HARI terakhir Aisha dan Haru sebelum pulang ke Jepun kembali, Aisha memandu laju tanpa menghiraukan Haru disebelah yang sudah menelan liur.
Haru menjenguk kearah paparan meter kereta. Terbeliak matanya memandang tahap kelajuan yang tertera. “Hanī.. slow sikit, dah melebihi had laju dah tu”
Aisha yang bagai baru tersedar mula menurunkan kadar kelajuan pemanduannya.
“Hanī nak pergi mana ni?” Soal Haru memandang keluar tingkap.
“Hari tu saya ada cakap nak bawa awak makan sup. Jadi saya bawa la sebelum balik kesana” Balas Aisha yang masih fokus memandu.
Haru diam tidak bersuara. Nampaknya rajuk Aisha masih belum habis.
“DIK, bagi sup daging campur urat keting satu, satu lagi bagi bihun sup daging. Minuman limau ais dua” pesan Aisha pada pelayan yang datang mengambil pesanan makanan mereka.
Aisha memilih tempat duduk di rooftop yang lebih open walaupun berbumbung. Hanya mereka berdua saja yang ada pada ketika itu.
Haru memandang wajah Aisha yang berada dihadapannya sedang asyik memandang kearah jalan yang sesak dibawah. Betullah kata Azman, Aisha boleh sembunyikan rasa gundah dihati ketika bersama keluarga tapi tidak pada dirinya ketika ini.
“Hanī…dah siap kemas barang-barang ke?” Soal Haru kehabisan idea.
“Dah.. awak ada nak ke mana-mana lagi?”
“ada..nanti saya bagitahu”
“Okey”
SELEPAS selesai mengisi perut masing-masing,mereka berdua bergerak keluar menuju ke kenderaan Aisha yang diletak dikawasan tempat letak kereta ditepi jalan.
“Hanī, nanti berenti dekat depan tu okey?” Haru menunjuk kearah seberang jalan. Aisha terus memandu masuk kearah yang ditunjuk suaminya.
“Nak beli apa?” Soal Aisha memberi signal untuk masuk parking.
Haru diam tidak membalas, dia terus menolak keluar pintu kereta dan segera turun. Aisha mengambil handphone untuk memeriksa jadual kerja yang perlu dibuat sebaik saja mula bertugas.
Beberapa minit kemudian Haru masuk kedalam kenderaan bersama sejambak bunga ros, dia terus hulurkan pada Aisha sebaik saja pintu ditutup.
Aisha memandang bunga yang dihulurkan Haru. Sekuntum ros putih, empat kuntum ros merah dan tiga kuntum ros pink.
“Untuk saya?” Soal Aisha memandang Haru.
“Untuk Hanī la..”Jawab Haru tersenyum.
Aisha mengambil dari tangan suaminya, dia lantas menghidu bunga tersebut dengan senyuman. Bau masih fresh seperti baru dipetik. Haru tersenyum lega melihat reaksi isterinya.
“Kenapa warna tak sama?” Soal Aisha yang sudah tertanya-tanya dari awal.
“Ros putih tu maksudnya I, merah tu Love and untuk pink maksudnya you. So I love you Hanī” Ucap Haru seraya mengucup tangan Aisha.
Aisha tersenyum. Terasa hatinya sudah mencair seperti aiskrim apabila menerima bunga dan ucapan cinta dari encik suami.
“Kan manis senyum macam tu, asyik monyok je. Tak kesian dekat saya ke? Tak baik tau buat suami macam tu” Pujuk Haru mengelus pipi Aisha.
“Sorry..” Balas Aisha pendek. Matanya masih tidak lekang memandang bunga ros ditangan bersama senyuman.
“Okey jom balik rehat” Ujar Haru selepas melihat mood Aisha lebih baik.
KRINGGG!
Telefon pintar Aisha yang dilekat pada phone holder berbunyi, tertera nama Azman di skrin. Aisha menolak keatas butang hijau untuk menjawab, dia mengaktifkan mode loudspeaker .
“Nǐ hǎo [ Hello ] ” Aisha bersuara sebaik saja talian disambung.
Berkerut dahi Haru perhati Aisha.“Nǐ hǎo, Eh! Ishh! Adik ni..ada dekat mana tu?” Soal Azman.
“On the way balik rumah. Why?” Jawab Aisha yang masih tertawa.
“Hah! Elok lah tu. Adik tolong singgah bakery belikan kek”
“Kek? Untuk?” Soal Aisha berfikir.
“Kek untuk papa and mummy. Anniversary dorang kan”
“Ohhh..okey boleh je” Aisha memberi signal untuk membuat pusingan U.
“Alright! Thank you” Ucap Azman seraya menamatkan panggilan.
“Nak kemana?” Soal Haru yang mendengar dari awal.
“Nak cari bakery kejap. Beli kek untuk anniversary papa dengan mummy” Jawab Aisha. Haru mengangguk.
“Hanī boleh guna berapa bahasa?” Soal Haru ingin tahu .
“Hmm..Malay, English,Japan, Chinese and…” Sengaja dibiar tergantung ayat itu.
“and?” Haru mengulangi ayat Aisha.
“Love” Balas Aisha ketawa perlahan.
Haru tersenyum mengerti.Bahasa Cinta.
×××××××
AISHA berjalan masuk sambil menatang kotak kek menuju ke dapur, diikuti Haru dibelakangnya.“Dārin, tolong buka pintu peti ais kejap” Ujar Aisha yang sudah berdiri dihadapan peti ais sebesar almari baju dua pintu.
Haru tersenyum gembira mendengar panggilan Aisha. Dia terus menarik pintu peti ais hingga terbuka luas dan menutup kembali selepas Aisha meletak kek didalamnya.
“Bibik masak apa?” Soal Aisha berdiri berhampiran Bibik Fasya di island counter .
“Azman minta bibik masak itu nasi arab untuk dinner nanti malem” Jawab Bibik Fasya memotong bawang.
“Sedap ni..Dārin penah makan tak?” Soal Aisha pada Haru.
“No.. macam mana tu?”Jawab Haru menggaru kepalanya.
“Nak belajar masak tak?” Soal Aisha tersengih.
“Okey je” Haru tersenyum.
“Bibik, bolehkan ajar suami saya masak?” Soal Aisha tersengih memandang Bibik Fasya.
“Lorh! Kenapa bukan dedek yang ajarin?bibik mana bisa ngomong jepang” Soalnya bibik. Dedek adalah panggilan yang sama maksud dengan adik.
“Tak sama.. bibik cakap saja bahasa yang bibik tahu, nanti pandai-pandai la suami saya fahamkan”
“Iya lah” Bibik Fasya terus menggeleng kepala.
“Dārin boleh tengok bibik masak okey, kalau tak faham tanya je saya” Ujar Aisha tersenyum. Dia menarik kerusi untuk duduk sambil melihat handphone ditangan.
PUKUL 8:15 malam anak-anak menantu Dato’ Hasanal siap menunggu dimeja makan menanti kedua ibu bapa mereka turun ke meja makan.
“Esok flight pukul berapa?”Soal Aiman.
“Pagi dalam pukul 9 macam tu”Jawab Aisha.
“Sebelum subuh dah kena gerak dah tu, solat subuh dekat airport saja la.. sampai awal tak apa, jangan lewat saja” sambung Azman pula.
“Meriah meja malam ni?” Sapa Dato’ Hasanal menarik kerusi utama.
“Surprise untuk papa and mummy” Jawab Aiman tersengih.
“Oh! Hari ni ke?” Soal Dato’ Hasanal saat membaca ucapan yang ditulis diatas kek.
“Serius la papa?” Soal Aisha pula.
Dato’ Hasanal tersengih. “ Patut la mummy buat dek saja dekat papa”
“Papa korang macam tu dah la, entah apa yang diingat pun tak tahu la” Sampuk Datin Rozy disambut tawa anak-anaknya.
Haru turut ketawa senang. Dia mengharapkan dia boleh lalui pengalaman yang sama dengan keluarganya selepas ini.
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...