SAVE ME | BAB 6

5 2 0
                                    

Dato' Hasanal tersenyum. Ada hikmah disebalik kerosakkan tayar kereta kesayangannya tempoh hari. Allah swt nak temukan dia dengan lelaki muda yang bakal menjadi menantunya.


"Papa? Senyum-senyum tu kenapa? Ada apa dengan adik? Apa kaitan dengan tetamu kita ni?" Soal Aiman tidak puas hati apabila Dato' Hasanal tidak menjawab soalannya.


"Ini la bakal adik ipar korang" Balas Dato' Hasanal tersenyum seraya menggeleng kepalanya. Mana mungkin dia tolak, apa lagi mengenangkan kata-katanya tempoh hari.


"What? Serius la papa?" Soal Azman terjegil matanya. Boleh kena heart attack bila selebriti Jepun yang diminatinya bakal menjadi adik ipar.


"Errr..mummy setuju ke?" Soal Aiman mengangkat kening.


"Abaikan dulu" Balas Dato' Hasanal tersengih.


Haru hanya memandang anak beranak itu berborak sesama sendiri dalam bahasa yang tidak difahami.


"Pak cik dah tahu kan hajat saya ke sini?" Soal Haru mengingatkan Dato' Hasanal.


"Ya.. pak cik ingat lagi, tak sangka rupanya pak cik bersama bakal menantu selama ni" Balas Dato' Hasanal ketawa perlahan.


Haru tersengih menampakkan garisan gigi yang tersusun rapi. Terserlah lagi ketampanan wajahnya.


"Macam mana la adik boleh tak perasan dia kawan dengan siapa" Azman musykil, adiknya itu sering layan drama dan movie Jepun bersamanya.


"Oh ya.. sepanjang saya jumpa dengan Aisha, saya pakai pelitup muka dengan snow cap jadi dia memang tak pernah nampak wajah saya." Jawab Haru dengan riak wajah tenang.


"Ohhh... eh! Jemput minum" Ucap Azman menghulur gelas minuman sejuk yang dihidangkan.




KRING!KRING!


"konnichiwa..otou-san" Ucap Aisha pada Dato' Hasanal melalui panggilan telefon.


"Amboi.. cakap jepun pulak." Perli Dato' Hasanal. Kedengaran tawa Aisha dihujung talian.


"Ada apa ni papa call?" Soal Aisha yang sedang menonton TV.


"Papa ada hal penting nak cakap ni" Jawab Dato' Hasanal mula serius.


"Hal penting apa tu?"


"Ada orang datang melamar adik tadi.." Ujar Dato' Hasanal, dia berjeda.


"Papa rasa dia mampu bahagiakan adik" sambungnya lagi.


"Ikut papa lah. Adik malas nak fikir dah." Jawab Aisha mengeluh berat.


"Hal yang lama tu lupakan saja lah, jangan simpan lama-lama. Adik kena buktikan yang adik boleh hidup bahagia dengan orang lain" Pesan Dato' Hasanal apabila anak bongsunya sudah putus harapan untuk mulakan episod cinta apabila mengenangkan kisah tunangnya dirampas sepupu rapat sendiri.


Aisha mengeluh keras, dia memandang kosong siaran TV dihadapannya.


"Adik. Dengar tak papa cakap ni?" Soal Dato' Hasanal apabila anaknya tidak memberi respond.


"Ya papa. Up to you. Kalau dah papa yakin.. adik setuju saja" balas Aisha perlahan.


"Adik tak nak kenal-kenal dulu ke?"


"Tak naklah, buang masa saja. Papa dengan abang je lah yang tolong berkenalan. Kalau abang man approve, adik okey je" Jawab Aisha panjang, citarasa Aisha dengan abang sulongnya sentiasa sama.


Dato' Hasanal ketawa mendengar jawapan Aisha. "Abang man tu dah memang suka sangat dah tu. Dia lagi lah tak menyempat"


"Hah! Kalau dah abang man suka, adik okey sajalah." Ujar Aisha pelik. Bukan senang nak yakinkan abangnya itu. Azmanlah orang pertama yang bantah sewaktu Aisha ingin bertunang dahulu.


"Kalau macam tu senanglah kerja papa, awal bulan depan papa ke Jepun jumpa adik" Pesan Dato' Hasanal yang masih ada sisa tawa.


"Datang sini untuk apa?" Soal Aisha membetulkan kedudukannya.


"Nak urus pernikahan adik lah.. okey, nanti kita jumpa. Bye" Jawab Dato' Hasanal terus menamatkan panggilan.


"Eh! Macam tu je? Dah kenapa sampai kesini pulak?" Bebel Aisha memandang skrin handphone.


Aisha meneruskan tontonan drama TV yang dia hilang fokus sejak Dato' Hasanal menelefonnya. 'Handsome jugak hero drama ni' getus hati Aisha yang masih belum menyedari lelaki itu bakal menjadi suaminya.


×××××


KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT


Kelihatan Dato' Hasanal bersama Azman menghantar Haru ke airport untuk pulang ke Jepun pada petang itu.


Mereka sempat berbincang mengenai urusan pernikahan yang bakal diadakan di Jepun dalam masa terdekat. Dato' Hasanal sengaja berbuat demikian untuk elak campur tangan isterinya Datin Rozy yang bercadang ingin jodohkan Aisha dengan anak kawan baiknya. Dari awal Dato' Hasanal tidak pernah setuju dengan cadangan isterinya itu kerana anak kedua mereka Aiman, pernah berselisih bahu dengan lelaki itu dalam keadaan mabuk dan bertukar-tukar perempuan.


"Sure ke papa tak nak bagitau mummy?" Soal Azman setelah mereka bergerak keluar menuju ke tempat letak kereta.


"Ya. Diam-diam sudah. Lagi pun masa tu mummy korang tengah bercuti dengan geng-geng Datin dia dekat Paris" Balas Dato' Hasanal tersengih.


Azman tersengih seraya menggeleng kepalanya.


"Nanti man belikan baju untuk adik, man tahukan apa yang adik suka?" Arah Dato' Hasanal. Azman sememangnya rapat dengan Aisha berbanding Aiman. Mujur saja Azman tidak bertukar kearah kewanitaan dan lemah lembut.


"Alright!" Jawab Azman sudah terbayang design baju yang dia mahu belikan untuk Aisha.




'AISHA, boleh bagi cadangan tak baju yang sesuai untuk akad nikah?' : - [ Azman ]

Aisha memandang pelik dengan mesej abangnya.

'Untuk siapa?' : - [ Aisha ]

'Ada la. dia tinggi dan kurus, kulit cerah' : - [ Azman ]

'Ambik je design kurung pahang sebab longgar, full cover dengan lace untuk baju saja, warna putih la sesuai' : - [ Aisha ]

'Menarik! thanks' :- [ Azman ]

Aisha meneruskan kerjanya tanpa berfikir yang bukan-bukan.

Manakala Azman pula sudah pun berada di butik pengantin untuk request segera baju untuk Aisha yang perlu dibawa ke Jepun pada bulan hadapan.

"Untuk girlfriend ke bang?" Soal pekerja butik yang agak lemah lembut itu.

"Untuk adik saya ni" Balas Azman.

"Ohh..untung adiknya, ada abang tolong uruskan"

"Biasala, adik perempuan sorang tu saja. Majlis pulak nak buat dekat luar negara" cerita Azman sambil melihat pekerja itu melakar design untuknya.

"Uihh! nikah dekat mana?" Soal lelaki itu teruja.

"Jepun. Dia kerja dekat sana, bakal suami pun orang sana."

"Laa..kiranya baju yang nak tempah ni pakai dekat luar negara la?" Terbuka luas mata lelaki itu.

"Ya. Buat elok-elok. mana la nak tau boleh tarik pelanggan luar kan?"

Tersenyum lebar pekerja itu mendengar kata-kata Azman. Dia sudah mula terbayang hasil tangannya mendunia.

× SAVE ME × [ Complete ]Where stories live. Discover now