KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT
AISHA berjalan keluar bersama Haru dari pintu ketibaan luar negara. Sebelum keluar ke pintu utama Haru minta Aisha keluar terlebih dahulu, manakala dia bergerak ke toilet.
Sebaik sahaja Aisha melangkah keluar sambil menolak troli, Danish terus menyapanya.
“Aisha, kenapa kau balik sini?”
“Kau dah kenapa? Dah ini tanah air aku, ikut suka aku lah” Terjegil mata Aisha terkejut dengan soalan Danish.
“Bukan! Kau tahu ke tak ni auntie Rozy dengan mama aku dah sepakat nak kahwinkan kita bila kau balik sini?” Soal Danish menggosok kasar rambutnya.
“Apa?!” Terjerit Aisha mendengar kata-kata Danish.yang merupakan salah seorang rakannya ketika disekolah.
“Apa kata kau patah balik sana? Pasal tiket tak apa, aku tanggung” Pujuk Danish seolah-olah terdesak.
“Papa aku tak terus terang dengan mummy aku lagi ke apa ni..” Ngomel Aisha sendiri.
“Terus terang pasal apa?” Soal Danish mula kelihatan tenang dari gelisah.
“Hanī. Kenapa ni?” Soal Haru yang baru muncul. Dia tidak mengenakan topi dan pelitup muka seperti biasa, hanya berkaca mata hitam saja.
“Errr.. siapa ni Aisha?” Soal Danish keliru.
“Ini suami aku, rasa dah dekat 6 bulan kot aku nikah. Family aku tahu kecuali mummy” Jawab Aisha tergelak.
“Dārin, this is my ex classmates at high school. Danish” Aisha kenalkan Haru pada Danish.
“Danish”
“Haru”Ujar mereka serentak sambil berjabat tangan.
“Serius la Aisha?” Soal Danish seolah-olah tidak percaya, namun ada percikkan rasa gembira dihatinya.
“Serius la. Ingat nikah ni boleh buat main-main ke?” Jawab Aisha mengangkat kening.
“Alhamdulillah..lega aku” Ucap Danish mengangkat tangan dan mengaminkan. Haru hanya memandang pelik
“Haish! Lekeh sangat ke kawin dengan aku?” Sengaja Aisha menduga.
Danish tersengih, dia sememangnya ada rupa. Bagi yang tidak mengenalinya pasti mudah jatuh cinta.
“Kau kan kawan aku, kau pun tahu perangai aku kan? Mana mungkin aku rosakkan hidup kau” Jawab Danish tersengih seperti kerang busuk.
Aisha hanya ketawa.
“Pandai kau cari suami, bukan biasa-biasa ni” Ujar Danish seperti mengenali Haru. “Eh! Tak apa lah, aku balik dulu”
“Kau datang sini sebab nak halau aku saja ke?” Soal Aisha cekak pinggang.
“Nampaknya macam tu la, aku kena blah dulu sebelum abang kau sampai” Ujar Danish lalu beransur meninggalkan Aisha dan Haru yang masih tidak mengerti.
“Hanī?” Panggil Haru tidak puas hati.
“Ya?”
“Siapa tu? Bukan main mesra lagi sampai lupakan saya” Soal Haru jauh hati.
“Panjang ceritanya..nanti saya ceritakan dekat rumah okey?” Pujuk Aisha dengan senyuman, dia merangkul jari jemari Haru.
“Dārin tak pakai mask? Topi?” Soal Aisha pelik. Haru hanya tersenyum kelat.
PIN!PIN! Azman menekan hon sebaik saja sampai berhampiran Aisha.
×××××××××
YOU ARE READING
× SAVE ME × [ Complete ]
RomanceNovel Santai ✓ Kisah pendek perjalanan hidup Haru Yukio yang ingin menamatkan hidupnya pada musim bunga. "Tuhan. jika kau sayang padaku.. kirimkan seseorang untuk selamatkan aku hari ini" : - Haru Yukio "Hi! awak minum kopi?" : - Aisha Humaira Kisa...