SETELAH hampir dua minggu keluarga Aisha berada di Jepun, kini hanya tinggal sehari saja lagi untuk Aisha bersama mereka.
Aisha mula duduk dibirai katil memandang Haru yang sedang mengenakan pelitup muka dan topi. "Memang kena pakai macam tu lagi ke?"
"Ya.. kalau nak ke tempat public saya lebih suka macam ni" Haru berjalan duduk disisi Aisha.
"Kenapa?" Aisha membetulkan topi hitam Haru.
"Saya dah selesa macam ni..lagi pun nanti ada awek lain terpesona dengan ketampanan saya macam mana? Awak tak cemburu?" Soal Haru sengaja untuk mengelak Aisha syak tentang dirinya. Dia menarik pelitup muka turun ke bawah dagu.
Aisha memandang tajam mata Haru "ada niat nak pasang lagi ke?"
Reaksi Aisha membuatkan Haru terus ketawa dengan senang hati. Tangan Aisha digenggam dan dikucup. "Kalau saya nak,dah lama saya buat tapi cuma awak sorang saja yang berjaya tembus hati saya"
Aisha berpeluk tubuh membelakangkan Haru, muncung bibirnya. Haru tersengih. "Boleh tahan jugak awak punya cemburu ye" Usik Haru memberi pelukkan dari belakang Aisha.
"Cemburu tu maknanya awak dah ada dihati saya, kalau saya tak kisah tu awak faham-faham sendiri la" Balas Aisha yang masih merajuk dengan gurauan Haru.
Haru meletak dagunya dibahu Aisha, tangannya bermain - main dengan cincin dijari manis Aisha. " I love you sayang" Bisik Haru dengan penuh perasaan.
Bergetar hati Aisha saat mendengar ucapan itu. Dia mula mengukir senyuman.
"Kan manis senyum macam tu" Ujar Haru tersengih memandang Aisha.
KRING!KRING!
"Hello papa.. Kami on the way, nanti nak sampai adik bagitahu" Ujar Aisha apabila bapanya sudah bertanya melalui telefon.
"On the way?" Soal Haru melihat Aisha.
Aisha tersengih. " Orang Malaysia kan.. walaupun baru bangun tidur dia boleh bagi alasan dia dah on the way, awak jangan tiru pulak"
Haru tertawa perlahan mendengar kata-kata isterinya. Pipi Aisha dicium. "Dah, jom cepat." Ajak Haru menarik tangan Aisha untuk bangun.
×××××××
PIN!PIN!
Mitsubishi XPANDER hitam milik Haru berhenti dihadapan rumah penginapan Aisha.
"Sorry lambat.." Ujar Aisha setelah keluarganya masuk duduk ditempat duduk penumpang belakang.
"Huh! Biasa" Balas Azman dengan wajah pura-pura annoying.
"Kita nak pergi mana hari ni?" Soal Aiman pula.
"Memandangkan hari ni last kan, jadi kita p cari tempat shopping." Jawab Aisha yang memandang kehadapan.
"area mana?" Soal Aiman lagi.
"Asasuka. Boleh feeling gaya traditional lama Jepun sikit"
"Bukan tadi cakap nak pergi Ginza ke?" Soal Haru yang fokus pada pemanduannya. Sesekali dia memandang Aisha disebelahnya.
Aisha tersengih. "Tak jadilah"
"Orang perempuan ni, keputusan dorang boleh berubah dalam sesaat saja. Tambah lagi kalau melibatkan makanan" Ujar Azman dari belakang.
Haru tertawa perlahan mendengar kata-kata abang iparnya. Dia terus memandu ke tempat yang Aisha pilih sebentar tadi.
MEREKA mula berjalan dibeberapa lokasi menarik dalam kawasan Asasuka. Haru mengajak Aisha ke kedai yang menyediakan sewaan pakaian tradisional Jepun iaitu Kimono.
Haru memilih pakej couple kimonos untuk dirinya dan Aisha. Mereka berlima memilih lokasi yang sesuai untuk sesi bergambar kenangan bersama. Keluarga Aisha yang memahami status Haru turut membantu Haru menyembunyikan identitinya.
"Okey Haru, line clear. Boleh tarik turun mask & buka topi" Bisik Azman pada Haru. Haru mengangguk seraya tersengih. Azman yang menjadi fotographer tak bertauliah, mengambil gambar mereka dengan pelbagai gaya sebelum meneruskan perjalan ke kawasan sekitar dengan pakaian yang disewa mereka.
×××××××
SUASANA lapangan terbang yang sentiasa sibuk dengan kunjungan orang ramai membuatkan Haru sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga. Belum masanya untuk dia dedahkan kehidupan peribadinya kepada umum.
"Aisha, jaga diri baik-baik..patuh pada suami selagi dia tidak suruh adik buat perkara yang Allah swt larang, adik kena fahamkan dia jugak apa yang boleh apa yang tak boleh. Okay?" Pesan Dato' Hasanal menggosok kepala anak perempuannya itu.
"InsyaAllah papa. Jaga diri jaga kesihatan" Balas Aisha seraya memeluk bapanya.
"All the best adik!" Ucap Aiman menghulur tangan untuk high five dengan Aisha.
"Dah jadi bini orang adik abang ni. Kalau Laki adik cari pasal jangan lupa roger abang man, tahu la abang man nak ajar" Pesan Azman menahan air mata. Aisha tertawa perlahan.
"Haru, Papa harap Haru faham dengan amanah yang Haru tengah pikul ni..semoga dipermudahkan urusan Haru untuk mendalami lagi ilmu agama" Ucap Dato' Hasanal menepuk bahu menantunya.
"Baik papa...saya cuba buat yang terbaik" Balas Haru lalu bersalaman dengan Dato' Hasanal, Azman dan Aiman.
SELEPAS keluarga mereka masuk ke balai berlepas, Aisha dan Haru jalan berpimpinan tangan ke tempat letak kereta.
"Awak.." Haru mula menghidupkan enjin kereta.
"Yes?" Jawab Aisha yang sedang memandang skrin handphone.
"Can I call you Hanī (Honey)?" Soal Haru memandang Aisha. Jari Aisha terhenti. Dia mengalihkan pandangan mata kearah Haru yang masih menatapnya.
" Okey Dārin (Darling)" Jawab Aisha tersenyum. Terbeliak mata Haru.
" Macam sama je maksud" Balas Haru. Dia meneruskan pemanduannya untuk terus pulang ke rumah.
" Maksud saja sama, bunyi lain kan?" Aisha masih memandang Haru yang sudah tersengih dengan ayatnya.
"Okey, cadangan ditutup" Balas Haru tertawa senang.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomantizmNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...