” Ujar Aisha supaya Haru tidak hanyut lagi sekali. Meletus juga tawa Haru melihat wajah annoying Aisha dicermin selepas disakatnya.

“Cantik dah ni..jom keluar” Ajak Haru menarik tangan Aisha.

“Eh tunggu..Dārin ada bagitahu dekat abang Azman tak yang kita tak balik?” Soal Aisha yang baru teringat.

“Dah pun tadi. Don’t worry” Ujar Haru menutup pintu bilik.

SEBAIK sahaja sampai di restaurant, Haru terus mengambil tempat dilokasi yang sedikit terlindung. Dia mengambil keputusan untuk tidak tutup wajahnya dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

"Hanī nak makan apa?" Soal Haru apabila pelayan sedia untuk mengambil tempahan.

"Sup daging ada tak? tapi saya tak nak sup tumis ala thai tu" Soal Aisha kepada pelayan lelaki muda dihadapannya.

"Err.. maaf puan, tak ada" Jawabnya teragak-agak.

"Ohh..ye ke? macam tu bagi menu set ikan yang untuk dua orang makan je lah." Ujar Aisha menunjuk menu yang tertera dalam buku.

"Minum?"

"Dārin nak minum apa?"

"Apple"

"Bagi Apple juice dengan tea o ais limau" Pesan Aisha seraya menyerah kembali buku menu.

"Hanī nak makan sup ke?"

"A'ah, tapi sini sup tumis je..tak best" Jawab Aisha tersengih.

"Jadi sup macam mana yang best?" Soal Haru ingin tahu selera isterinya itu.

"Hmm..esok petang saya bawak Dārin makan sup yang best" Jawab Aisha tersenyum. Haru membalas senyuman Aisha seraya mengangguk setuju.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now