TING! satu pesanan masuk ditelefon pintar Aisha.
'Aisha.. prepare report softcopy and hardcopy. Softcopy sent by email, hardcopy nanti you kena hantar by hand dekat HQ' [ Ichika ]
PEJAM celik pejam celik tak sangka sudah sampai ke penghujung tugasannya . Jika syarikat tidak sambung tugasnya disini, dia perlu tarik diri dari syarikat dan mohon visa pasangan seperti yang dijanjikan dengan suaminya.
Aisha terus menyiapkan tugasannya hingga selesai sebelum pulang. Dia perlu pastikan report yang disediakan lengkap dan padat untuk memastikan maklumat penting mudah difahami.
KRING! KRING!
"Yes Dārin" Jawab Aisha sebaik saja mendengar suara Haru dihujung talian.
"Busy ke?"
"Taklah, dah siap kerja.. nak sent report dekat chairman je sebab dia nak tengok sendiri" Balas Aisha memerhati dengan teliti.
"Report apa?"
"Report hasil jualan, next week saya nak kena presentation dekat HQ pulak" Terang Aisha lagi.
Haru terdiam, maknanya sekali lagi Aisha akan bertemu dengan bapanya.
"Dārin call kenapa?" Soal Aisha selepas Haru tidak bersuara.
"Aaa.. lupa pulak, malam ni saya masak. Barang semua dah beli" Jawab Haru tergagap.
"Really?" Soal Aisha tersenyum sendiri.
"Ye..Hanī ingat saya tak pandai masak ke?"
Aisha ketawa perlahan. " Saya tak cakap pun Dārin tak pandai masak."
"Okey.. Saya on the way kesana sekarang" Ujar Haru yang sedang memandu.
"Take care.. bye"
WAKTU kerja telah pun tamat, ramai pekerja mula meninggalkan tempat kerja masing-masing. Aisha menutup rapat pintu pejabatnya sebaik sahaja suis lampu dimatikan.
"Aisha san! Tunggu I" Jerit Ichika berlari anak mengejar Aisha yang sudah hampir dengan lift.
"Lah.. you tak turun lagi ke? Ingat tinggal I sorang saja tadi" Ujar Aisha sebaik sahaja mereka berdua berada dalam perut lift.
" I pergi toilet tadi. You balik dengan siapa?" Soal Ichika sambil membetulkan rambutnya.
TING!
Pintu lift terbuka. Mereka segera melangkah keluar menuju ke pintu utama.
"Dārin I la jemput" Jawab Aisha tersengih.
"Amboi! Bukan main ye. Bila nak kenalkan Dārin you tu? Handsome tak?" Usik Ichika menyiku lengan Aisha.
"Sebab dia handsome la I tak nak kenalkan" Jawab Aisha lalu ketawa sopan.
"Eee.. tak kuasa I nak layan" Ujar Ichika turut ketawa.
"Okey, my Dārin dah sampai. Bye, balik elok-elok" Ucap Aisha melambai tangannya pada Ichika. Ichika hanya tersenyum dan melambai kembali.
"Haish! Siapa la agaknya suami dia?" Soal Ichika berfikir.
×××××××
Haru yang hanya mengenakan T-shirt putih dan seluar pendek paras lutut, leka memotong sayur dengan tertib.Aisha menuju ke dapur selepas selesai membersihkan diri. "Sopannya Dārin potong sayur tu" Usik Aisha menggeleng kepala lalu mengambil botol air miniral dari peti sejuk. Haru hanya tersengih.
"Nak saya tolong ke?" Soal Aisha duduk dikerusi tinggi kitchen island bertentangan dengan Haru.
"No. Biar saya buat. Selalu Hanī yang masak" Balas Haru tersenyum.
"Dārin suka makan apa? Tak ada favorite food ke?" Aisha mengambil sepotong karot dari pinggan dan mengunyah perlahan.
"Hmm..tak ada kot, saya makan je semua. Jangan risau, saya tak cerewet bab makan" Ujar Haru ketawa mengenangkan dia tidak pernah terfikir tentang itu selama ini.
"Favorite food family? Mama or papa?" Soal Aisha lagi. Mana la tahu boleh ambil hati kan.
"Typical favorite penduduk Jepun. Udon, tapi dari segi rasa tu maybe akan berbeza berdasarkan tempat or siapa yang sediakan" Jawab Haru.
Aisha mengangguk. "Saya tengok TV kejap ek? Selamat memasak chef" Ujar Aisha berlalu meninggalkan Haru didapur.
SEJAM kemudian, Haru siap menghidangkan masakannya dimeja.
"Hanī, jom makan" Panggil Haru sambil menyenduk nasi kedalam pinggan.
"Wahh! Ada kari la" Ujar Aisha menarik kerusi untuk duduk.
"Hanī cuba rasa dulu" Pinta Haru menyenduk kari ayam yang dimasaknya.
Aisha mengunyah perlahan. "ni bukan kari Jepun kan?"
Haru tersengih mengangguk.
"Dārin belajar dekat mana ni? Dah macam style utara Malaysia. Sedap"
"Youtube kan ada" Haru ketawa dan menyuap nasi kedalam mulutnya.
"Bahan-bahan dapat mana?"Soal Aisha teruja.
"Ada kedai from Malaysia, kedai dia banyak jual bahan masakkan Malaysia. Kebetulan saya lalu sana tadi"
"Nanti bawak saya kesana ye" Ujar Aisha yang sudah tentu rindukan tanah airnya.
Selesai bersantap, mereka sama-sama mengemas dan mencuci sebelum duduk berborak disofa.
"Minggu depan Hanī pergi HQ dengan siapa?" Soal Haru menatap skrin handphone meneliti jadual kerjanya.
"Akio yang hantarkan. Why?" Aisha sudah menyandar kekenyangan.
"Akio sorang?" Haru memandang wajah isterinya.
"Ya. Dari awal saya dekat sini, Akio yang urus transportation saya"
"Hmm..saya free,biar saya hantarkan" Ujar Haru memandangkan tiada sebarang jemputan atau pengambaran pada hari itu.
Aisha memandang riak wajah Haru. "Dārin cemburu ke dengan si Akio tu?"
"Mana ada pun, kan tak manis berdua-duaan dengan lelaki lain" Jawab Haru dengan nada tidak puas hati.
"Okey, nanti saya request driver perempuan ye" Usik Aisha yang masih memandang Haru.
"Mana ada driver perempuan kan?" Soal Haru kembali.
"Tahu tak apa. Bukannya sengaja berdua-duaan pun. Tempat kerja Dārin tak kan la tak ada perempuan langsung?" Soal Aisha kembali.
Bagai ditampar, Haru tersedar dengan soalan Aisha. Kerjayanya lagi sulit dari Aisha. Dia yang perlu lebih berhati-hati apa lagi melibatkan pelakon berlainan jantina.
"Hanī okey tak kalau saya kerja dengan perempuan lain?"
"Okey saja selagi tidak melebihi batas yang digariskan Islam. Be professional tapi make sure professional yang Islam tetapkan lah,Kalau sampai tahap bersentuhan dengan sengaja tanpa darurat tu memang saya tak okey lah. Itu isytihar perang namanya" Jawab Aisha dengan renungan tajam.
Haru tersenyum kelat. 'Mati la aku agaknya kalau dia tahu perkara sebenar' getus hati Haru mula gelisah.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...